Archive for September, 2010

Juadah Assigment Di Aidilfitri

Posted: September 27, 2010 in Umum

Aidilfitri hampir melabuhkan tirainya. Kuih raya pun mulai bertukar menjadi serdak akibat diratah dengan buasnya oleh para tetamu. Aku paling suka lemang cicah dengan rendang. Akibat dari pemakanan yang tidak terkawal, lemak dan kolestrol pun meningkat naik. Cuba berniat hendak melaksanakan puasa 6 tapi hasilnya hangat-hangat taik oit-oit sahaja. Perut pun sudah boleh dikategorikan perempuan hampir bersalin tunggu masa nak menopous sahaja. Selepas ini aku terpaksa melayan juadah-juadah assignment yang dihidangkan oleh para lecturer. Dah nampak banyak mukadimah ini ayuh klik Read more untuk sambung membaca penderaan tanpa batasan hidup sebagai seorang pelajar.

(more…)

Era 80’an Dalam Kenangan – Episod 1

Posted: September 24, 2010 in Umum

Aku lahir pada sekitar era 80’an. Banyak nostalgia kenangan silam yang tidak boleh aku lupakan sama sekali. Kali ini aku nak menceritakan animasi kegemaran aku sewaktu zaman hingusan dulu-dulu. Banyak cerita yang aku sudah lupa jadi aku preview je yang mana aku masih ingat lagi. Ada beberapa animasi ini yang masih lagi ditayangkan sehingga sekarang, tapi tak bestlah kan korang baru nak tengok sementara aku pula dah tengok lama dah. Hahahaha (ketawa riak). Jom kita review bersama-sama dengan mengklik Read more yooo’..

(more…)

Klik Klik Gambar Di Seremban Parade

Posted: September 21, 2010 in Umum

Aku tiada kamera tapi aku sangat suka menangkap gambar dan juga sangat meminati seni photography. Kalau sudah tiada kamera bagaimana mahu menangkap gambar. Tidakkah bangang anologi yang yang cuba aku sampaikan di sini. Member-memberkan ramai yang mempunyai telifon berkamera. Pinjam sahaja untuk dijadikan alatan menangkap gambar orang berkhalwat di dalam semak mahu pun tengah sedap mengemut memotong najis mughollazah di dalam toilet. Okeyh korang jangan terpengaruh dengan cerita aku ini. Ini cuma fantasi aku sahaja sumpah aku tidak pernah  buat kerja seumpama itu. Apa korang ingat aku stalkers berseri ke apa nak buat kerja tidak senonoh seumpama itu. Tak kuasa hakku.

Balik dari bowling tunggu bus tak sampai-sampai. Bosan punya pasal pinjam handset berkamera Ryuki Survive untuk menangkap gambar entiti-entiti yang berpeleseran diwaktu malam. Hooo, seronok korang bermain bowling ye. Assemen terbengkalai memang cari nahas sekor-sekor. Aku takde laa hebat sangat dalam seni menangkap gambar. Sikit-sikit boleh laa untuk mengasah seni yang sudah lama berkarat. Jom lihat hasil seni photography aku selepas diedit. Klik Read more..

(more…)

Al-kisah Beraya Di Rumah Tiramissu

Posted: September 16, 2010 in Umum

Sebagai salah seorang ahli jawatan kuasa JKK (Jalan  Kehulu Kehilir) cawangan Taman Daya aku amat terharu kerana telah dijemput untuk menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri di rumah Puan Sri Tiramissu. Aku memang tidak pandai membohong jadi aku mengaku aku sebenarnya amatlah nerbes sekali. Berkenalan dengan anak dara orang apa salahnya korang dekat luar sana tiru cara aku berkenalan dengan ahli keluarga anak dara orang tu pula. Kalau tak pun bawa je ahli keluarga teman wanita korang tu berjalan sekali bukan ke lebih elok (kalau ada duit lebih). Kerana terlalu hormatnya aku pada orang yang aku sayang, berbesarlah hati ini untuk berjumpa dengan ahli keluarga beliau di kampung Teras Jernang. Entri ini khas untuk keluarga Encik Abdul Halim sekeluarga. Klik Read more.

