Tragedi Sebelum Raya Aidilfitri

Posted: September 10, 2010 in Umum

Ketika menulis entri ini aku sangat letih tetapi semangat untuk mentekedarah ketupat, lemang, rendang, kari ayam dan segala bentuk makanan berkolestrol tinggi amatlah membuak-buak di dalam diri ini. Anyway sebelum aku meroyan lebih lanjut aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan dan taulan, para pembaca blog Cerita Aku dan Sesuatu, para pembloggers kalau aku ada tersalah kata, tersilap tulis dan tercuri idea blog korang.. Eh, itu kisah lama bro Ijai sempoi pasti dia dah lupakan aku dah. Hahaha..

Kali ini aku nak ceritakan cerita pukal main sumbat je dalam satu entri ni. Senang, mudah dan jimat masa sebab aku baru-baru ni amat malas nak hapdate blog tapi rajin pulak nak hapdate assemen aku. Aiseyreheh, poyo je aku ni padahal assemen baru siap satu je. Tu haa ada lagi 3 assemen tengah menunggu giliran untuk membuli aku. Jom klik Read more.

Cerita Sebelum Balik Kampung

Aku melangkah pulang ke Jaybee pada tanggal 8hb Sept pada pukul 3.35 PM. Ok, itu tarikh yang termaktub dalam tiket bus aku tapi sebenarnya awal pagi lagi aku dah bersemangat nak ke Terminal 1 sebab nak berjumpa dengan buah hati intan payung pasar malam pasar tani dan segala jenis payung yang ada. Siapa lagi kalau bukan pengerang jantung hati beta Puan Tiramisu.

Dia sampai lambat ok aku tak kisah tapi aku annoying menunggu duduk sebelah budak kecik asyik menjerit-jerit macam tarzan tak cukup susu dan vitamin. Sampai je dia terus kita orang pergi melempiaskan hawa nafsu serakah kami untuk pergi bershopping sakan. Sumpah aku tak pandai beli baju selama ni mak aku yang dandankan aku. Tapi kali ni mak aku boleh berehat dari tugas dia mendandankan aku sebab dah ada peganti. Hahaha.

Lepas semua aktiviti bershopping dan terkesima seketika melihat ada aksi singa melintas dihadapan aku, aku pun pulang ke Jaybee menaiki bus Plushliner. Sudah laa penat merayau tanpa GPS system kat Terminal 1 ada pulak bangsa asing makan kentang goreng dalam bus sambil buat aksi sharing is caring. Siap main pas-pas kentang goreng dengan member-member jahiliah dorang. Lepas tu buat aksi menyedut air kotak dengan gaya gersang. Perghhh, 3 jam perjalanan aku ke Jaybee di goda dengan pelbagai aksi menaikkan nafsu syahwat anak tekak aku.

Cerita Sebelum Raya

Pagi-pagi lagi aku dah bawak kereta kesayangan aku si Kancil pergi repaire. Macam mana cermin pandang belakang boleh patah aku pun tak tahu. Ganasnya mak aku ni bawak kereta. Kalah Shumacher (dari segi keganasanlah kan). Lepas tu bawak adik-adik pergi pasar Smart tengok baju-baju dan tengok-tengok saja (windows shopping).

After that mak aku suruh aku betulkan paip sinki tempat makan sebab patah. Serius cabaran menjadi plumbing tanpa sijil halal dari JAKIM amat mencabar buat aku. Mak aku tanya ok tak aku betulkan paip tu. Well, apa yang patut aku jawab? Patutkah aku memberi jawapan “Program C++ sinki ni error mak” atau pun “Oh, sinki ni kena format balik ni” since aku budak IT.  Sebagai anak yang soleh lagi solehah dan mendapat pendidikan awal tadika Kemas aku berjaya jugak merepair sinki tu walaupun tangan aku calar balar dan disudahi dengan aksi tidur di hall rumah dengan seluar  dan baju aku basah lencun akibat bergurau senda bersama paip sinki. Kalau dah penat apa je tak kira janji dapat tidur (serius aku tak cukup tidur).

Malam pulak ada litar pintas kat rumah aku. Suis utama rumah aku tak dapat dihidupkan. So, aku terpaksa menjadi electrical pulak pada malam tu. Akhirnya power is back to normal walaupun aku berpeluh-peluh menyetelkan benda ni. Aku rasa aku ni salah didikan lah. Yelah, mana taknya kan. Belajar IT tapi buat kerja plumbing then buat kerja electrical pulak. Tapi takpe, orang lelaki kena jadi insan serba boleh. Ngengs~

Tengah malam gas memasak pulak habis. Cari gas sana sini suma alasan sama je  “Gas dah habis bang..” Adus, sawan sekejap aku bawak Kancil kehulu kehilir mencari kedai yang masih ada menyimpan stock gas lagi. Aku sudah mula membayangkan kalau takder gas camner nak masak rendang , kari ayam, kurma ayam dll. Boleh ke sambut raya makan KFC dan McD. Oh, tak sanggup aku. Dengan iktizam dan azam yang jitu untuk memakan rendang ayam aku gagahi dan tempuhi jua segala rintangan yang mendatang. Akhirnya aku jumpa juga kedai yang masih mempunyai gas memasak untuk dijual. I love u laa mamak. Esok aku hantar rendang ayam pergi kedai kau yer. Hahahaha..

*********************************************

Okeyh tu je carutan ringan dari aku sempena kejadian tragedi sebelum raya. Nanti aku sambung lagi yer. Aku nak pergi sms bakal menantu mak aku. Eh ye, hampir terlupa pulak aku. For the first time aku telah mendedahkan buah hati aku kepada mak aku. Aku kasi dia cakap dengan Tiramissu. Hasilnya mak aku sangat suka berseri-seri wajahnya sambil memasak. Aku juga sangat senang hati. :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s