Bila tyme cuti semester aku kena balik Jaybee. Dari kolej nak ke terminal bus kena menaiki bus awam. Sampai terminal kena naik bus express pulak. Sampai Jaybee nanti naik bus awam lagi. Sampai rumah kena naik tangga (takde kena mengena). Fuh, pengembaraan balik ke kampung dengan menaiki bus memang mencabar. Rasa macam masuk rancangan The Amazing Race je. Walaupun aku dah biasa menaiki bus tapi ada certain perkara yang aku rasa tak selesa bila menggunakan perkhidmatan awam ini. Nak tahu kenapa? Haa, jom klik Read more untuk mengetahui sebab-sebab aku kurang selesa menaiki bus..

Read the rest of this entry »

Advertisements

Guwa kadang-kadang tak paham dengan pemikiran orang kita ni. Pernah sekali guwa port dekat warong mamak area rumah guwa. Sekali adalah satu grou-group pakcik ni port sebelah meja guwa. Dorang bersembang pasal hal politik. Macam-macam agenda politik dorang ketengahkan. Guwa tak payah nak curi dengar sebab dorang punya volume gebang sebijik macam speaker masjid. “Kalaulah aku jadi si polan”, tak habis-habis perkataan tu je dorang sebut. Padahal pakai baju security guard je pun. Guwa tak tahu laa dorang baru balik kerja ke atau pergi mengular. Order kopi secawan, 1 jam pun belum tentu habis. Sebab apa? Sebab dok sibuk mengkaji benda yang bukan kerja dorang. Guwa bukan niat nak mengkondem mana-mana pihak. Guwa cuma rasa kesian. Dari dok bersembang pasal benda macam ni lebih baik pergi buat kerja yang mendatangkan rezeki. Ada juga duit nak bagi anak bini makan. Dari dok bersembang kerja pun tak jalan nak buat apa. Lepas tu dok salahkan orang lain. Klik Read more untuk mendengar guwa membebel..

Read the rest of this entry »

Mari Berkenalan Dengan Sukucik

Posted: January 30, 2011 in Umum

Wow, kami ada ahli keluarga baru. Mungkin sudah bosan agaknya dengan Mark yang semakin sombong. Jadi aku mengambil anak angkat yang baru. Jangan jeles ye Mark. Alaa, lagipun kau dah besar dan hanya tahu menggigit tangan aku sahaja. Jadi apa salahnya ada kucing baru di dalam rumah. Ada juga aktiviti untuk aku bermanja-manja. Lagipun nanti kau tidaklah keseorangan dan ada teman untuk bercakap. Ye, Mark masih tidak dapat menerima hakikat bahawa ada kucing baru di dalam rumah ini. Lebih-lebih lagi kucing baru ni jantan. Mungkin dia merasa kucing baru ni lagi hensem dari dia. Jadi dia memangkah kucing baru ini untuk dijadikan seteru utama merebut kucing betina diluar sana. Mari aku perkenalkan dengan kucing baru ini. Aku tak pasti kucing ini dari baka apa. Nama dia Sukucik. Jom berkenalan dengan Sukucik. Klik Read more untuk melihat gambar-gambar yang menghairahkan..

Read the rest of this entry »

Hye uols! Rindu kat mak tak? Kalau rindu katakan “Aaawwww!!”.. Dah lama juga mak tak menyundal dekat blog yang serba sundal ni. Ops, macam puaka mulut mak ye. Uols jangan main-main. Blog Cik Ery sekarang dah mantop tau. Dengar kata sekarang ramai orang suka stalkers blog ni. So, mak hari nak menginterprem dalam blog ni sebab tuan empunya blog ni pergi bercuti ke Costa Rica (tipu). Selamat datang ke rancangan mak yang tak seberapa ni. Rancangan “Masak Memasak Eh Masaklah Kau”. Disini mak akan bagi resepi-resepi terbaik dari ladang getah. Well, uols kan tau mak memang pandai memasak. Mak nak kasi resepi simple-simple je. Ni khas bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak memegang sudip didapur. Takkan pegang je sudip tu nak buat lawan pedang ke? Sekali-sekala apa salahnya menggauli masakan didalam kuali. Klik Read more untuk ke dapur bersama mak..

Read the rest of this entry »

Terima Kasih Buat Cik Dalila Dayana

Posted: January 29, 2011 in Umum

Tak pernah-pernah dalam sejarah ada orang yang puji blog aku sampai dia sanggup tulis dalam blog dia mengenai Cerita Aku Dan Sesuatu. Yes, you heard me. Aku merasa sungguh terharu dan rasa macam nak pergi mandi wajib je padahal hari-hari aku mandi wajib. Eh? Macam tiada chemistry je dengan tajuk cerita ni. Okey, berbalik kepada topik sebenar. Mari aku perkenalkan blogger yang hensem, kacak, macho yang selalu menstalkers blog aku yang tak seberapa nak menjadi ini. Klik Read more kalau anda rasa jealous..