(more…)

Kenapa Saya Sayang Sayang Saya?

Posted: September 14, 2010 in Umum

Setiap insan di dalam dunia ini mengimpikan kekasih yang baik hati, setia dan penyayang. Tak payahlah korang nak membohong cakap tak perlukan pasangan di dalam kehidupan korang. Secara jujurnya aku sangat bahagia dengan kehidupan aku sekarang bersama Tiramissu. Dia baik, setia dan penyayang. Dia segalanya dan selama aku bersama dengan dia aku sangat bahagia. Aku dah kenal dia dah lama dah cuma sekarang baru aku tersedar kehadiran dia selama ini. Aduss, bertapa kurang cerdiknya aku merugikan masa aku memilih orang yang tak sepatutnya kerana selama ini dialah yang selalu menjaga aku, memberi semangat dekat aku dan mengembirakan aku disaat aku berduka. Sekarang aku bersama dengan dia. Seriously dia selalu bertanya soalan yang sama mengapa aku sayang sangat dekat dia dan memilih dia dan bukannya orang lain. Entri ini khas aku tujukan buat orang yang aku sayang, Tiramissu. Sayang please klik Read more untuk mengetahui isi hati abang ye ^^

(more…)

Beraya Di Rumah Kawan

Posted: September 14, 2010 in Umum

Hari ni (13hb Sept 2010) parents aku ajak pergi Pontian melawat sanak saudara dekat sana. Oh ye, family aku ada dusun durian dekat sana tapi aku ada alahan laa pulak dengan durian. Akibat keletihan kerana aktiviti berkonvoi sakan semalam, aku mengambil langkah untuk menolak perlawaan itu dengan memberi alasan ingin beraya di rumah kawan. Ni alasan betul bukan bohong punya tau. Target house aku pada hari ini adalah rumah Fikree Ramlee (wan) dan rumah Ryuki Survive. Dorang pon dah main calling-calling dah mengajak aku pergi umah dorang. So chalo inpektor sahab. Klik Read more ye..

(more…)

Jelajah Konvoi Raya Aidilfitri edisi 2010

Posted: September 14, 2010 in Umum

Salam lebaran untuk semua. Bagaimana perayaan Aidilfitri kalian? Aku berharap semuanya berjalan dengan baik seperti apa yang dirangcangkan. Pandu cermat jiwa selamat. Aku memang tidak suka berjalan jauh kerana aku cepat mabuk darat. Memandangkan adik beradik aku semakin besar panjang, kapasiti kereta menjadi terhad. Untuk merayau bertemu ahli saudara agak merumitkan dengan satu kenderaan sahaja. Jadi hendak atau tidak kemahiran memandu yang aku miliki telah ditagih oleh ahli keluarga untuk menyertai jelajah konvoi melawat kampung sanak saudara edisi raya 2010 kali ini. Jom klik Read more untuk ikuti jelajah konvoi raya bersama aku.

(more…)

Tragedi Sebelum Raya Aidilfitri

Posted: September 10, 2010 in Umum

Ketika menulis entri ini aku sangat letih tetapi semangat untuk mentekedarah ketupat, lemang, rendang, kari ayam dan segala bentuk makanan berkolestrol tinggi amatlah membuak-buak di dalam diri ini. Anyway sebelum aku meroyan lebih lanjut aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan dan taulan, para pembaca blog Cerita Aku dan Sesuatu, para pembloggers kalau aku ada tersalah kata, tersilap tulis dan tercuri idea blog korang.. Eh, itu kisah lama bro Ijai sempoi pasti dia dah lupakan aku dah. Hahaha..

Kali ini aku nak ceritakan cerita pukal main sumbat je dalam satu entri ni. Senang, mudah dan jimat masa sebab aku baru-baru ni amat malas nak hapdate blog tapi rajin pulak nak hapdate assemen aku. Aiseyreheh, poyo je aku ni padahal assemen baru siap satu je. Tu haa ada lagi 3 assemen tengah menunggu giliran untuk membuli aku. Jom klik Read more.

(more…)