Satu Subjek Buat Aku Rasa weeeeee~

Posted: March 8, 2011 in Umum

Pada semester yang lepas aku cuma ada satu subjek je iaitu Pengajian Islam. Alhamdulillah alhamdulillah (dalam nada Maher Zain) aku berjaya mendapat keputusan yang baik. Semua berkat dari Ustaz Shahril yang mendidik aku. Kini aku mempunyai cahaya nur diwajah dan boleh menjadi salah seorang perserta Imam Muda pada musim yang seterusnya. Setelah dicongak-congak menggunakan saintifik calculator, baki semester yang aku ada cuma tinggal 2 je lagi tidak termasuk semester kali ini. Klik Read more untuk mengetahui kisah selanjutnya (ayat poyo).

 

Semester kali ini jadual aku memang padat. Subjek dalam time table aku berskala penuh. Aku ada subjek End User Support, End User Support dan End User Support. Eh, tunggu dulu. Kenapa subjeknya semua sama. Adakah aku salah tulis atau korang yang salah baca? Sebenarnya tiada apa yang salah kerana memang semua subjek itu sama. Ini kerana semester kali ini aku cuma ada satu subjek je. Jadi apa yang boleh aku buat dikala tiada kelas? Ingin menggauli isteri aku belum berumah tangga lagi. Pasti masa terluang aku dihabiskan dengan aktiviti ular sawa iaitu makan dan tidur sahaja.

Berbeza dengan semester yang lepas, semester kali ini adalah semester panjang. Kalau semester lepas yang pendek itu je aku dah bosan sebab ada satu subjek inikan pula yang panjang ni. Member-member tengok jadual aku rasa macam nak buat main pangkah bulat je. Aku ada juga minta untuk tambah subjek tapi lecturer tak kasik. Dia kata aku tinggal baki 3 subjek je lagi. Kalau aku tambah nanti takde apa nak belajar untuk semester seterusnya. Aiyaaak~

Memandangkan aku banyak masa terluang jadi mungkin aku tiada alasan untuk tidak mengapdate blog. Aku juga sudah meminta kawan baik aku iaitu Afif untuk menginstall game Max Payne 2 ke dalam komputer riba aku ini. Best doo main game ni. Aku boleh bunuh orang sesuka hati tanpa rasa bersalah dan berdosa didalam diri. Tengok laa bertapa coolnya mangsa aku mati kena headshoot dikepala.

 

Hahaha, pandai aku berjenaka disitu.

Aku juga telah berjaya membaca novel bertajuk “Jalan Jauh Ke Kampus” sampai habis. Sekarang aku sedang berusaha untuk membaca buku “Dajjal 2012” sampai habis juga walaupun penulisannya dalam bahasa Indon. Selain itu aku juga akan cuba membaca buku “Kaum-kaum Yang Sudah Pupus” sehingga habis sebab tu aku pinjam dari Zaki. Pinjam dah hampir 5 bulan tapi tak reti-reti nak pulang. Haaaish, apalah nak jadi kau ni jang oi (nasihat aku kepada diri aku sendiri)

 

Aku berjaya habiskan novel ini dalam masa sebulan. Lama tu.

Aku malas nak celoteh panjang. Aku sendiri tak tahu apa aku tulis ni. Rasa macam nak lempang diri sendiri je ni. Muahaha. Aku saje je nak buat gaya penulisan ala-ala bosan sebab nak bagi korang menghayati bertapa bosannya aku dikala ini. So jumpa lagi dilain masa, lain hari dan waktu yang aku tak berani nak janji. Renung-renungkan dan selamat beramal. ChooOW.

Comments
  1. Abdul Munzir says:

    sedap betul bro ni….aku kat sini macam dah nak mati dengan dua kelas saja…nanti lepas sem ni lagi mati dengan kesusahan Degree…haih….kurang-kurangnya dapatlah minta bro kejutkan awal pagi sebab bro tak tidur lagi hahaha

  2. nabilah_2908 says:

    wah….1 sem…1 subjek je…?

    mmg patut cari perkara2 yg berfaedah… :)

    lama tak baca buku/novel….balik2 je dah penat…konon nak baca sebelum tido…tk sampai 2 baris dah lelap…huhu… :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    TRILOGI CINTA

  3. aim says:

    damn nice.. tukat jadual gan aku ler…

  4. zik says:

    betul ker nih apa yang aku baca novel kau baca tuh.. huhu

  5. ilang arah ! says:

    amboi , bkn men suke ko dpt 1 sbjek eyh .. haha
    tgk la ko da dgree nt , hajab … :p

  6. aim says:

    errr cuti banyak sediakan entri banyak2 yer

  7. nur itu cahaya.. says:

    1 subjek pun kena belajar jugak sayang..jangan main2 k..gud luck!! =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s