Era 80’an Dalam Kenangan – Episod 1

Posted: September 24, 2010 in Umum

Aku lahir pada sekitar era 80’an. Banyak nostalgia kenangan silam yang tidak boleh aku lupakan sama sekali. Kali ini aku nak menceritakan animasi kegemaran aku sewaktu zaman hingusan dulu-dulu. Banyak cerita yang aku sudah lupa jadi aku preview je yang mana aku masih ingat lagi. Ada beberapa animasi ini yang masih lagi ditayangkan sehingga sekarang, tapi tak bestlah kan korang baru nak tengok sementara aku pula dah tengok lama dah. Hahahaha (ketawa riak). Jom kita review bersama-sama dengan mengklik Read more yooo’..

1) Doraemon

Doraemon adalah kucing cyborg yang tidak suka mengaku dia ni spesis kucing. Dia selalu berfantasi bahawa dia ini adalah spesis musang walaupun dia mempunyai fobia Tikusnism (takut tikus). Dia suka makan kuih Dorayaki keluaran syarikat Encik Harun Din. Nobita adalah tuan empunya kucing tersebut yang selalu ditimpa nasib malang. Akibat nasibnya yang tersangatlah malang itu, dia selalu meminta bantuan daripada Doraemon untuk mengeluarkan alatan-alatan canggih seperti sejadah terbang, songkok putar belit dan assignment copy paste.

2) Tomatoman

Tomatoman adalah pahlawan negara buah-buahan. Di dalam negara buah-buahan tersebut ada sepuluh biji buah yang dilantik menjadi pahlawan istana dan Tomatoman adalah pahlawan yang kesepuluh. Agak macam tak bestkan cerita ini tapi sumpah ceritanya memang best nak arwah. Nama watak-watak didalam animasi ini semuanya diambil sempena nama buah seperti Siti Lemon, Encik Carrot Susu, Encik Ketupat Lemang. Okey nama itu sengaja aku reka sebab aku dah lupa nama watak sebenar didalam animasi ini tapi yang Siti Lemon tu memang ada. What the what!!!

3)  Tenage Mutant Ninja Turtle

Empat ekor kura-kura yang dilatih oleh seekor tikus (Master Splinter) untuk menjadi Shinobi. Dorang punya HQ bertapak di dalam sistem perparitan di New York. Setiap karakter kura-kura ini berbeza. Sorang tu bijak nak arwah boleh ambik lesen kelas D bawak van ke hulu ke hilir. Sorang pulak aktif nak mampus suka naik skateboard. Senjata yang digunakan mereka pun berbeza-beza mengikut karakter masing-masing. Ketua kura-kura ini adalah Leonardo yang memakai pedang samurai. Dorang suka makan pizza dan spagetti. Gila ahh, susah bebenor nak bela korang ni makan tahu nak mahal je.

4) Tom And Jerry

Manusia yang suka berkelahi kalau di dalam peribahasa Melayu disebut “Bagaikan kucing dengan tikus”. Peribahasa ini bila ditukar kepada bahasa omputih (English) akan menjadi “Like Tom and Jerry”. Sudah terang lagi bersuluh bahawa animasi ini mengisahkan kisah tentang dua ekor makhluk berbulu yang sering berkelahi. Macam-macam gelagat dorang buat seperti  tikus melakukan aksi meletupkan kucing,  kucing  membalas dengan meliwat si tikus dan macam-macam lagilah. Eh, teringat pulak totocuk yang telah menjadi pembunuh bersiri kepada hamster kesayangan si Naim tu. Bagaikan Tom and Jerry. Ish-ish sadis betul laa…..

5) Kamen Rider Black

Seorang superhero Homosaphien. Oh shito!! Cuba korang bayangkan apabila berjumpa dengan makhluk macam ni bawak motor Kawasaki KTM yang dah dimodified menjadi bentuk belalang kunyit dan yang bawanya pun sebiji macam belalang kunyit. Gila kentang mahu ketawa sampai menanah cuping telinga Mak Leha. Awwww tak kuasa hakku. Dulu aku panggil karakter ni Suria Baja Hitam. Tapi seriuosly kalau aku dapat motor dia tu pun best juga sebab waktu tu cuma motor dia je yang meggunakan sistem GPS. Senjata yang digunakan oleh beliau adalah pedang cyber koridor raya multimedia yang diseru keluar dari tali pinggang  yang dipakai oleh beliau. Aku suspect pedang itu adalah salah satu bahagian alat sulit beliau. Sudah tiada tempat lain ke nak simpan pedang tu? Kenapa dekat tempat menahan seluar daripada jatuh juga yang kau nak simpan? Huh~

6) Ultraman 80’s

Yesszaaa!! Sememangnya era 80an banyak superhero berstatus Homosaphien yang muncul seperti Superman yang suka memakai spender diluar. Tapi kali ini bukanlah Superman yang aku nak storykan tetapi adik tiri laki mak Superman yang digelar Ultraman. Ultraman boleh disifatkan berkerja sebagai pest control untuk menangani isu anai-anai gergasi, lipas gergasi dan apa je lah yang gergasi. Ultraman ni kalau nak habis kuasa mesti lampu dekat dada dia berkelip warna merah. Kadang-kadang lampu tu bertukar menjadi warna kuning dan hijau seperti lampu traffic light jalan raya (tipu). Ultraman ada banyak jenis dan dorang berkeluarga. What the tut… Dia ada Atuk Ultra, Bapak Ultra (yang bertanduk), Mak Ultra, kakak, abang, adik ngah, adik bongsu dan banyak lagilah. Dorang kirim salam lebaran dekat korang dan jemput datang beraya di rumah meraka yang terletak di Planet Ultra. Ada bran?

