Archive for August, 2010

Sewaktu Kecil Dibulan Ramadhan

Posted: August 19, 2010 in Umum

Teringat semasa kecil dulu apabila menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Aku dulu masa kecil mana kenal apa tu Ramadhan. Apa yang aku kenal adalah istilah bulan puasa. Bila dengar je bulan puasa terus dalam kepala hotak aku ni mengambarkan bulan dimana orang tak boleh makan dan minum dari mula azan Subuh sampailah azan Maghrib. Sudahlah masa kecik dulu aku ni hyperactive orangnya. Bukan senang tahu aku nak menceritakan kisah aib aku sewaktu kecik-kecik duhulu menyambut bulan Ramadhan. Jadi kalau korang kasihankan aku tak payahlah klik Read more ye.

(more…)

Advertisements

Amarah Dibulan Ramadhan

Posted: August 17, 2010 in Umum

Bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan. Nama lain bagi bulan ini adalah bulan puasa. Dibulan ini kita di wajibkan menahan lapar dan dahaga dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Bukan menahan lapar dan dahaga sahaja malahan kita juga disarankan untuk melakukan road block dan kuarantin terhadap semua kategori hawa nafsu kita sepanjang tempoh bulan Ramadhan. Ini termasuklah menahan nafsu amarah dan maki hamun terhadap orang lain. Kerana itu kaum hawa tidak boleh berpuasa bila tibanya mode PMS kerana kondisi mentaliti mereka akan menjadi tidak seimbang. Okeyh, kenyataan ini aku sengaja buat-buat jadi korang endahkan je. Klik Read more untuk mengetahui hukum marah-marah dibulan puasa.

(more…)

Meow Dibulan Ramadhan

Posted: August 16, 2010 in Umum

Sejak hari Jumaat lagi kami penduduk di blok SS08 sudah digemparkan dengan bunyi-bunyian entiti seperti meeeaaaawww dan meeeeoow. Ok, aku sengaja cuba berusaha ingin mereka cerita seram padahal tak seram mana pun kan. Kalau bunyi macam tu sudah tentulah suara kucing  berbakat mendendangkan lagu Justin Bieber. Tapi yang musykilnya dari mana datangnya bunyi tersebut. Munzir cakap mungkin rumah bawah ni ada bela kucing. Tapi takkan sampai mengeoow macam tu sekali. Lagipun rumah bawah aku ni budak kategori rempit tegar mana tahu apa tu kucing. Terngiang-ngiang ditelinga aku seperti bunyi makhluk Allah s.w.t meminta bantuan kemanusian Gaza. Serius aku tak senang duduk dengan bunyi-bunyian macam tu. Nak kata ada hantu tak mungkin memandangkan sekarangkan bulan Ramadhan jadi semua hantu dihantar pergi bercuti ke Genting Highland. Ikuti cerita selanjutnya dengan mengklik Read more. Meeeoooow!!!

(more…)

Apalaa engkau ni Ery. Sudah masuk puasa ke-5 baru nak buat entri pasal puasa. Sorry guyz, aku bukan tak mahu hapdate entri dalam blog aku ni tapi lately so the busy laa. Yelah, mana nak buat assignment lagi, nak baca buku lagi sebab midterm dah dekat, nak main game lagi. Ops!! Terkantoi laa pulak. Hahaha. Akukan pelajar gemilang terbilang apa bagai tu suma. Ceh, ayat tak boleh blah. Ni apa citer puasa korang suma?Aku harap korang semua masih belum tumpah darah lagi and still boleh berpuasa penuh. Aku macam biasalah kan tak berpuasa dari terbenamnya matahari sehingga terbitnya fajar. Entri kali ini malas aku nak serius poyo. Kali ni aku nak borak santai ala-ala je. Klik Read More untuk membuang masa bersama aku.

