Jelajah Konvoi Raya Aidilfitri edisi 2010

Posted: September 14, 2010 in Umum

Salam lebaran untuk semua. Bagaimana perayaan Aidilfitri kalian? Aku berharap semuanya berjalan dengan baik seperti apa yang dirangcangkan. Pandu cermat jiwa selamat. Aku memang tidak suka berjalan jauh kerana aku cepat mabuk darat. Memandangkan adik beradik aku semakin besar panjang, kapasiti kereta menjadi terhad. Untuk merayau bertemu ahli saudara agak merumitkan dengan satu kenderaan sahaja. Jadi hendak atau tidak kemahiran memandu yang aku miliki telah ditagih oleh ahli keluarga untuk menyertai jelajah konvoi melawat kampung sanak saudara edisi raya 2010 kali ini. Jom klik Read more untuk ikuti jelajah konvoi raya bersama aku.

Memang menjadi tradisi dikalangan ahli keluarga aku untuk mengadakan konvoi menjelajah ke kampung sanak saudara. Aku selama ini hanya menjadi pemandu simpanan sahaja dan yang menjadi pemandu utama adalah abah aku. Well, abah aku sudah meletakkan jawatan sebagai pemandu utama untuk team keluarga Encik Othman dan diambil alih oleh mak aku. Abah telah meggantikan tempat aku sebagai co-driver. Aku pulak telah dinaikkan pangkat menjadi pemandu team Encik Othman untuk memandu kereta kedua.

Kami menyediakan 2 kereta iaitu Persona dan Kancil dalam menyertai konvoi jelajah Aidilfitri kali ini.  Team ahli keluarga lain yang terlibat termasuk team Pak Long ( kereta Saga), Team Cik Idah (2 kereta Wira dan Saga), Team Pak Uda ( Kancil 850 turbo). Kami berkumpul di Taman Daya then menuju ke Sri Alam dulu untuk menjemput Team Pak Uda. Bergerak dalam sekitar pukul 10 pagi destinasi dituju adalah Tenggaroh 2.

Gemuruh rasa menjadi pemandu utama untuk mewakili team keluarga aku. Serius, belum keluar dari Sri Alam lagi aku sudah ditahan polis (Pemeriksaan Polis). Jadi konvoi tergendala sebentar sementara menunggu polis habis bergurau senda dengan aku. Polis tu tak saman cuma berborak kosong je.

Perjalanan diteruskan semula. Cuaca dalam kereta agak baik hari tu sebab aku dah standby servis aircond awal-awal sebab dah masak dengan cuaca felda. Dorang punya kereta semua laju-laju. Kategori aku cuma Pak Uda je yang sama. Oh damn, Pak Uda punya kancil 850 turbo. Aku cuma 660 standard je.  Aku telah dikitai dengan mudah oleh pemandu-pemandu yang lebih berpengalaman dari aku. Sudahlah aku ni dah lama tak pandu kereta, jalan jauh pulak tu memang langsi nak mampos aku bawak kereta.

Dalam perjalanan nak ke Tenggaroh pasti akan melintasi satu kawasan bersejarah. Kubu tentera Jepun. Kubu tu ada kat tepi jalan tapi aku tak boleh laa nak berhenti menangkap gambar (Wan beli handset kamera aku so takde kamera dah). Dengar kata kawasan ini keras dan lagi pun peraturan konvoi dilarang sama sekali memberhentikan kenderaan sesuka hati kecuali untuk mengisi minyak, makan (kena plan dulu tempat makan sebelum bertolak) dan dalam situasi kecemasan sahaja.

Kami sampai Tenggaroh 2 tepat pukul 1 tengah hari. Gila penat aku weyh terus tidur kat rumah sedara dekat sana. Juadah makan-makan kami pada hari itu adalah asam pedas ikan duri, ikan goreng, sayur kobis, sambal tempoyak. Hahaha, sambal tempoyak aku tak makan yang lain aku tibai je.

Aktiviti lain disana adalah bermain dengan anak sepupu sepapat aku, berborak dengan ahli keluarga, merayau kat kampung orang naik bus 11 (jalan kaki je sudah), berbual pasal skill pemanduan masing-masing dan perbincangan ahli keluarga dalam hal-hal tertentu (yang ini rahsia tak boleh bagi tahu). Kami mula melangkah pulang dalam pukul 5.30 petang.

Yang ni den tak berapa nak berkenan ni. Memandangkan aku ahli baru dalam jelajah konvoi kali ini, aku terpaksa menerima ujian oleh ahli keluarga untuk memandu pulang sendiri. Aku diarahkan untuk meninggalkan kawanan konvoi senior dan bergerak dahulu dihadapan. What the what!! Okeyh takpe. Sebagai jajaka sejati aku sahut cabaran itu walaupun dalam hati ini tuhan je yang tahu. Aku dah lah ada fobia sesat. Ngam ngam camni pulaklah dorang uji aku.

Balik tu hujan lebat kenderaan bergerak perlahan sekitar 60 km/j  je. Berhenti je hujan terpaksa diuji dengan jam pulak dari area Kota Tinggi sampai ke sempadan nak masuk Jaybee. Paling jauh aku boleh bergerak gear 2 je. Penat woo kaki aku tekan pedal nak kawal minyak tu. Penat toksah nak citer laa kan. Tu tak termasuk tension lagi memandu sorang tu. Hahahaha, bukan aku je tau ahli family yang lain jugak tidak terkecuali terlibat sama menghadapi situasi ini. Tapi sekurang-kurangnya dalam kereta dorang meriah ada ramai orang. Aku pulak hanya ditemani radio sahaja.

Bajet  aku kalau tak jam sampai dalam pukul 7.30 malam tapi akhirnya sampai Taman Daya tepat pukul 9 malam. Punyalah lega aku bila dapat keluar dari kereta rasa macam nak cium je jalan tar Taman Daya tu sambil buat sujud sahwi. Walaupun penat tapi aktiviti ini amat unik sekali. Inilah aktiviti kami bila tibanya Aidilfitri. Pengalaman bermakna bagi aku diberi kepercayaan 100% oleh ahli keluarga. Tak sabar menunggu Jelajah Konvoi Raya Aidilfitri edisi 2011. Ke mana agaknya destinasi selepas ini ya? Aku berharap Melaka pulak. Hahahaha.

Comments
  1. Abdul Munzir says:

    Jadi dengan itu Jelajah Konvoi Aidilfitri 2010 oleh keluarga Efy Ery XD

    Ini memang tradisi keluarga Efy Ery ke macam mana??

  2. efyery84 says:

    munzir: itu lah kelebihan konvoi. kalau sesat dia ada sistem recover balik untuk semua ahli konvoi mereka.. so Marshall nak kena power laa baru konvoi berjalan lancar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s