Al-kisah Beraya Di Rumah Tiramissu

Posted: September 16, 2010 in Umum

Sebagai salah seorang ahli jawatan kuasa JKK (Jalan  Kehulu Kehilir) cawangan Taman Daya aku amat terharu kerana telah dijemput untuk menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri di rumah Puan Sri Tiramissu. Aku memang tidak pandai membohong jadi aku mengaku aku sebenarnya amatlah nerbes sekali. Berkenalan dengan anak dara orang apa salahnya korang dekat luar sana tiru cara aku berkenalan dengan ahli keluarga anak dara orang tu pula. Kalau tak pun bawa je ahli keluarga teman wanita korang tu berjalan sekali bukan ke lebih elok (kalau ada duit lebih). Kerana terlalu hormatnya aku pada orang yang aku sayang, berbesarlah hati ini untuk berjumpa dengan ahli keluarga beliau di kampung Teras Jernang. Entri ini khas untuk keluarga Encik Abdul Halim sekeluarga. Klik Read more.

Sampai dekat UKM aku dijemput oleh adik ehem ehem aku dengan menaiki motor E darab 5 beliau. Agak dah lama jugak aku tak naik motor ni berat badan pun dah boleh diletakkan dalam kategori kenderaan berat. Entah berjalan ke tidak nanti motor dia ni yerk. Berbekalkan 110 kuasa kuda yang ada dekat motor tu sampai jugak aku dekat rumah Encik Abdul Halim atau dengan kata lainnya rumah family buah hati intan payung aku.

Sampai je kat rumah dia apa ke bengap nauzubillah le aku ni. Ada ke patut aku pergi langgar kerusi batu sebesar-besar tidak depan rumah dia. Ni semua Encik Nerbes punya pasallah ni. Nasib baik tak rosak kerusi tu. Sakit woo lutut aku lebam. Muka maintain ok je tapi hakikatnya dalam hati ni meleleh air mata dugong tau. Pengajaran dari cerita ini adalah “Berhati-hati di jalan raya dan berhati-hatilah ketika berada di rumah orang.” Jom berkenalan dengan seluruh ahli keluarga bahagia ini.

**************************************

Encik Abdul Halim (Ayah)

Orangnya manis dan hensem. Nasib baik aku bukan anak dara kalau tak mesti tangkap lentok dibuatnya. Ahahaha statement gurau-gurauan. Eh? Tapi serius muka PAKcik sangat hensem. Encik Abdul Halim ni orang politik tau (UMNO). Aku pula parti MPP (Majlis Pelajar-pelajar) pun tak lepas. Seram sejuk juga aku duduk sebelah PAKcik. Bukan apa takut kena soal dengan soalan-soalan seperti “Anak ni sokong parti mana?” ataupun “Apa pandangan anak tentang BN dan UMNO?“. Saya masih dibawah umur tak tahu berpolitik tapi saya suka negara saya MALAYSIA dan bangga jadi anak MALAYSIA. Hehehehe.

Puan Norafidah (Emak)

Kalau suaminya hensem sudah tentulah isterinya cantik berseri-seri. Okeyh, MAKcik seorang yang ceria penuh dengan sifat keibuan di dalam diri, Permurah dengan senyuman sebab tu laa muka berseri-seri (terpantunlah pulak aku ni). Kalau ada kawan MAKcik yang bertanya “Eh, kamu nampak muda laa.. Pakai botox ke?.” MAKcik jawab je macam ni “Eh mana ada, saya senyum je hari-hari tu sebablah sentiasa nampak muda.

Tiramissu (Buah hati den laa)

Along membawa maksud anak sulong. Walau pun dia anak sulong tapi badan dia kecik molek je tidak mengambarkan dia ni anak sulong. Kerana kondisi badan dia macam tu laa dia kena cekik dengan adik dia (aksi adengan bergurau adik-beradik) walaupun akhirnya adik dia kena perembat sekeliling rumah. Cerita pasal Tiramissu aku dah buat banyak so korang boleh cekidot sendiri dalam blog aku ni. Oh lupa pulak. Masa aku nak bersolat Zuhur dalam bilik Tiramissu aku teruja tengok signboard depan pintu bilik dia yang berbunyi seperti ini “Ole-ole dari Perigi Hang Tuah -Bilik Aweks Cun, beri salam sebelum masuk-.” Bhahahahahahaha, ^^ Bilik siapa? Bilik buah hati den laa~

Azim

Orang yang bertanggungjawab menjemput aku dari UKM. Dia ni agak pendiam orangnya walaupun Tiramissu cakap “Eh, takder laa. Riuh jugak dia tu..” Dari pengamatan aku dia ni jenis pandai bawa diri sendiri dan jugak pandai bawa motor. MAKcik ada tanya aku tadi, dia bawa aku naik motor laju ke tak. Hahahaha. Kalau dah aku yang berbadan bigfoot ni duduk di belakang motor dia tu, walau dia guna block kawah, piston besar nauzubillah pun pasti akan bergerak di bawah had laju yang ditetapkan oleh piawaian JPJ Malaysia. Hehehe :p

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

Yana

Hohohohoho. Dia ni kalau dalam FB sikit punya rockers, tapi hakikat sebenarnya kalau dekat luar apabila berjumpa dengan tetamu berstatus lelaki hensem macam aku ni terus berubah menjadi malu-malu meeeooowW!! Pangkat adik tetapi badan lagi besar dari kakak dia. Maybe dulu masa kecik-kecik dia terlebih makan keju  sebab tu badan dia besar, tinggi dan sihat. Rajin orangnya tadi tengok bawak dulang, gelas, tempayan suma. Walaupun tadi dia tak makan bersama ahli keluarga tapi aku suspect dia ni kuat makan selepas terkantol nampak dia curi makan buah tembikai masa tengah sibuk-sibuk menghidangkan makanan tetamu. Pandai ekau berlakon yaw!!! :p

Naim

Atlast berjumpa juga aku dengan beliau. Dia ni belajar disekitar kampus aku tapi bukan dibawah University College of Linton (Kolej Legenda). Berkaca mata dan tak banyak karenah. Tak banyak yang boleh aku tulis pasal dia ni sebab dia ni memang jenis tak banyak karenah. Hahahaha.

