Archive for May, 2010

Episod Hangin Di Terminal 1

Posted: May 30, 2010 in Umum

Pernah tak anda berjumpa dengan sekumpulan manusia langau yang berperasan bagus. Okeyh, aku memang tidak suka menggunakan perkataan “anoying” tapi kali ini aku terpaksa mengatakan aku sungguh anoying sekali dengan mereka semasa aku sedang bernafsu menjamu selera di McD Seremban Terminal 1 tadi. Sekali tengok dressing mengalahkan anak Menteri Besar tapi dua kali tengok baru perasan perangai dorang lebih kurang sama je dengan kuasa dua rejim zionis. Eh, kenapa aku begitu hangin ya dengan mereka. YA!! MEMANG AKU HANGIN TAHAP KARMA SEHINGGA RASA MACAM NAK TUMBUK JE TULANG RUSUK DORANG TU.. Nak tahu kenapa aku begitu hangin dengan mereka. Ayuh klik Read more untuk mengetahui kisah sebenar dan berkongsi rasa amarah aku dengan sama-sama mengeji mereka yang berperangai barbie ni.

(more…)

Lukisan Sayang

Posted: May 29, 2010 in Umum

Perkara yang amat mengembirakan aku apabila berbual dengan si dia. Siapa “dia” ya? Hohohoho, of courselah my buah hati pengerang jantung. Tidak ku sangka dia amat berbakat di dalam seni. Owh, itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan aku kerana dia mempunyai Diploma Seni Kulinari. Apa itu Seni Kulinari? Seseorang yang mempunyai Diploma Seni Kulinari  mempunyai kuasa untuk meraut wajah buah epal dan menukarkannya keraut wajah Justin Bieber. Hahaha. Tapi adakah seninya terhad hanya pada torehan buah-buahan dan sayuran di dapur sahaja. Saya Ery is Me dengan selambanya menerjah buah hati kesayangan saya dengan melakukan ujian psychology bagi mengesan sejauh mana tahap kesenian yang dimiliki oleh beliau. Ayuh klik Read more untuk menyaksikan hasil ujian yang telah dijalankan.

(more…)

Mustahil Atau Tidak?

Posted: May 25, 2010 in Umum

Makin lama makin teruk permainan bowling aku. Aku rasa macam bukan aku yang dulu. Masalah keretakan tulang bahu aku akibat kemalangan motor dahulu masih menghantui balingan bola bowling yang aku buat sehingga kini. Nak buat teknik ‘crank’ juga takut-takut. Setiap kali nak baling pasti ada bunyi motor eksiden pak mat tempe “kecepar kecepir” digegendang telinga aku. Manalah tahu sedang asyik nak membuat crank tercabut bahu aku nanti. Doktor cakap kecederaan aku sudah pulih sepenuhnya tapi aku still membayangkan kesakitan jatuh motor dulu yang sehingga kini membayangi perasaan aku. Teknik crank yang aku bangga-banggakan dahulu mungkin kini hanya tinggal sejarah sahaja. Tapi bukan itu sahaja masalah yang aku alami di dalam sukan ini. Bagaimana hendak melakukan sesuatu yang mustahil menjadi tidak mustahil. Aku sedang cuba membangunkan teknik baru yang aku cipta sendiri. Sudah 3 minggu aku praktikkannya tapi hasil masih di bawah tahap mengecewakan. Rasa seperti mahu mencarut-carut saja dekat lane bowling tersebut. Teknik yang terpaksa aku cipta akibat keadaan bola bowling yang tidak kena dengan size telapak tangan aku. Sila klik Read more untuk mengetahui teknik yang agak panas dan mencabar ini.

(more…)

Hikayat Satu Malam

Posted: May 23, 2010 in Umum

Pada suat malam sunyi yang aku sendiri sudah lupa tarikh hari sebenarnya, aku sedang beremosi melayari kelajuan internet kolej yang berada pada tahap kritikal. Untuk menyiapkan sesebuah assignment yang berkualiti kita memerlukan kelajuan internet yang laju tetapi kolej aku berjaya memberi pakej internet yang sangat memuaskan pada tahap kelajuan 0.17 kbps sahaja. Memang macam laknat je aku rasa pada malam tersebut membuatkan aku mengambil keputusan segera untuk berpindah kolej ke rumah kawan aku yang dikatakan mendapat liputan broadband kolej yang meluas (wifi). Bermulalah kejadian  Hakikat Satu Malam di sana.