Read the rest of this entry »

Mari Mengenal Jenis-jenis Blogger

Posted: January 28, 2011 in Umum


Yeaaaaah, aku memang seorang stalkers yang berjaya. Banyak masa aku dihabiskan dengan membaca. Nak beli novel malas sebab mahal. Cara yang mudah dan murah adalah dengan membaca blog orang lain. Well, membaca blog ni sebenarnya suatu aktiviti yang menyeronokkan tau. Tapi ada certain blog yang aku kurang berkenan nak baca. Tapi aku baca juga sebab aku kan mesra alam. Tapi serius kalau blog tu memang bertaraf iblis aku cari je blog lain. Sambil aku membaca aku dapat klasifikasikan blogger kepada beberapa jenis. Klik Read more untuk mengetahui jenis-jenis blogger.

Read the rest of this entry »

Kisah Seorang Yang Bercita-cita

Posted: January 27, 2011 in Umum

Semasa bersekolah dulu cikgu ada bertanya pasal cita-cita aku nak jadi apa bila besar nanti. Dia ada bagi satu dokumen suruh aku isi tentang cita-cita aku. Tak silap aku dia nak 3 jenis. Aku masa tu isi doktor, cikgu dan askar. Yang bestnya tiap-tiap tahun dia kasi suruh isi. Natijahnya tiap-tiap tahun itulah cita-cita tu sering berubah-ubah. Tak boleh ke isi sekali je lepas tu tak payah isi lagi? Persoalan ini sering bermain didalam kepala hotak aku pada masa tu. Nak tanya cikgu takut pula. Aku pernah tulis nak jadi penyanyi tahu tak dekat cita-cita aku walaupun aku tahu suara aku setaraf itik serati. Aku delete cita-cita jadi doktor dan tukar kepada cita-cita jadi penyanyi sebab aku tersedar yang aku ada fobia takut pada darah. Wat de hell. Satu hari aku terbaca satu cerita (aku dah lupa tajuk dia). Ouh baru aku tahu kenapa dia suruh isi cita-cita pada setiap tahun. Korang nak tahu tak kenapa? Klik Read more ye..

Read the rest of this entry »

Perasaan Aku Setiap Semester

Posted: January 26, 2011 in Umum

Selesai sudah pengajian aku untuk semester kali ini. Yes, you heard me. Semester ini, semester depan ada lagi. Yang pasti semua akan berulang-ulang macam putaran roda. Pergi kelas, buat assignment, ambil kuiz, ambil test, midterm, cuti then ulang balik sampailah aku disahkan menghidapi sindrom ketumpatan IQ yang tinggi. Aku penat nak menaip sebenarnya sebab tadi jawab paper esei. Gila, letih tangan aku mengarang jawapan “macam betul je”. Tadi final exam untuk subjek Pengajian Islam. Semester ni aku cuma ambil subjek tu je. Ada soalan objektif, soalan subjektif dan soalan esei. Ah, penatlah nak menaip tapi terpaksa menaip juga. Ni semua soalan esei laa punya pasal jari jemariku macam kena penyakit Parkinson je ni. Klik Read more untuk mengetahui perasaan aku…

Read the rest of this entry »

Gajah Paling Comel

Posted: January 19, 2011 in Umum

Anda pernah tengok gajah? Aku pun pernah tengok gajah. Tapi pernah tak korang tengok gajah yang comel. Okeyh, gajah semua comel sebab aku tahu korang pencinta alam mesti korang cakap macam tu. Tapi malam tadi aku ym dengan member aku dia share foto gajah paling comel dekat aku. Terkesima aku melihatnya. Kiut miut je wajah gajah tu. Rasa macam nak cubit-cubit je pipi gajah tu. Korang nak tengok gambar gajah paling comel tak? Jom klik Read more untuk melihatnya..

Read the rest of this entry »

1Malaysia vs Facebook

Posted: January 19, 2011 in Umum

Akibat kesan dari khabar angin penutupan Facebook lalu wujudlah social network yang terbaru iaitu 1Malaysia.com. Sebab nama dia 1 Malaysia aku terus je masuk untuk membuat huru-hara disana. Apa yang boleh aku komen pasal social network keluaran negara kita ini adalah “Serba Baru”. Ye, nak bersaing dengan Facebook masih belum mampu lagi. Memandangkan ia masih baru banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki. Tapi, nak kata teruk sangat tak laa juga. Benda baru biasalah. Tapi aku yakin ia mampu diubah untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Walaupun ia masih mempunyai banyak kekurangan tapi ada juga kelebihan didalamnya. Ayuh klik Read more untuk mengetahui serba sedikit kelebihan 1Malaysia.com..

