Juadah Assigment Di Aidilfitri

Posted: September 27, 2010 in Umum

Aidilfitri hampir melabuhkan tirainya. Kuih raya pun mulai bertukar menjadi serdak akibat diratah dengan buasnya oleh para tetamu. Aku paling suka lemang cicah dengan rendang. Akibat dari pemakanan yang tidak terkawal, lemak dan kolestrol pun meningkat naik. Cuba berniat hendak melaksanakan puasa 6 tapi hasilnya hangat-hangat taik oit-oit sahaja. Perut pun sudah boleh dikategorikan perempuan hampir bersalin tunggu masa nak menopous sahaja. Selepas ini aku terpaksa melayan juadah-juadah assignment yang dihidangkan oleh para lecturer. Dah nampak banyak mukadimah ini ayuh klik Read more untuk sambung membaca penderaan tanpa batasan hidup sebagai seorang pelajar.

Baru siap assignment Management In IT. Perasaan seronok menguasai diri tapi hanya bertahan untuk jangka masa 5 minit sahaja. Selepas tu kembali fokus untuk 3 assignment lagi. Ahh, kalau  tiap-tiap semester susah macam ni boleh mengakibatkan ulser tumit tahu tak. Macam ni susahlah aku nak ber-Battlefield secara online. Padan muka aku siapa suruh tak buat awal-awal. Eh, korang ingat senang ke?

Subject Network Concepts memang ternyata memberi kesan psychology yang amat mendalam bagi aku. Lecturer asal untuk subjek ni langsung tidak berjaya untuk menaikkan nafsu syahwat aku. Dengan bermata stim dan rambut yang disikat kebelakang mengajar dalam loghat Indonesia membuatkan para pelajar melopong kehairanan. Waduh-waduh, ngak paham gue dong ngapain yang lo ajarin ni. Akibatnya semua student mengapdatasikan teknik melopong di dewan peperiksaan semasa Mid Term tempohari. Nanti kalau student complain takut pula dia marah then terus ajak semua lecturer warga Indonesia di kolej ini buat reformasi Ganyang Malaysia. Yelah, sekarangkan musim Ganyang Malaysia. Dia tahu dia punya ganyang je kita punya ganyang dia tak tahu.

Huhuhu, sekarang tidak lagi. Lecturer baru menggantikan asuhan ayah pin ini adalah lecturer perempuan. Beliau dah kahwin tapi student apa kisah semua tu tahu nak menggedik je. Bahasa yang digunakan jelas dan nyata. Akibat dari didikan penuh kemanjaan dan kasih sayang serta diberikan susu Anmum yang secukupnya, aku kini paham dah sikit-sikit perjalanan subjek Network Concepts ini . Sekarang pun sudah mulai faham bagaimana hendak membuat network dalam assignment yang diberikan. Lihatlah hasilnya:

***************************************************

Assignment Computer Platform lecturer bagi modal RM15000 untuk buka perniagaan pengiklanan dimana di dalam syarikat itu cuma ada 3 orang pekerja sahaja. Office Manager, Graphic Designer dan Part-time Assistance. Apo kodokut eko boie den sikit bonar duitnyo. Eko ingat software tu suka suki guna barang cetak rompak ko? Nak tak nak tugasan tu kena buat juga dan hampir siap cuma tunggu member aku sorang tu je yang belum hantar repot dia dekat aku.

Assignment Quality System malu den nak kobankan. Hahahahahaha, belum usik lagi. Yelah, aku ni bukan hebat sangat nak buat suma serentak dalam satu masa. Hensem tu adalah iras-iras Fahrin Ahmad sikit. Aiceeeeh poyos tak sudah aku ni. Okeyh stop mengarut dekat sini dan sambung ber-assignment balik. Eh kejap, aku ada apointment dengan Bill Gates so aku kena jumpa dia dalam mimpi. Tido dulu yeeeeaaah~

Luahan Gila-gila dari,

MissEry

***************************************************

P/s: Lecturer Networking Concepts dengan rasminya meletakkan jawatan berkuatkuasa hari ini.. Eh, susah sangat ke network ni sampai lecturer pun ting tong nak mengajar? Kembali menjadi anak terbiar. Huuuuuu (-_”)

Comments
  1. cinta kamu.. says:

    eh??? jangan curi tulang tau..moral value..kena buat asgment secepat yang mungkin . lagi cepat dari lecturer yg nak bagi assignment k..hihihi..gud luck!!!!=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s