Syamil

Tengok gambar dia suma senyum je dalam FB. Hahahaha. Serius dia memang suka senyum. Orangnya paling kecik dalam family sebab dia paling bongsu. Tadi tengah duduk dekat hall rumah dia datang duduk depan aku kejap lepas tu dia pandang aku terus dia senyum. Hahahaha. Selalu juga dia ni IM aku dekat FB tanya khabar. Boys talk (^^)v

Totocuk

Aku tak tahu Totocuk yang mana satu tapi apa yang aku boleh cakapkan Totocuk dan ahli keluarganya sangat bahagia sekali. Faham bahasa dan tahu hormat orang lebih ‘besar’. Manja juga Totocuk ni. Totocuk mempunyai bulu di badan serta bermisai lebat. Eh, apa yang korang tengah fikirkan tu yerk? Totocuk tu kucing laa. Hahahaha. Dalam banyak-banyak kucing ni ada satu kucing paling best. Tapi aku baru terperasan waktu nak balik. Rasa macam nak bawa balik je kucing tu. Hahaha.

**************************************

Pesta baham-baham (makan) dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan bertamadunkan orang Minang Kabau. Aku nak sebut makanan tu tak tahu sangat sebab yang aku tahu makan je. Huhuhuhu. Sangat sodap sehinggo menjilat jari den ni haa~ 2 pinggan den makan sebab malu, kalau tak mahu den tibai sampai licin. Haaa, korang tengok tu. Makan 2 pinggan je masakan orang Minang terus pandai bercakap bahasa orang Minang sikit-sikit. Hebatkan resipi Minang Kabau ni. Supaya dapat membuatkan korang berasa cemburu so aku uploadlah gambar contah masakan yang dihidangkan tadi. Aku ambik gambar ni dekat Pakcik Google. Yelah, apa kemaruk sangat ke aku ni tengah sibuk-sibuk mentekedarah time tu laa sibuk nak tangkap gambar makanan satu-satu.

Fuh sangat sedap. Aku tengok gambar ni pun rasa macam nak jilat je skrin komputer aku ni. Kenapa banyak sayur dari ayam? Haaa, tu laa korang tak tahu. Family ni mengamalkan amalan pemakanan sihat. That’s why dorang semua sentiasa kelihatan muda. Nyum nyum.

**************************************

Aku dihantar pergi station KTM (UKM) oleh ayah Tiramissu iaitu Encik Abdul Halim. Masa nak balik tu Tiramissu sempatlah bercerita dan tunjukkan rumah sedara mara dia semua. Semua rumah seudaranya dekat-dekat je. Rumah nenek dekat belakang, rumah Pak Long kat sinun, rumah lama kat sinun, bla bla bla “PRaaaaaap” aku terlanggar dahan pokok. Lebam dilutut tak hilang tambah lebam didahi. Ahahahaha.

Beraya di rumah keluarga Tiramissu amat menyeronokkan. Ahli keluarganya semua best, masakannya best, layanannya best, kucing dia best, eh semua best lah. Bila next raya ye? Den dah tak sabo dah ni haa nak poei Kampung Teras Jernang balik. Hahahaha :p

**************************************

Kepada seluruh ahli keluarga Abdul Halim saya Muhamed Efandy Haery Bin Othman mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian menjemput saya beraya di rumah anda. Amat terharu tidak terkata. Hanya iringan doa sahaja yang mampu saya berikan semoga keluarga ini dipelihara, berbahagia selalu dan dimurahkan rezeki hendaknya. Sampai panjang umur kita berjumpa lagi :) Terima kasih banyak-banyak darab 1,000,000 kali ye. Kepada seluruh budak kecik bawah umur di rumah tu abang minta maaf. Tak dapat nak bagi duit raya sebab belum berkemampuan lagi (belum berkerja). Ni kira hutang dulu ye nanti abang dah kerja tuntut balik. Hahahaha :p

P/s: Kolestrol dan lemak meningkat naik. Diet berkuatkuasa serta merta.

Coretan ikhlas dari,

MissEry

Comments
  1. Abdul Munzir says:

    memang seronok benar nampak berkunjung kat rumah Encik Halim nampaknya bro….pasal lutut tu baik jaga baik-baik, esok dah mula kelas, kena naik tangga bertingkat-tingkat

    Daripada gambar dan deskripsi bro, nampaknya keluarga Encik Halim ini memang gembira dan periang, moga-moga bro dapat jaga mereka juga satu hari nanti

    lastly pasal makanan tu semasa menangkap gambar ada curi sikit-sikit tak XP

  2. efyery84 says:

    munzir: yang gambar tu bukanlah gambar sebenar. tu cth gambar makanan sebenar yang diambil dari google je. walau bagaimana pun memang tu lah resepi makanan yg disentap oleh aku tadi. ^^ pasal lutut tak dapek lah den nak nolong ea~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s