Ini dia sahabat aku yang malas hendak membuat assignment yang dia tahu hanya melayari laman web lucah kegemaran beliau iaitu Facebook. Nampak seperti normal sahaja bukan rumah beliau tapi normal dari segi luaran sajalah. Selepas aku menggunakan ilmu batin yang aku pelajari di School of IT aku seolah-olah dapat merasakan ada kehadiran makhluk entiti di dalam rumah ini tapi aku buat-buat tak tahu je. Al-maklumlah, orang kata jangan pandang belakang jadi aku pandanglah tepi.

Setelah aku pandang tepi aku terlihat sebuah peti telivisyen yang sangat antik. Jangan betulkan revolusi skrin kumputer anda kerana ini memang sebuah peti telivisyen antik yang aku sendiri tidak dapat kenal pasti apa jenama sebenarnya. Aku sudah mengesyaki tv ini digunakan untuk aktiviti pemujaan di dalam rumah ini tapi aku buat-buat tak paham je. Tiba-tiba aku berasa seram sejuk. Bukan seram sejuk sebab takut tapi sebab hendak membuang urine (air kecil). Jejaka sejati mana boleh takut-takut. Hahaha. Dah nak membuang haruslah pergi ke toilet kerana aku bukannya kucing yang suka membuang urine bersepah-sepah. Toilet paling selamat yang aku rasakan berada di rumah ini tanpa mengalami sedikitpun perasaan takut dari disekodeng makhluk halus dan juga makhluk manusia yang berhati halus suka menangkap video 3.gp adalah di dalam bilik tidur member aku. So, aku pergilah nak menghilangkan rasa seram sejuk aku.

Sebelum aku ke toilet sempat juga  aku menyinggah ke dapur rumah member aku. Perut aku pun memang semulajadi sentiasa berada pada tahap kelaparan. Manalah tahu ada makanan yang best-best ke kat dapur ni. Tapi aku terpaksa padamkan je niat aku setelah melihat keadaan dapur member aku yang berhantu ni. Sangat mengerikan. Aku meneruskan kembali hajat untuk ke toilet di dalam bilik member aku. Terperanjat dan terkesima aku dibuatnya setelah aku memasuki bilik tersebut. Sekujur tubuh lembaga yang menggerunkan berada di depan mata aku. Segera aku mencapai kamera menangkap gambar entiti tersebut. Hendak melihat gambar entiti tersebut sila klik Read more bagi merembeskan cecair hormon ketakutan anda pada tahap yang maksima.

(more…)

Kolej Neraka atau Orangnya?

Posted: May 19, 2010 in Umum

Belajar adalah suatu ibadah yg dituntut di dalam agama Islam maybe mana-mana agama pun menuntut perkara yang sama. Pelajaran menunjukkan sesuatu bangsa itu maju dan seterusnya menjadikan bangsa itu bertamadun. Aku perlu belajar untuk menjadi insan yang berguna suatu hari nanti tapi dalam menuntut ilmu itu bukanlah sesuatu yang  mudah seperti yang kita fikirkan. Banyak rintangan yang perlu kita hadapi termasuklah menghadapi manusia yang bergelar makhluk perosak. Ya, makhluk perosak. Di kolej aku memang mempunyai satu gagasan puak yang merosakkan mentaliti pelajar-pelajarnya. Dikala sedang hangat menyambut kedatangan bulan peperiksaan disaat itu mereka berjaya membekukan docket kerana gara-gara status MARA yang belum diluluskan lagi. Ahh, itu hanya propaganda mereka yang sengaja direka cipta untuk menyuruh aku dan pelajar-pelajar yang lain bertukar kepada skim PTPTN supaya senang mereka boleh mengeploitasi duit kami. Sila klik Read more untuk mengenali dan mengeji manusia-manusia yang boleh kita anugerahkan dengan anugerah “The biggest bitch in the whole wide world”.

