Kenapa Saya Sayang Sayang Saya?

Posted: September 14, 2010 in Umum

Setiap insan di dalam dunia ini mengimpikan kekasih yang baik hati, setia dan penyayang. Tak payahlah korang nak membohong cakap tak perlukan pasangan di dalam kehidupan korang. Secara jujurnya aku sangat bahagia dengan kehidupan aku sekarang bersama Tiramissu. Dia baik, setia dan penyayang. Dia segalanya dan selama aku bersama dengan dia aku sangat bahagia. Aku dah kenal dia dah lama dah cuma sekarang baru aku tersedar kehadiran dia selama ini. Aduss, bertapa kurang cerdiknya aku merugikan masa aku memilih orang yang tak sepatutnya kerana selama ini dialah yang selalu menjaga aku, memberi semangat dekat aku dan mengembirakan aku disaat aku berduka. Sekarang aku bersama dengan dia. Seriously dia selalu bertanya soalan yang sama mengapa aku sayang sangat dekat dia dan memilih dia dan bukannya orang lain. Entri ini khas aku tujukan buat orang yang aku sayang, Tiramissu. Sayang please klik Read more untuk mengetahui isi hati abang ye ^^

–Kenapa saya sayang sayang saya?–

Setiap kali abang cuba membuktikan yang abang sayang dekat kamu, rindu dekat kamu dan selama itu jugalah kamu berjaya membuktikan kamu lebih sayang pada abang dan lebih rindu pada abang lebih dari apa yang telah abang buktikan. Still ingat lagi bila abang tengah sedih kamulah tempat abang meluahkan rasa. Dulu kita selalu tukar-tukar masalah bersama. Walau pun dulu kita hanya kawan-kawan je sekarang seperti macam tak percaya kita sudah jadi sayang-sayang. Hahahaha.

Sayang selalu buat abang tersenyum. Jalan bersama sayang merayau-rayau amat mengembirakan hati abang. Hilang semua masalah dalam fikiran bila berada disamping sayang. Tapi abang ni tak pandai berjalan cepat penat. Lepas tu peluh-peluh. Ewwwwww. Sayang yang selalu tolong lap peluh abang. Sayang tak pernah rasa geli lap peluh abang.

Abang tak pandai bergaya. Tengok orang lain pakai baju cantik-cantik abang pun teringin juga. Tapi masalahnya abang tak tahu nak beli pakaian yang sesuai. Nasib baik ada sayang. Sayang yang pilih baju untuk abang. Cantik kasut yang sayang pilih tu. 1st time abang beli kasut abah tak kritik apa-apa dekat kasut abang tu. Dulu abang suka pakai kasut converse putih abah perli cakap abang beli kasut sekolah. Hampeh~

Sayang jenis happy go lucky. Sempoi macam Yuna tapi sayang lebih best dari Yuna. Hahahaha. Masa abang beri sayang cakap dengan mak abang, sayang sikit pun tak tunjukkan suara takut. Mak abang garang ouh tapi sayang sempoi je berborak dengan mak abang. Sebelum ni sayang bagi abang cakap dengan mak sayang. Abang ngaku abang sangat takut wooo. Mak sayang pun sempoi macam sayang jugak. Abang sangat suka ^^

Sayang tak banyak songeh. Apa yang abang makan itu yang sayang makan. Apa yang abang minum itu yang sayang minum. Sayang tak pernah minta apa-apa sepanjang kita berkenalan ni. Apa yang sayang mahukan supaya abang sentiasa berada bersama-sama sayang. Huuuu. Abang masih ingat lagi saat kita makan sepinggan je. Sayang tak pernah pun mengeluh makan sepinggan. Even sudu bekas abang pun sayang guna selamber je takde rasa geli pun. Air yang abang sedut tu laa yang sayang sedut.

Sayang orangnya cepat faham. Kalau abang cakap abang tengah sibuk sebab nak dekat exam, sayang  terus tak  ganggu. Hahahaha, tapi tak lama lepas tu pasti sayang massage cakap “Rindunya dekat abang!!!!” .. Still nak tunjukkan bertapa sayangnya sayang dekat abang. Even nak tido pon sayang mintak izin abang. Oh my~ Eh??!! Kadang-kadang sayang terus tidur je sebab penat sangat takpe abang tak kisah sebab abang pun sama je kadang-kadang terus padam time tengah bermassage dengan sayang.

Hari-hari sayang cakap dekat abang yang sayang rindu dekat abang, sayang dekat abang. Setiap hari sayang ingatkan abang supaya jangan lupakan sayang dan jangan tinggalkan sayang.

Anugerah tak datang selalu. Sayanglah anugerah buat abang. Bagaimana abang nak lupakan kebahagiaan? Bagaimana abang nak tinggalkan kemesraan? Bagaimana abang nak buangkan anugerah yang abang perolehi? Abang tiada kuasa untuk matikan semangat. Abang tiada upaya untuk hancurkan impian. Semangat abang adalah kamu. Impian abang adalah kamu. Ini kerana apa yang abang lakukan sekarang adalah kerana adanya semangat dari kamu untuk mencapai impian supaya dapat hidup lebih bahagia bersama kamu.

