Archive for July, 2010

Aku amat teruja bila melihat iklan Milo di mana budak-budak bermain bola diwaktu hujan dengan disaksikan oleh Dato’ Soh Chin Aun. Gila becak padang tu tapi semangat untuk menjulang piala Kontolbesi amat membara sekali menyebabkan aku mengambil langkah initisiatif untuk bermain bola diwaktu hujan. Actually ada friendly match menentang pasukan Nigeria (student) pada hari itu tapi ternyata mereka tiada telur bermain diwaktu hujan dan hanya tahu duduk di rumah melakukan aktiviti mazmumah sahaja. Akibat terlalu marah kerana merasakan diri ditipu kami meneruskan saja aktiviti bermain bola sesama sendiri dan seterusnya bermain lumpur di tengah padang. Perkara yang anda perlu tahu bahawa bermain bola di waktu hujan adalah amat menyeronokkan dan tidak ketinggalan juga amat mengotorkan. Kami seakan-akan mirip makhluk Swamp Thing dah pada hari itu kecuali si Ganesh yang mantain solid je kaler badan dia dengan lumpur tu. Apabila selesai melakukan pesta liar di tengah padang bermain lumpur sudah tiba waktunya aktiviti menyental kotoran sebelum melangkah pulang ke kolej. Ini bagi memastikan gadis-gadis kolej yang terserempak dengan kami nanti tidak meracau-racau kesampukan kerana mengesyaki kami adalah raksasa Cloverfield. Ayuh klik Read more untuk melihat aktiviti lelaki seksi bermain air membersihkan tubuh badan yang seksa ditengah hujan.

P/s: Sorry gambar tak berapa nak jelas..

(more…)

Advertisements

Kisah Seekor Sotong

Posted: July 9, 2010 in Umum

Paul The Octopus

Paul atau nama sebenar beliau Paul Oktopus lahir pada tahun 2008 adalah berketurunan dari keluarga Octopus Vulgaris. Beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Pengerusi Persatuan Arbok (Pondan) Sedunia dan mempunyai tugas berat dibawah pemerintahan tentera Nazi untuk meramal perlawanan bola sepak yang akan ditentang oleh pasukan German. Yelah dah dia duduk dalam akuarium German jadi nak tak nak kenalah menjalankan tugas sebagai ahli nujum negara ye tak? Masa European Cup 2008 si sotong durjana ini telah menunjukkan kuasa Sailormoon beliau dengan membuat ramalan yang tepat  (5 out of 6 its true). Sangat hebat bukan. Sempena World Cup kali ini tentera Nazi telah mengarahkan si sotong ini untuk membuat ramalan kalau beliau tidak mahu diliwat secara terang-terangan. Ayuh kita melihat ramalan yang telah dibuat oleh Encik Sotong ini dengan mengklik Read more.

(more…)

Senior VS Junior

Posted: July 3, 2010 in Umum

Legenda Bowling Club

Apabila hormon estrogen sudah mencapai tahap kemuncak dikalangan ahli-ahli kelab Bowling Kolej Legenda maka pelbagai inovatif yang akan terhasil. Sebelum ini banyak aktiviti bowling yang telah berjaya diadakan seperti acara menyumpit pin bowling, acara lari-lari anak disekitar Ampang Superbowl dan juga tidak ketinggalan meneka saiz kasut para pemain-pemain lawan sambil menutup mata kiri. Kali ini sekali lagi ahli-ahli kelab bowling Legenda telah berjaya menunjukkan kreativiti mereka dan terlahirlah pertandingan bowling “Senior versus Junior” yang akan diadakan pada 31 Julai 2010, Sabtu bertempat di Ampang Superbowl Seremban Parade. Ayuh klik Read more untuk bersama menghayati semangat kebowlingan anda!!

(more…)