Aku Sekarang Menulis Di Blog Cerita Tira

Posted: March 16, 2011 in Umum


www.ceritatira.blogspot.com

Maaf buat semua para pembaca sekalian. Blog Cerita Aku Dan Sesuatu baru-baru ini entrinya makin lama semakin slow je. Ini kerana aku telah ditugaskan menjadi seorang editor dan designer bagi blog Cerita Tira.  Aku juga telah diberi tanggungjawab penuh untuk menjadi salah seorang penulis diblog ini. Klik Read more untuk mengetahui kesibukan aku untuk projek blog terbaru ini.

 

Seperti yang kita tahu, tugas seorang editor bukanlah semudah yang disangka. Segala artikel yang baru aku terpaksa edit tulisannya agar menjadi sempurna. Aku juga bertindak membuang ayat-ayat yang boleh menganggu sensitiviti orang ramai. Aku juga bertindak menambah ayat bagi menambah gaya tarikan bacaan selagi ia tidak mengubah maksud sesebuah artikel sebenar.

Selain itu aku juga bertindak sebagai designer untuk blog ini. Aku perlu memastikan pergerakan blog ini berjalan dengan lancar dan segala widget yang ada berfungsi dengan baik. Actually ini adalah blog buah hati aku yang telah dibangunkan semula. Tapi aku disarankan oleh beliau untuk berkongsi satu blog yang sama. Ini kerana perkenalan kami bermula dari internet dan biarlah kami nampak mesra dalam internet. Itu konsep yang cuba diperlihatkan dalam blog ini.

Konsep ini jelas terlihat baru-baru ini apabila beliau mengeluarkan artikel bertajuk Keajaiban Kaum Wanita dan aku pula mengeluarkan artikel dalam blognya yang bertajuk Keajaiban Kaum Lelaki. Aku bertugas sebagai seorang penulis dalam cerita-cerita kajian dan pandangan yang diselitkan unsur-unsur humor didalamnya. Artikel buah hati aku lebih kepada intelektual dengan gaya sopan santun sebagai seorang perempuan.

Sekiranya anda mahu mengikuti lebih lanjut cerita-cerita dari aku bolehlah ke blog Cerita Tira. Aku menulis dalam ruangan Celoteh Cik Ery. Jangan bimbang, gaya penulisan aku masih sama dan tidak ada langsung unsur-unsur skema. Blog ini tidak akan dipadam dan masih digunakan lagi. Tetapi mungkin entri-entri yang baru agak susah untuk dikeluarkan disini.  Semoga anda dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

Blog: Cerita Tira

Bahagian: Celoteh Cik Ery

Comments
  1. nabilah_2908 says:

    gabung jer la jd 1 blog….huhu… :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BLOG REVIEW : HIJAU ITU INDAH PERMAI

  2. zik says:

    owh pindah sana lah ek…

  3. Dayat says:

    owh..aku dah agak dah..patot la senyap je..blog tira pun aku tgk dah makin meriah

  4. aim says:

    patutler setiap kali aku click kat bloglist nama hang tapi kuar ker blog dier…ada udang disebalik batu garam rupanya..hehe…congrat2 …like citer pasal naik komuter tu…aku pun tak pernah naik..haha

  5. bEe says:

    Menjadi sprt Wardina & suami yg bertemu & bercinta hanya melalui alam maya… Finally dgn izin Allah, mereka tlhpun bersatu :-)

    Jadilah satu blog aje. Kan besh… :-D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s