Bangganya abang sebab ada kamu dalam hidup abang. Sentiasa tersenyum dalam kelas sampai member cakap abang angau. Lantak pi laa depa kan sebab abang kenal sayang abang lebih dari sesiapa pun. Ke mana pun abang pergi abang bahagia tak peduli apa orang nak cakap sebab abang tahu setiap saat ada orang yang mencintai abang, merindui abang. Abang pasti sayang faham maksud abangkan sebab sekarang pun abang pasti sayang tengah rindu dekat abang. Hehehe :p

Kalau nak cakap kenapa abang sayang dekat kamu terlalu banyak sampai tak tertulis dengan perkataan, tak terungkap dengan kata-kata. Tapi tiap kali abang menyoal diri abang sendiri kenapa abang sayang kamu, abang pasti akan tersenyum keseorangan. Hahahaha, tengah menaip ni pun muka tersenyum je ni tau tak.  Nasib baik dalam bilik sorang-sorang kalau tak………

Kadang-kadang abang rasa cara kita berkenalan, berjumpa dan bercinta sangatlah pelik. Tapi abang tak kisah sebab abang tak pernah merasa sayang jauh dari abang. Kalau abang  tension abang tengok gambar sayang terus senyum. Kalau abang solat, lepas solat je pasti abang berdoa supaya ingatan abang pada sayang dikekalkan. Abang sentiasa berdoa jodoh kita berkekalan.

Abang tak pandai nak buat ekpresi muka macam mana nak tunjukkan bertapa abang sayang dekat kamu. Abang jadi langsi habis bila dekat dengan sayang. Bila tengok mata sayang je abang jadi malu-malu meeeow. Tu sebab kadang-kadang abang pandang tempat lain bila bercakap dengan sayang. Bukan muka sayang tak cumel cuma… Malu lorh nak cakap ouh. Aiseyh, gedik laa pulak aku ni. Hahahaha. Sayang orang paling cumel tau yang pernah abang kenal. Cuma abang ni cepat malu bila tenung mata sayang. Ni kenapa terbalik pulak ni. Sepatutnya sayanglah yang malu bila abang tenung mata sayangkan ni tak abang pulak. Kuang kuang kuang~

******************************************************

Kenapa saya sayang sayang saya?

Tiap kali hati memberi jawapan,

Mulut membisu tidak dapat meluahkan,

Kadang-kadang hati ingin bertanya,

Tapi mata pula malu untuk menyapa,

Tak semua perkara boleh diucapkan dengan kata-kata,

Tak semua perkara boleh diperlihatkan dengan bukti,

Ada perkara yang perlu dirasa menggunakan hati,

Ada perkara yang perlu dicurahkan menggunakan perasaan,

Itulah CINTA,

Kerana CINTA lahir dari hati,

Jadi wajarlah hanya hati yang mampu berbicara,

Mampu merasa dan mampu bertanya…

Abang sayang kamu kerana dalam hati kamu ada cinta,

Abang sayang kamu kerana abang dapat rasa hadirnya cinta itu,

Cinta adalah anugerah yang harus dijaga,

Cinta adalah maruah yang harus dipelihara,

Dan cinta dalam hati abang adalah buat kamu selamanya…

Ditujukan khas buat insan yang tersayang dari,

MissEry

Comments
  1. cinta kamu.. says:

    salam sayang,
    tiada ungkapan yang paling bermakna lagi untuk tira ungkapkan dengan kata-kata yang menunjukkan tira sayang abg..tetapi tira tetap xkn berputus asa dan sentiasa bersemangat untuk menyintai dan merindui abg selalu dan kekal selamanya..terima kasih sayang…terima kasih kerana menghargai diri ini..

    ~suatu penghargaan lebih bermakna, tetapi kasih sayang dan saling menyintai akan menjadi sempurna sekiranya hubungan kekal selamanya..~aminnnn..~

  2. efyery84 says:

    hanya senyuman dapat diberikan kerana banyak perkara sudah diluahkan.. berbunga-bunga cinta.. huuuu ^^

  3. salam..
    wah. andy..menitik air mate abby bace nih..sangat jelez okeyh..dapat pakwe macam andy..ermmm..kalaulah dia fhm hati abby…..sob3xx…

    walauaperpon abby doakan andy bhgia dengan sidia..cepat3 wat nasik minyak…tak sabar nih….hehehe…salam rindu buat teman yang sedang berbahagia…selamat hari raya.. =)

    • efyery84 says:

      abby: wasalam.. hehehe cuma luahan ikhlas dari hati je. actually entri ni memang khas buat Tiramissu tu sebab buat senyap-senyap tak publish dekat FB.. Thanxz for the wish.. Salam lebaran :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s