Aku Keseorangan Rasa Damn!

Posted: March 13, 2011 in Umum

Hidup ini memang akan rasa suck nak mampos bila kita keseorangan. Kita makan sorang-sorang. Kita tengok tv sorang-sorang. Kita mandi sorang-sorang. Ok, yang part last tu abaikan. Tapi itu laa hakikatnya. Kehidupan aku berubah apabila 2 orang housemate aku masuk bilik ni dan cakap “Abang Fandy tolong jaga bilik ye. Saya dan Afik balik bercuti sebentar”, kata Munzir. Klik Read more untuk menghayati jiwa dan perasaan aku yang penuh dengan taman larangan ini.

 

Apa yang boleh dibuat. Sunyi sepi je rumah ini. Oh ye, aku masih ada Mark dengan Sikuchi. Mereka adalah kucing peliharaan aku. Jadi boleh laa aku ajak dorang main Scrabble ke atau Saidina bersama. Oh ye aku lupa. Aku mana ada permainan sebegitu dirumah ini. Maybe aku boleh ajak mereka berkaraoke bersama aku. Suara mereka berdua pun best macam harun.

Bila duduk sorang-sorang ni pelbagai perasaan timbul. Mulalah otak aku memikir benda yang khurafat. Terfikir pasal badut IT yang menyeramkan itu. Alaaa badut dalam cerita IT yang makan budak-budak tu. Gila korang, tengah seronok mandi tiba-tiba dia keluar dari lubang tandas. Mahu sujud sahwi aku dalam tandas. Eh kejap. Aku bukan budak-budak. Jadi aku selamat disitu.

Bila duduk sorang-sorang macam ni nak keluar rumah untuk aktiviti pukul bulu tangkis di court badminton pun menjadi terhad. Rasa serba salah aku nak meninggalkan Cik Asus aku didalam bilik keseorangan. Kalau ada Munzir selamat sikit. Dia boleh tolong tengok-tengokkan. I don’t want banana fruit two times you know. Dulu Cik Acer aku pernah dicuri orang berhati syaiton. Sumpah aku rasa macam shit sangat. Cilaker perompak tu. Mampuslah kau hangus dalam nurake jahanam.

Aku makan pun sorang-sorang je. Makan duduk dalam bilik sambil tengok cermin. Sekurang-kurangnya dapatlah aku menatap wajah aku yang hensem ini. Terasa bagai ada teman makan bersama. Ok yang ni aku tipu. Tak macam freak pulakan buat statement macam tu.

Kelas pun belum bermula lagi. Isnin ni pun aku tak tahu ada kelas ke tak. Zaki cakap lecturer tak cukup. So, kepada sesiapa diluar sana yang ada master dalam bidang IT bolehlah memohon untuk mendapatkan kerja dikolej aku ini. Kolej ni best tau macam harun. Management dia terbaik dari ladang ternakan barbie. Ok, stop berbual pasal kolej aku takde selera. Ayuh berbalik kepada topik asal.

Kadang-kadang terlintas difikiran aku alangkah indahnya kalau aku ada bini. Tidur ada orang temankan. Makan ada orang masakkan. Mandi ada orang mandikan. Eh, macam luar biasa je statement aku ni. Tapi tu laa kan. Semua orang ingin berumah tangga. Buat masa sekarang aku kena belajar hidup berdikari. Ahh damn. Sudah pukul 5 pagi masih tidak dapat melelapkan mata. Aku ni memang susah nak tido bila terasa asing je suasana.

Member aku lagi sorang pun belum balik-balik lagi. Dia kata ada urusan sebab pindah rumah. Apa yang lama sangat pindah rumah pun aku kurang pasti. Mungkin kuantiti barang-barang nak bawa pindah itu sebanyak 2 lori kontena mungkin. Lantak kau laa labu. Mahu tengok tv dibilik sebelah juga tiada mood. TV tu cuma ada 2 siaran je. Yang lain semua tak dapat. Kalau dilayan nanti aku takut keluar hantu Ju On pulak merangkak datang. Fikiran aku ni memang jahanam betul. Selalu fikir benda-benda yang menyeramkan.

Itu je laa confession aku pepagi buta ni. Esok mahu basuh kain baju. Penuh sebakul dah tu aku buat collection. Dasar jantan tak guna. Penat doo basuh guna tangan tanpa perkhidmatan mesin basuh. Tapi takpe, aku dah biasa. Aku minta diri dulu sebab mahu memaksa diri membuta. Esok ada kerja nak buat dibilik air. Yang pasti kerja itu melibatkan sabun. Sabun dibilik air sabun.. Sabun… ChoooOW~

Comments
  1. xsangka abg saya nie penakut rupanye….hikhik…..

  2. fa.zila says:

    hak hak hak.. tringat cite IT 2.. best kn cite 2.. trsa nk crk balik cite 2.. tp x taw kt mna ~~

  3. cikk farah says:

    waahh !! mmg takot kalau duduk rumah sorg2 .. dlam kepale mule laa fikir bukan2 but farah dah biase .. bile mak & abah pergi , farah selalu tinggal sorg2 .. huhu ..

  4. nabilah_2908 says:

    hahaha..bab makan sambil tgk cermin tu….errr….agak menakutkan…elok2 otak normal..jadi sebaliknya pulak… :)

    sabo la sikit…habis belajar..cepat2 la kawin yupp… :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    AYAM BERMACAM AYAM

  5. zik says:

    kalau duduk sorang2.. nie ada gak terasa 6th sense tuh..huhu

  6. aim says:

    pergh giler style dok sorang2..line clear tu bro… apa lagi.. wat parti lah.. grrr grrr HMM

Leave a comment