7) Sailormoon

“Dengan kuasa bulan datanglah” bukan membawa maksud dorang period. Itu adalah salah satu ungkapan keramat untuk wirawati ini. Aku paling suka kalau dorang buat transformasi. Jeng jeng jeng, agak seksi disitu ye. Hahahaha. Watak-watak dorang ada Jupitar, Venus, Mars dan semua planet-planet yang ada di bima sakti kecuali nama bumi je dorang tak guna pakai. Dasar memilih betul dorang ni kan. Tapi nostalgia gila kot cerita ni. Pompuan yang lahir sekita era 80an pasti ingat lagi animasi ni.

8) Gaban

Lepas sekor muncul sekor lagi superhero Homosaphien. Apa kebanyak sangat mahkluk ni sekitar era 80an? Gaban ni aku tak berapa nak ingat cerita dia sebab aku selalu konpius dengan superhero lain. Tapi selalunya dia muncul dengan menaiki kereta warna merah aksi macam naik papan skateboard. Adus, trademark memang tak boleh belah. Aku tak boleh nak justify dia ni banyak sangat, yang aku tahu helmet yang dia pakai tu keluaran Arai. Okeyh, yang tadi tu pun statement tipu dari aku. Yang penting Gaban tetap menjadi sebuah cerita legenda yang digilai ramai pada era 80an.

9) B’Tx

Cerita ini mengisahkan pasal tuan empunya kuda tersebut telah keluar dari parti kerajaan dan memasuki parit keadilan. Akibat dari tindakan itu beliau telah diserang oleh army angkatan parti kerajaan tersebut. Dalam keadaan cedera parah beliau telah berjumpa dengan orang yang boleh memandu kuda tersebut. Tapi masalahnya kuda tersebut tak suka ditunggang oleh orang baru. Setelah berjaya dijinakkan aktiviti membalas dendam pun bermula. Setiap sempadan untuk ke tempat musuh (HQ) dijaga oleh binatang-binatang mitos seperti kura-kura gergasi, tupai laut, tenuk spring dan sebagainya. Jadi untuk pergi ke HQ beliau perlu bertempur dengan penjaga sempadan tersebut.

10) Thundercats

Keluarga kucing yang bermusuh dengan mumia bernama Mamra. Ketua kumpulan Thundercats ni bernama Leon-o yang memakai keris taming sari. Apabila beliau memuja keris tersebut maka keris itu akan berubahlah menjadi sebilah pedang sakti. Dalam banyak-banyak watak ni aku paling suka watak Wilykit’s dan Wilykat’s. Dorang ni adik beradik yang suka buat huru hara. Tak padan kecil belum akil baligh lagi suka suki je serang musuh. Dah susah baru nak minta tolong dengan kucing dewasa. Thunder Thunder Thunder Hoooooooo!!!!

***********************************************

Ini adalah antara animasi yang menjadi gilaan ramai kanak-kanak sewaktu era 80an. Banyak lagi animasi yang lain tapi malas aku nak senaraikan. Ada Captain Tsubasa, Scoobydoo etc. Memang nostalgia sungguh kalau dikenangkan balik. Sekarang mana nak sama lagi. Graphic sekarang pun dah canggih-canggih belaka. Aku sekarang suka anime Naruto walaupun keadaan tubuh badan aku yang sudah boleh digelarkan bapak budak. Ada aku kisah!! Ikuti sambungan cerita Era 80’an Dalam Kenangan dientri yang lain. Bubye then……

Comments
  1. cinta kamu.. says:

    saya suka sailormoon..yang ketua dia tu..sebb dia cantik..dan sexy..

  2. AfiqRxE says:

    Doraemon paling best sebab kalau aku ada Doraemon boleh aku minta dia keluarkan alat copy paste assignment…x sampai 5 minit assignment dah siap …Kalau nak keluar pulak minta songkok putar belit hehe.

    • efyery84 says:

      Afiq: hooooo, tu je keje yang dia suka sangat tu yer.. hahahaha.. ni namanya salah guna kemajuan ni.. anyway nasib baik doraemon takde.. kalau tak lagi banyak huru-hara adalah.. haha..

  3. aliahxJam says:

    huhu….dah tentu sy suke sailormoon…sbb hero dia yg ensem….tp lupe lak pe namenyer…slalu muncul ngan pkai tuksedo…pastu pgg bunge ros merah…hahahah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s