Archive for October, 2010

Novel: Retorik Cintaku (1)

Posted: October 31, 2010 in Umum

Hari ini aku nak buat IC. Entah macam mana semasa di bank tempoh hari, IC aku tak dapat memberi informasi yang dikehendaki oleh mesin cop jari yang disediakan. Agak sukar untuk membuat urusan penting. Jadi sebelum keadaan menjadi lebih susah aku perlu menukar kad pengenalan ini dengan yang baru. Ini sebab tiada premis yang menyediakan perkhidmatan membaiki kad pengenalan. Eh? Apa je tak habis-habis cerita pasal kad pengenalan ni. Move forward dengan mengklik Read more..

(more…)

Semester Yang Kurang Havoc Untuk Aku

Posted: October 31, 2010 in Umum

Semester ni tak berapa nak menjadi keseronokannya pada aku. Awal-awal dulu dah pasang niat sambil buat sujud sahwi lagi untuk upgrade pointer aku menjadi lebih mantap. Tapi aku rasa planning aku kurang nak berkesan sebab semester ni kurang nak havoc. Subjek semua menarik cuma ada pulak makhluk yang mengajar macam langsuir terus buat aku blur. Rasa macam nak sedut-sedut je segala lemak dekat perut langsuir tu. Boleh juga aku sedekahkan lemak tu dekat Erryn sebab badan dia kurang nak menjadi tumbesarannya. Walau bagaimanapun perkara baik yang aku telah pelajari semasa sem ini adalah mempelajari bahasa international selain daripada bahasa English. “Bukan saya udah bilangin, makanya di ikutin..” yeeeeeah that’s right. Ikutin kepala ho’ engkau. Klik Read more..

(more…)

Masak-memasak Bersama Chef Efy

Posted: October 26, 2010 in Umum

Hoollaaaaaaaa haaai!! Selamat datang U ouls semua keruangan “Masak-memasak Bersama Chef Efy”. Sebelum tu I nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhinggalah kepada tuan empunya blog ni, kerana sudi menjemput mak untuk menginterprem seterusnya menyemakkan blog ini dengan resepi yang vogue the vass terbaik dari ladang. U ouls jangan risau, masakan mak ni memang malatoooop dan yang penting ye, ye yang paling penting tu Halal walaupun pada hakikatnya mak ni tak berapa nak halal belah luaran. Awwww tergedik pulak mak.

Kalau para gadis-gadis gersang dekat luar sana tu yang masih menunggu jodoh turun dari langit, apa salahnya mencuba resipi ini. Bukan apa, sekurang-kurangnya U ouls tu ada juga aktiviti nak buat dari melepak mengumpat sambil memuji kecantikan body Fahrin Ahmad. Owh, buat para jejaka U ouls tak perlu risau. Mencuba resipi mak memasak di dapur tidak akan mengubah organ reprokduksi korang menjadi multyply sex organ. So, tak salah kalau lelaki memasak di dapur. Jom cekidot resepi terulung dari mak khas buat semua para pembaca blog Cerita Aku Dan Sesuatu. Gambar masakan ini bukan diambil dari mana-mana sumber  ye. Gambar masakan ini original dari masakan mak sendiri tau. Tak kuasa hakku nak pliagiat gambar masakan orang lain. Klik Read More….

(more…)

Ngak Paham Dong!!

Posted: October 17, 2010 in Umum

Pernah tidak anda berjumpa dengan certain lecturer yang dapat membuatkan anda hangin satu badan. Kalau tidak pernah ini bermakna anda adalah seorang pelajar nerd yang hanya tahu untuk mencabut bulu punggung para lecturer sahaja. Sem kali ini aku telah berasa begitu hangin dengan seorang lecturer yang telah berjaya diseludup dari negara jiran. Sebelum ini segalanya nampak seperti mahu merdeka apabila lecturer ini digantikan dengan lecturer baru tetapi segalanya berubah umpama peribahasa “Ku sangkakan panas disiang hari rupanya tsunami di Acheh”. Lecturer baru tu telah meletakkan jawatan secara mengejut. Aku bukan emosi seorang diri okeyh. Setelah dilakukan banci secara mendalam rupa-rupanya satu kelas juga tidak paham sepatah haram apa yang diajari oleh beliau. Mari kita mengenali makhluk asing (kerana dia orang seberang) ini dengan mengklik Read more.

(more…)

Bila Rindu

Posted: October 16, 2010 in Umum

Malam ni (actually masa aku tengah menaip ni dah pagi) aku terasa down sedikit. Yup seriously, sedikit je tak boleh down banyak sangat nanti masuk lubang kubur. See, aku dan mula mengarut. Oh, damn!! Biasalah orang tengah angau ni hormon reproduksinya memang selalu tidak stabil. Nak buat macam mana. Selaku jejaka merangkap bakal anak menantu sejati idaman keluarga Teras Jernang aku memang terasa down apabila mendapat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang tak seberapa nak ringkas dari Cik Tiramissu mengatakan rindu sangat-sangat dekat aku dan nak sangat-sangat plus sangat-sangat-sangat untuk berjumpa dengan aku. Aku bukan tak mahu jumpa cuma macam terasa sedih di atas keadaan diri aku sekarang ini.. Hmm, entahlah dude’ rasa macam tak boleh nak buat apa-apa waktu sekarang ni. Jom touching bersama aku dengan mengklik Read more…….. Huwaaaaaaa!! Sedih sikit. Sob sob~

(more…)

Iklan Annoying

Posted: October 12, 2010 in Umum

Huish agak lama juga aku telah meninggalkan aktiviti mengarut dan mencarut di  dalam blog separa lucah aku ni. Okeyh stop mengarut sebentar. Hari ni aku hendak menceritakan tentang kuasa sesuatu pengiklanan didalam mempengaruhi minda kita sebagai seorang pengguna. Iklan adalah suatu cara atau teknik didalam memperomosikan sesuatu produk didalam pasaran. Tidak kira apa  jua jenis produk pasti ada iklan cuma di Malaysia iklan dikawal demi memastikan manusia tidak terikut-ikut dengan aksi mazmumah yang cuba ditampilkan walaupun produknya still juga dijual di dalam negara. Contohnya dulu kita ada iklan rokok sekarang mana ada lagikan. Sekarang dorang lebih gemar mengiklankan tuala wanita versi Yuna je. Hahaha. Baik jom kita menghuru harakan iklan yang selalu muncul di dalam television yang selalu membuatkan aku rasa macam nak sepak je kaca peti televisyen tu bagi pecah sebab terlalu anoying sangat-sangat. Klik Read more untuk meneruskan pembacaan yang tidak bertauliah ini.

(more…)