Read the rest of this entry »

Panjangnya Nama Nak Hafal

Posted: January 18, 2011 in Umum

Semester kali ini aku cuma ada satu subjek je. Ye, satu subjek iaitu Pengajian Islam. Jadi sem kali ini cahaya keimanan pada wajah aku jelas kelihatan lebih baik dari sem-sem yang lepas. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. dalam nada Maher Zain. Ustaz yang mengajar tahu berbahasa English tapi lebih senang mengajar dalam bahasa Melayu. Mudah difahami dan jelas untuk dipelajari. Subjek ini memang senang dan kalau boleh aku target kali ini pointer aku lebih baik dari sem lepas. Dengan gaya bodekan yang baik datang kekelas hari-hari aku yakin boleh mencapai hasrat murni aku itu, insyaAllah. Klik Read more untuk mengetahui cabaran untuk sem kali ini..

Read the rest of this entry »

Makhluk Yang Aku Hangin Di Sudden Attack

Posted: January 17, 2011 in Umum

Baru-baru ni aku suka gila main Sudden Attack. Well, aku pun tidak laa sepower mana pun. Selalu banyak kena bunuh dari membunuh. Mungkin aku tiada bakat untuk membunuh orang di alam nyata mahupun di alam maya. Yeaah, aku akui kesucian nawaitu aku itu walaupun kadang-kadang aku berperangai syaiton. Berbekalkan testis yang bersaiz olimpik aku tak takut kalah beb. Tapi aku paling hangin kalau orang main ngelat (membohong). Lepas tu buat bodo je menunjal orang tanpa rasa bersalah didalam hati. Sampai aku mencarut-carut memaki hamun mereka. Tapi apa boleh buat, orang bohong kebanyakkannya berhati iblis. Mana mungkin dorang nak dengar penghinaan masyarakat setempat. Mari berkenalan dengan para manusia yang tidak mempunyai telur didalam seluar dengan mengklik Read more..

Read the rest of this entry »

Hari-hari Nak Dengar

Posted: January 13, 2011 in Umum

Pernah tak anda mendengar lagu yang menyebabkan anda nak dengar berulang-ulang kali. Walau seribu kali anda dengar still nak dengar lagi. Kalau anda tak dengar anda susah nak tidur malam. Well, kalau korang jawab tak menandakan anda normal. Eh betul ke tak pernah ni or sengaja tipu-tipu je cakap tak. Haaaaish, aku telah menghadapinya kali ini. Lagu ni dah lama aku dengar tapi tak tahu tajuk dia apa. Lepas dah tahu terus aku download. Dasyatkan lagu ni. Entah macam mana aku boleh angau dengan lagu macam ni pun aku tak tahu laa. Klik Read more untuk mengomel bersama aku..

Read the rest of this entry »

Mat Rempit Wanabe

Posted: January 11, 2011 in Umum

Aku tak tahu nak cerita apa sebab tiada apa aku nak ceritakan dimana semua cerita aku rasa tak penting untuk diceritakan supaya korang boleh baca cerita aku yang tak berapa nak best ceritanya. Agak macam dah panjang juga mukadimah aku tu walaupun aku tahu banyak ayat khurafat yang aku taip. Ayuh kembali ke pangkal jalan semula. Pernah tak korang bawa motor yang ada clutch tangan? Kalau korang memang dilahirkan menjadi mat rempit sejati aku pasti korang pernah. Aku pernah bawa tapi jarang. Jom klik Read more..

Read the rest of this entry »

Preview 2010

Posted: January 3, 2011 in Umum

First of all aku ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru kafir buat anda semua. Apa azam anda tahun baru ini? Ah, tak payah nak buat azam banyak sangat. Aku tahu ramai antara kalian yang pandai memasang azam seterusnya berakhir menjadi hangat-hangat taik azam sahaja. Azam aku sama macam tahun lepas juga (actually setiap tahun pun sama je). Aku nak jadi manusia yang baik-baik. Huiyooo, susah kot nak maintainkan azam ni korang ingat senang ke. Setiap hari ada je setan yang menggoda baik dari kategori Setan Ghaib dan juga Setan Nyata. Contohnya seperti memasang niat untuk kurus seperti Fahrin Ahmad. Mak memang tergoda setiap kali tengok Fahrin Ahmad buka seluar baju dia uols tunjuk body. Awwww, gelenyah tak hengat. Tiap kali aku nak melaksanakan niat aku ada je halangan yang membataskan. Jadi kekal laa tubuh badan aku seperti Bob Lokman. Anyway aku tetap hensem seperti dulu-dulu. Sebelum aku menaip cerita khurafat lari dari tajuk asal, baik aku berbalik semula ke jalan yang benar. Ayuh, mari kita melihat preview cerita-cerita sundal tahun 2010 yang berjaya aku porak perandakan. Klik Read more ye…

Read the rest of this entry »