(more…)

Bintang Blog Idol

Posted: August 6, 2010 in Umum

Selalunya orang mendengar dan melihat rancangan Bintang Kecil atau Malaysian Idols je. Tidak pernah pula keluar dimana-mana saluran televisyen mahupun radio rancangan berbentuk Bintang Blog Idol. Dikesempatan ini aku terpaksa membuka pekung didada dengan mengakui blog aku tidaklah sehebat manapun. Selalunya para jejaka tidak suka menulis blog kerana mereka akan merasakan dirinya separa sotong kerana mencurahkan isi hati mereka diblog. Kerana wanita memang dilahirkan untuk menjadi seorang yang emo sudah tentulah ramai dikalangan mereka yang memiliki diari rahsia dan blog (termasuk blog rahsia). Aku mula minat untuk memiliki dan menulis blog sewaktu secara tidak sengaja terbaca blog  my BFF yang penuh dengan dekorasi menarik. Gila taksub aku  waktu tu sambil berkata di dalam hati “Fuh! Gila minah ni hias webpage dia macam baru menang pertandingan Dekor Bersama Eric je.” Klik Read more untuk mengetahui siapa yang aku nobatkan selaku Bintang Blog Idol pilihan aku.

(more…)

Image by Google

Entri kali ini adalah sambungan entri The Thing You Should Not Do When Using Facebook Part 1. Aku akan mendedahkan tips-tips tentang perkara yang anda perlu elakkan semasa sedang menggunakan Facebook. Mungkin anda tidak perasaan bahawa perkara-perkara ini pernah anda lakukan tanpa disedari. Pada anda mungkin tak mengapa tapi pada orang lain boleh menyebabkan mereka hangin. Ayuh kita mengenali perkara-perkara tersebut dengan mengklik Read more.

(more…)

Artis Popular Hangat Bercinta

Posted: August 3, 2010 in Umum

Hyee u ouls. Selamat datang keruangan SS (Soh Seh) edisi khas.. Ni mak bukan nak buat-buat ceritalahkan. Orang-orang punya hal, mak bukan radio bergerak tau. Oh, tak kuasa hakku. Tapi berita ni memang tengah malatop mak haih.. Mana-mana je mak pergi pasti ada orang bercakap pasal hal ni.. Mak masuk dalam toilet tengah fokus nak mengemut memotong najis mutawasitah pun terbantut mendengar jiran sebelah toilet berborak pasal hal ni.. U ouls nak tahu apa berita yang sedang panas sangat tu.. Ni hah!! si Ery tu alaa yang penulis blog Cerita Aku Dan Sesuatu yang tak seberapa nak popular tu sekarang sedang hangat bercinta. Ramai orang nampak beliau berjalan dengan seorang gadis. Mak nak suruh si Zubir tu pergi terjah tapi si Zubir pulak ada hal nak terjah si Fasha Sandha gewdik menrenyam tu.. Dengan berbekalkan kamera SLDR versi reban ayam, mak pun terjahlah si Ery ni dengan informasi yang mak dapat dari anak ikan mak. Perkara ni berlaku kat Midvalley. Jom terjah bersama mak.. Zaaaaaassss, klik Read more………

(more…)

Jom Minum Susu

Posted: August 1, 2010 in Umum

Minum susu anda jadi kuat, sihat dan chubby. Dulu masa kecik-kecik aku sangat addicted dengan susu sehinggalah kejadian pembunuhan botol susu kesayangan aku. Mak aku telah menetak botol susu aku menggunakan parang sehingga terbelah dua dan akhirnya botol itu aku tanam dihadapan rumah lama dekat Kluang Johor dulu. Serius sangat sedih woo sampai tak boleh nak menangis hanya berani mengeluarkan suara huuu huuu je sambil sedut balik hingus masuk dalam mulut. Hahahaha. Aku masa tu mana tahu minum susu guna gelas atau cawan. Aku lagi suka menyonyot puting je pada masa tu. Sekarang baru sedikit sebanyak aku mengenali khasiat susu setelah lutut aku kembali kuat dan normal hari demi hari. Terima kasih susu. Klik Read more untuk menyusu bersama aku.

(more…)

Image from Google

Rata-rata umum sudah mengetahui apa itu Facebook even budak sekolah rendah juga sudah tahu menggunakan teknologi Social Network ini. Hey, kamon laa. Kalau korang cakap tiada akaun Facebook seumpama lelaki Melayu yang membuat pengakuan tidak bersunat walaupun sudah tingkatan 3. Entri kali ini aku ingin memberi sedikit tips perkara yang perlu dielakkan semasa menggunakan Facebook. Klik Read more ye…

(more…)