Jenis-jenis Hantu Bulan Ramadhan

Posted: July 28, 2012 in Umum
Sewaktu aku masih kanak-kanak ribena dulu, aku selalu dengar orang tua-tua cakap bulan Ramadhan tak ada hantu. Tapi dorang tak ada pula explain dekat aku kenapa hanya bulan Ramadhan je yang tak ada hantu. Setelah aku masuk zaman persekolahan, aku dengar pula pak-pak ustaz, cikgu mikgu ni semua dok explain kat aku bulan Ramadhan ni setan semua kena ikat. Tu setan yang kena ikat, habis tu jin pula bagaimana? Jin pun kena ikat juga ke? Tapi jin ada jin Islam dan jin kafir. Okey, kita lupakan bab-bab jin ni dulu ya.
Setelah aku meningkat dewasa dan berwajah kacak seperti Aaron Aziz, aku telah berjaya menjalankan analisis dan kajian berkenaan hantu-hantu yang masih wujud dibulan Ramadhan aka bulan puasa. Hantu ini akan pupus dengan sendirinya apabila berakhirnya bulan Ramadhan. Huiyooo, cara beb dorang menjalankan operasi. Kajian aku ini telah mendapat anugerah kajian terbaik dari University Oxford of London dan berjaya membuatkan Uncle Seekers merasa cemburu (tipu). Sempena bulan Ramadhan ini anda semua bolehlah lihat persekitaran korang tu ya. Untung-untung dapat jumpa dengan hantu
1) Hantu Langsir
Hantu ini ada bau-bau kentut dengan Hantu Langsuir. Hantu Langsir ni suka sangat main dengan langsir. Bila waktu siang je dia tutup langsir satu rumah. Bila lepas buka puasa baru langsir tu terbuka kembali. Sebelum bulan puasa tiada pula nak tutup-tutup langsir tapi bila bulan puasa menjelma baru aktiviti paranormal tutup langsir berlaku. Selalunya langsir bahagian dapur dan bilik tidur.Hantu ini akan berada di port-port yang telah diiktiraf JAKIM sebagai kawasan selamat dari diserbu pihak penguatkuasa. Selalunya makhluk halus ni tidak menunggu berseorangan. Mereka selalunya ada geng mereka yang dinamakan Geng Neraka Jahanooom!
2) Penunggu Port
 
Hantu ini akan berada di port-port yang telah diiktiraf JAKIM sebagai kawasan selamat dari diserbu pihak penguatkuasa. Selalunya makhluk halus ni tidak menunggu berseorangan. Mereka selalunya ada geng mereka yang dinamakan Geng Neraka Jahanooom!
3) Anak Toyol
Makhluk Toyol ini adalah budak suruhan bawah umur si Penunggu. Penunggu akan mengarahkan Toyol untuk membeli hidangan mereka di mana Toyol ini akan membawa hidangan itu ke markas si Penunggu. Si Penunggu akan membayar pengeras berupa upah kepada si Toyol di atas perkhidmatan yang dia telah berikan.
4) Hantu mem-Bungkus
Ni adik beradik dengan Hantu Pocong dan Hantu Bungkus. Hantu mem-Bungkus selalunya akan pergi ke restoran-restoran mamak, 7E, KFC, McD dan yang sewaktu dengannya lalu dengan selambanya menapau bahan makanan untuk dibawa pulang walhal pada waktu itu baru pukul 10 pagi. Kejadah apakah?
5) Zombie Ramadhan
Ni kira memang mayat hidup laa ni. Time bulan puasa je mula laa datang penyakit gastrik, kentut berdarah, pitam dan macam-macam lagi. Lepas tu datang jumpa doktor minta MC dengan pakej ubat-ubatan yang kena makan time tu juga.
6) Hantu Cikedis
Hantu ini adalah peminat setia makanan-makanan ringan seperti Super Ring, TamTam, Twisties dan sebagainya. Dia akan membeli makanan itu pada waktu malam lalu menyorokkan bahan makanan itu di dalam meja, almari dan sebagainya. Sekiranya ada kesempatan di waktu siang, dia akan menggunakan bahan itu tanpa was-was.
7) Hantu Tarakguna
Ni sepupu sepapat dengan Hantu Dracula. Hantu ini akan membuta selama 12 jam sejak terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Dia akan kembali cergas seperti sedia kala setelah azan Maghrib berkumandang menandakan masuk waktu untuk berbuka puasa.
8) Pontengnak
Sedara kepada hantu Pontianak. Ni jenis makhluk yang paling winrar sekali. Memang terpuaka antara berpuaka diantara semua golongan hantu yang ada di atas. Ini kerana memang susah nak detect hantu jenis ini. Hanya dia dan Allah s.w.t sahaja yang mengetahui. Hantu ini dari spesis wanita. Yelah, kaum hawakan Allah s.w.t sayang lebih so ada anugerah cuti. Tapi kalau dah 30 hari cuti terus tanpa henti apa kejadahnya?
9) Hantu Sundal Bolong
Memang sundal betul hantu ni. Ni pun hantu spesis wanita juga. Hantu ini sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan orang lelaki yang berpuasa boleh susut pahala puasanya. Dorang ni berpuasa tapi berpakaian tak cukup lengkap dan sempurna. Tutup bawah atas terbuka, tutup atas bawah pula terbuka. Hantu ini paling liat untuk dihapuskan kerana kalau dah bulan puasa pun dia menyundal, lepas bulan puasa lagilah dia menyundal. Ish ish.
***************************
Haa, ni laa serba sedikit hantu-hantu yang wujud dibulan puasa. So, watch out guys. Kalau korang ada terlihat penampakan sebegini harus berighstifar banyak-banyak dan sebaik-baiknya azankan laa dekat cuping telinga makhluk-makhluk ni biar dia sedar sikit. Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Banyakkan beribadah dan kurangkan main mercun kalau tak mahu memperolehi pakej percutian di hospital berhampiran.
P/s: Selalu aku dengar orang jahil berkata dosa masing-masing, kubur masing-masing. Tapi aku hanya seorang hamba Allah s.w.t yang hanya menjalankan tugas dan amanahNya iaitu “Amar Ma’ruf Nahi Mungkar”.

Leave a comment