Perkara-perkara Yang Aku Tak Suka Di Tandas Awam

Posted: March 10, 2011 in Umum

Selalunya sebelum aku keluar dari rumah aku akan menabung ditoilet rumah terlebih dahulu. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga supaya darurat tidak berlaku semasa berjalan diluar. Gila, tak boleh aku nak bayangkan kalau tengah tersekat dalam kesesakan lalu lintas tiba-tiba panggilan alam menyahut. Pasti muka jadi macam God Must Be Crazy menahan hasil kumbahan keluar dari lubang punggung. Walau bagaimana pun kita manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan. Toilet awam menjadi tempat penyelamat dari terkencet didalam seluar. Tapi aku tak suka menyinggah ditandas awam. Kenapa? Ayuh klik Read more..

 

1) Ramai Orang

Manusia memerlukan ruang privasi yang tersendiri terutama didalam toilet. Kita tak tahu keadaan yang akan berlaku bila kita mengemut didalam toilet. Takut nanti banyak bunyi menarik yang terhasil. Orang ramai banyak pulak diluar. Oh my gosh. Menyusahkan betul untuk mengurangkan kadar volume yang terhasil. Kadang-kadang rasa seram juga takut-takut ada yang merakam aksi berat mata memandang menggunakan kamera telifon bimbit.

 

2) Keadaan Dalam Toilet

Saat menolak pintu toilet kita tak tahu keadaan didalam tu bagaimana. Ada cecair kuning bersepah-sepah. Ewwwww~ Lepas tu ada KD Tun Abdul Razak yang tak boleh menyelam pula dalam lubang jamban. Ewwww~ Nak tak nak kenalah kita jadi toilet cleaner sebentar. Horrible isn’t it?

 

3) Tiada Tempat Penyangkut Seluar

Yang bab ni hanya sesetengah toilet sahaja. Tapi aku yakin banyak toilet awam tiada tempat untuk menyangkut seluar. Aku ada teknik aku sendiri dan aku tak tahu korang macam mana. Tu sebab banyak kes handset jatuh dalam lubang jamban. Sebab takde penyangkut seluar.

 

4) Jiran Sebelah Yang Horrible

Ia berkenaan privasi. Kadang-kadang kita boleh dengar jiran sebelah buat bunyi effect macam-macam. Eeek eekk (bunyi sembelit). Plop push (bunyi sisa keras jatuh dalam toilet). Aaah (bunyi kelegaan yang hakiki). Damn! I don’t remember eating that (bunyi orang yang tak mengaku tu tahi dia). Zeeess ceplush ceplush (bunyi proses pembersihan). Flussssssssh (bunyi misi selesai). Lalalala~ (bunyi hati senang). Serius, menganggu psychology aku ingin fokus mengemut didalam toilet.

 

5) Iklan Haram

Pelbagai contengan yang dibuat ahli kongsi gelap didinding. Lepas tu iklan tu bersambung-sambung “Jangan conteng disini” then “Yang kau conteng kenapa?”. Lepas tu disudahi dengan carutan berat. Aku beranggapan orang macam ni lahir pada zaman batu sebab suka sangat menconteng dinding toilet. Sekarangkan ada wall Facebook. Conteng sajalah disana. Nak lagi simple guna je Twitter.

 

6) Makcik Cleaner Gersang

Kalau cleaner tu lelaki aku tak kisah lagi. Kalau perempuan macam mana. Pernah satu kes tu aku tengah sedap mengemut memotong najis mutawasitoh. Tiba-tiba ada makcik cleaner masuk toilet selamber je nak bersihkan toilet. Macam mana aku tahu? Mana tidaknya, siap pasang lagu Radja dekat handset lepas tu nyanyi dekat luar toilet tu. Lepas tu dia mop lantai sampai kain mop tu masuk bawah pintu toilet aku. Kelam kabut aku dibuatnya. Cilaker perangai. Walaupun aku tahu dia tak nampak organ reproduksi aku sebab aku berada dalam jamban dan pintu tertutup. Tapi atleast segan laa sikitkan. Itukan toilet lelaki.

 

***********************************************************

Itu antara perkara-perkara yang membuatkan aku tak suka menyinggah di toilet awam. Tapi bagaimanapun takdir menentukan segalanya. Korang ada benda nak tambah lagi tak macam korang buat pada entri Gaya Penulisan Di Facebook tempoh hari? Jumpa lagi dilain entri. ChooOW~

Comments
  1. Zida says:

    HAHAH terbaek punya rumusan! Setuju setuju!!

  2. nabilah_2908 says:

    hehehehe…nk gelak jap… :)

    kalau tandas awam..selesa di shopping2 complex..RnR ke…ok la..selesa…tmpt2 lain sy cuba elakkan..

    bab ramai org tu..sama lah mmg tk selesa…ingt dulu..dr Melaka nk ke KL…rasa malas nk ke tandas kt Melaka Sentral tu…ingt bolah la tahan…sampai kat tgh2 jalan….Ya Allah…makin lama..makin kuat seruan alam tu…bus mana berhnti…terus je ke KL..

    sampai je kt Pudu….gagahkan juga la pergi tandas kat situ…gelap..sempit…lagi parah..kena beratur panjang….azab…!! nk tak nk…kena pergi juga la…

    lepas drpd tu…tobat..!! sebelum keluar rumah..akn singgah tandas dulu….(^_^)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    KENAPA SOROKKAN SHOUTBOX

  3. nur itu cahaya.. says:

    hahaha=) lawak tang makcik gersang tu sayang..tira rasa kenapa dia pasang lagu time dia tgah buat kerja, sb dia xnak dgr benda macam2 yg xsenonoh dalam toilet..paham2 jer la kan..tpi kesian pada makcik cleaner tu..bukan senang tau kerja mcm tu..huhuhu

  4. aim says:

    aku suka tandas yang diconteng..sebab tak bosan bila nak mengemut. serius.. talian hayat pon ada..

  5. zik says:

    untuk kali nie.. takda penambahan… blur2… dah la berbayar.. tapi servis teruk giler…. tak pasal2 jadi cleaner… huhu… bila lah nak ada yang bersih dan auto… nyer macam kat luar negara tuh… huhu

  6. aim says:

    paling best ..kalau masuk2 terus melabor… bla buka pili takder air..haha..tu terbaik… naisb baik aku jenis cek air dulu ..

    • efyery84 says:

      Aim: Aku selalu masuk cek air dulu ada ke tak. Tapi kau tak pernah terfikir ke. Sebelum berak ada air. Then bila dah selesai tetiba takde air. Haaaa, menjawab.

  7. joev says:

    paling benci no 2 tu..heee

  8. ixbarr says:

    sesetengh public toilet kot gitu..haha! makcik cleaner jer ada kot…pakcik cleaner xde stock….

    Salam Blogwalking !! ^__^V
    Latest Entry :
    1.Tutorial tambah jumlah komen tipu-tipu..
    2. Download Angry Birds for PC. Jom Lastik Babi !!!
    3. Tutorial tambah Blockquote dalam Blogger….
    4. Tutorial tambah recent post bergerak-gerak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s