Beraya Di Rumah Kawan

Posted: September 14, 2010 in Umum

Hari ni (13hb Sept 2010) parents aku ajak pergi Pontian melawat sanak saudara dekat sana. Oh ye, family aku ada dusun durian dekat sana tapi aku ada alahan laa pulak dengan durian. Akibat keletihan kerana aktiviti berkonvoi sakan semalam, aku mengambil langkah untuk menolak perlawaan itu dengan memberi alasan ingin beraya di rumah kawan. Ni alasan betul bukan bohong punya tau. Target house aku pada hari ini adalah rumah Fikree Ramlee (wan) dan rumah Ryuki Survive. Dorang pon dah main calling-calling dah mengajak aku pergi umah dorang. So chalo inpektor sahab. Klik Read more ye..

Pagi ni aku memang tak sarapan di rumah. Nanti kenyang pulak takde seleralah nak merasa makanan orang lain. Lepas parents aku bertolak aku pun bersiap untuk beraya ke rumah member aku di Majidee. Cuaca hari ni macam biasa, salji turun dengan lebatnya dan suhu dalam lingkungan -0 darjah Celsius (tipu, sebenarnya panas terik).

Perjalanan sempoi tiada aktiviti “polis sentri one to jaga” sepanjang perjalanan. Janji tunggu kat Sekolah Agama lama dekat sana tapi si Wan boleh pulak pergi bisukan telifon dia jadi yang menjemput aku pada hari ini adalah si Ryuki. Tanpa membuang masa aku pun terus sahaja pergi beraya dekat rumah Ryuki dulu.

Apa yang best dekat rumah beliau adalah rendang mak dia. Perghhh, 2 pinggan ketupat campur lemang aku tambah tanpa memikirkan natijahnya yang akan berlaku selepas ini. Wan pun datang beraya dekat rumah Ryuki  jugak selepas dia tersadar dari lamunan. Then kami semua bergerak ke rumah Wan pulak.

Lepak umah Wan borak-borak lepas tu makan-makan dan minum air. Habis air oren buat air jambu. Perut aku pun dah makin lama makin membuncit. Bapak dia masak kueh tiaw goreng aku tak dapat nak habiskan sebab lemang dan ketupat dalam perut tak tahu nak parking dekat mana lagi dah. Kawasan Majidee tanah dia kerajaan nak ambik balik. Biasalah, nama pun BN “Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”. Jadi banyaklah rumah penduduk kampung dah dirobohkan termasuklah kediaman-kediaman monyet dekat hutan paya bakau sana.

Akibat dari projek pembangunan tersebut banyaklah monyet-monyet merayau di kawasan ini. Kami semua main kejar-kejar dengan monyet tersebut sebab monyet tu telah melakukan onar di atas bumbung rumah Wan. Hahahaha, kelakar gila aku main baling-baling batu halau monyet tu.

Macam ni laa monyet tu. Hensem macam muka korangkan. Hahaha. Walaubagaimana pun beraya di kampung adalah sangat menyeronokkan. Serius aku sangat bangga menjadi orang kampung dan mempunyai ramai sahabat dan kenalan orang kampung. Esok aku dah mula melangkah pulang ke kolej. Adess, raya dah habis assemen menanti aku. Tak sabar menanti cuti yang berikutnya. Hehehe ^^

Comments
  1. Abdul Munzir says:

    ya sememangnya beraya di kampung adalah sesuatu yang dibanggakan kita semua Bro XD
    saya dah sampai kolej dah ni, dah rindukan masakan kampung Opah saya, aduh bila la lagi dapat kita cuti semacam begini ya

  2. efyery84 says:

    munzir: esok aku balik.. cuti akan tiba lagi.. xder hal laa.. hehehe :)

  3. Abdul Munzir says:

    ooo maknanya 15hb 9 balik la ya *anguk kepala*

    haha hal cuti tu memang saya tak pernah komplain cuma rasa tak sedap la nak tunggu kan yang seterusnya la

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s