(more…)

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru muda ini. Siapakah gerangan empunya wajah yang begitu gay sekali ini?  Beliau adalah Ahmad Shahrul Nizam Bin Abdul Jalil atau lebih dikenali dengan nama glamournya Pak Janggut adalah teman lelaki aku sewaktu bersekolah menengah dahulu sehingga kini. Beliau merupakan seorang guru kaunseling di Sekolah Menengah Hj Rahmat Johor Bahru bagi membimbing pelajar-pelajar yang bermasalah di sana walaupun semasa bersekolah dahulu beliau juga berperangai lahanat sama seperti aku juga.  Sila klik Read more untuk mengetahui perkara-perkara aib tentang diri beliau yang boleh dijadikan modal oleh para pelajarnya memeras ugut beliau bagi memperolehi markah tambahan di dalam keputusan peperiksaan nanti.

(more…)

Definasi lagu adalah penyampaian atau membawa kata maksud presentasi sesuatu hal yang boleh memberi impression atau gambaran situasi, perasaan, keadaan atau benda baik yang wujud atau tidak dengan menggunakan nada-nada yang membentuk harmonisasi sebagai sarananya. Fuh, sekali lagi aku telah berjaya menampilkan elemen kesasterawanan di dalam diri aku. Baiklah, berbalik kepada topik asal sebenar. Kali ini aku akan memberi senarai Top Ten lagu-lagu terhangat yang sering aku mainkan ketika sedang hangat bercinta. Mungkin boleh memberi sedikit informasi kepada para pasangan bercinta di luar sana  yang sedang hangat bercinta bagi mencari lagu yang sesuai untuk didownloadkan dan seterusnya dipasang di dalam kereta anda semasa sedang membawa kekasih anda pergi bersiar-siar. Sekali lagi aku nyatakan di sini aku adalah seorang jejaka Melayu Malaysia yang asli dan lagu-lagu yang aku tampilkan ini tiada yang diimport khas dari Korea, Jepun, Hollywood, Bollywood mahupun negara jiran aku sendiri iaitu Indonesia. Sila sokong industri hiburan tanahair walaupun industri hiburan kita banyak mengeluarkan publisiti murahan daripada mengeluarkan album-album yang berkualiti tinggi. Sila klik Read more untuk mengetahui lagu-lagu hangat ketika sedang bercinta.

(more…)

Tahniah…

Posted: May 14, 2010 in Umum

Cabaran Skuad Piala thomas Malaysia akhirnya berkubur malam ini tepat pada pukul 9.40 malam. Ternyata pasukan China bukanlah tandingan untuk  skuad Piala Thomas kita. Mereka ternyata lebih lincah, laju dan bertenaga membenam wira-wira badminton negara kita dengan mudah. Dato’ Lee Chong Wei, Koo Kien Kiat dan pasangan beregunya Tan Boon Heong yang diharap mampu memberi saingan juga tidak berhasil. Kemudian diturunkan pula pakcik Wong Choon Han untuk melakukan sesuatu keajaiban menentang perseorangan China, Chen Jin (ranking 3) juga adalah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Ayuh klik Read more untuk mengikuti kisah kekuatan China membenam cabaran skuad kebangsaan kita.

(more…)

Gadis Pilihan Aku

Posted: May 13, 2010 in Umum

Setiap jejaka pasti ada menyimpan ciri-ciri gadis impian di dalam diri mereka. Oh, jangan kata anda gay. Kalau anda gay dan tidak mempunyai sedikit pun perasaan terhadap kaum Hawa sila berambus ke laman web yang lain. Di sini hanya untuk kaum jejaka original ciptaan Tuhan sahaja. Ada jejaka yang mahukan gadis impian mereka seiras penyanyi-penyanyi wanita dari Korea yang berbadan kecil molek, bersifat ala-ala kegedikkan, berkaki solid, berwajah cantik dan berpakaian seksi. Biasalah, sekarangkan musim penyakit selsema Korea so mana-mana kita pergi pun pasti ada diselitkan serba sedikit elemen Korea. Disaat-saat kecantikan dan keseksian seseorang gadis menjadi keutamaan sesetengah jejaka, aku pula ada menyimpan ciri-ciri gadis impian aku sendiri. Aku mengaku aku juga terjebak dengan selsema Korea sedikit kerana menyukai keseksian penyanyi-penyanyi Wonder Girl tetapi tidaklah sehingga ketahap kronik menjerit-jerit nama “Wonder Girl, Wonder Girl!!!” di dalam status Facebook aku. Ini semua member aku punya kerja mempengaruhi aku ke arah ke Korea-an. Cis!!!

Wonder Girl

Entri kali ini seperti memberi jawapan bocor saja kepada semua gadis di luar sana untuk cuba mengurat aku. Eh?? Apa salahnya. Oh cannot, sekarang kaunter jodoh telah ditutup kerana calon pilihan untuk dijadikan isteri sudah ada. So, kepada para gadis  di luar sana boleh cuba mempraktikkan ciri-ciri ini kepada jejaka yang lain. Anda janganlah berkecil hati kerana aku yakin pasti ramai jejaka-jejaka di luar sana yang mahukan gadis-gadis berciri seperti apa yang aku inginkan. Kalau anda mahu tahu ciri-ciri  gadis untuk menjadi anak menantu sejati pilihan keluarga sila klik Read more demi mengetahui adakah ciri-ciri itu serasi dengan anda atau pun tidak.

(more…)

Kelegaan Ahhhhh!!!

Posted: May 13, 2010 in Umum

Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Chelshit kerana berjaya menjuarai liga perdana Inggeris dan seterusnya dapat mencium piala Barclays lantas boleh menggunakannya untuk dibuat cawan bagi mengisi minuman keras semasa berpesta liar meraikan kemenangannya nanti di pub-pub maksiat kegemaran mereka. Tapi itu bukan cerita sebenarnya yang aku nak story. Semalam aku bermimpi aku bermain bowling. What da fak arr kan. Nampak sangat aku berada pada tahap kegersangan yang melampau untuk melontar bola bowling di lane sebenar. Ini semuanya kerana gara-gara pembatalan latihan bowling pada saat-saat akhir. Disaat-saat horman streotaip semangat kesukanan aku memuncak tiba-tiba berita pembatalan latihan membuatkan aku menjadi tidak keruan sehingga terbawa-bawa di dalam tidur. Okeyh, yang itu pun bukanlah cerita sebenar yang aku nak story. Haaa, nak tahu cerita sebenar silalah klik Read more untuk mengetahui apa yang berlaku.

(more…)

Pasangan bercinta masa kini semakin kreatif dalam menyampaikan mesej kepada pasangannya. Berkasih dan putus kasih adalah sesuatu yang biasa dalam kehidupan. Ada yang cuba memerli ‘ex’ mereka dengan meletakkan lagu yang mencengkam jiwa di dalam Facebook mereka atau pun tidak kurang juga pada profile My Space mereka. Lagu yang sering dimainkan oleh mereka untuk memerli pasangan mereka adalah lagu terhangat dari kumpulan Wali Band Puaskah. What the fish!!! Kalau pasangan mereka jenis tak makan saman atau dengan bahasa saitifiknya tiada perasaan mereka akan buat-buat pasang lagu ini di depan mereka secara live demi menyampaikan mesej bahawasanya  mereka tidak bersalah di dalam soal ini.

Kepada anda yang mengalami situasi seperti di atas anda janganlah pula memutarkan semula lagu Puaskah dari Wali Band untuk pasangan anda yang sengaja hendak membuat anda sakit hati. Ini boleh menunjukkan bahawasanya anda ini tidak kreatif. Anda boleh membalas mesej lagu yang disampaikan oleh mereka dengan lagu yang lain. Okeyh, aku suka lagu Rock Kapak so aku ingin menyatakan lagu apa dan dari kumpulan apa yang boleh menjawab lirik lagu dari kumpulan Wali Band ini sekaligus membuatkan pasangan anda (ex) yang tidak mahu mengaku salah terus terjun ke laut membunuh diri. Sila klik Read more untuk mengetahui lirik lagu terbaik dari ladang ini. (more…)

Haiwan Kesayangan Aku

Posted: May 10, 2010 in Umum

Setiap insan pasti ada haiwan peliharaan atau mempunyai minat terhadap sesetengah haiwan yang kiut miut. Jangan cakap korang suka haiwan oit oit yang hidung kemek tu yerk. Cam haram je perangai korang kalau suka menatang tu. Aku juga tidak ketinggalan meminati haiwan dan ada membela beberapa ekor haiwan di rumah aku (Johor). Aku ada seekor arnab baka Australia bernama Tiko dan kucing kesayangan aku bernama Boboy. Fuh!! Macam nama artis je kau ni yer.

Boboy

Walau bagaimanapun, aku juga ada menyimpan haiwan peliharan tidak bernyawa di Johor. Haiwan peliharan tidak bernyawa? Apa neraka yang aku sedang cakapkan ni (what the hell that i’m talking about). Nak mengetahui apa jenis haiwan itu? Jadi apa buang masa mari kita klik Read more untuk melihat kehebatan haiwan tidak bernyawa belaan aku yang sangatlah manja macam tuannya juga. (more…)

Sahabat alam Cyber aku

Posted: May 10, 2010 in Umum

Facebook kini sudah menjangkau kepopularitiannya menjadi Social Network terhebat abad ini. Ramai manusia yang tidak buta IT mengenali apa itu Facebook. Ada yang menggunakannya untuk mencari duit dan tidak kurang juga mencari menantu untuk dihadiahkan kepada orang tua mereka.

Aku mengenali Facebook selepas aku mengenali My Space. Undang-undang Facebook aku mudah sahaja. Aku akan meng “approve” kan seseorang itu kalau ada mutual friend di profile mereka. Kalau tiada harap maaflah aku nak add or approve korang ya. Bukan bermakna aku sombong tapi dengan simple aku nyatakan di sini “I’m looking for friend not for fanz”.

Dalam ramai-ramai sahabat Facebook aku boleh dikatakan 98% adalah rakan sekolej aku. Jadi siapa mewakili 2% yang bertuah menembusi akaun Facebook aku? Mari kita mengenali sahabat alam maya aku yang aku sendiri tidak pernah mengenali beliau secara face to face tetapi beliau amat rapat dengan aku. Exactly one of my best friend forever walau pun hanya sahabat maya semata-mata. Lets gone klik Read more untuk mengetahui siapakah gerangan beliau :D (more…)

Pada setiap hari Isnin, kami pelajar-pelajar Kolej Legenda akan mengadakan rombongan beramai-ramai ke Seremban Parade untuk berjemaah Maghrib bersama-sama. Selepas itu kami akan memuaskan hawa nafsu kami dengan berfoya-foya bermain bowling beramai-ramai. Tapi pada hari Isnin (esok) kali ini satu berita mengejutkan telah berlaku. Berita ini telah membuatkan aku menjadi kurang bertenaga lantas pasti akan mengalami simptom-simptom kemurungan buat masa seminggu akan datang. Apa berita yang mengejutkan itu. Adakah tuan President Kelab Bowling Legenda telah berjaya menasi kankangkan para gadis untuk berkahwin dengan beliau. Ayuh kita klik Read more untuk mengikuti kisah disebalik berita mengejutkan ini. (more…)

Dari Blog ke WordPress

Posted: May 8, 2010 in Umum

Masih ingat aku lagi tak? Hehehe, dulu menulis di blog dan sekarang berubah arah pelayaran ke kawasan wordpress. Namanya sahaja sudah menaikkan hawa nafsu aku. Seperti menulis untuk syarikat kewartawanan sahaja bukan. Ramai yang bertanya ke mana hilangnya blog “Cerita Aku Dan Sesuatu”. Ayuh kita klik Read more untuk mengetahui kisah kehilangan blog “Cerita Aku Dan Sesuatu” yang misteri itu. (more…)