Gaya Penulisan Di Facebook

Posted: March 3, 2011 in Umum

Zaman teknologi maklumat ni semua orang ada Facebook. Agak ganjil bila kita buat pengakuan mengatakan kita tiada akaun Facebook. Analoginya umpama seseorang buat pengakuan bahawa dia belum bersunat lagi. Walaupun Facebook ciptaan orang Yahudi tapi ramai orang tetap ketagih menggunakannya. Pak Imam pun guna juga. Tak salah menggunakannya dijalan yang lurus. Hari ini aku nak mengupas berkenaan jenis-jenis gaya penulisan status Facebook diwall. Nak conteng dinding nanti kena label vendalisme pulakan. Jadi kalau gian conteng saja didinding Facebook. Jom klik Read more untuk mengetahui jenis-jenis gaya penulisan di wall Facebook.

 

1) Status Romeo And Juliet

Status mereka banyak menggunakan ganti nama Pa, Ma, Baby, Sayang dan sebagainya. Lepas perbualan tamat disudahi dengan ciuman alam maya seperti ‘muuaah’. Aku dulu ada buat tapi sekarang tak lagi. Aku guna SMS je. Tak manis ouh kasi tayang perbualan 18sx macam ni dekat public. Geli mata memandang geli lagi adik dalam seluar mendengar.

 

2) Status Cinta Terlarang

Tak semua kisah cinta berakhir dengan persetubuhan. Status cinta terhalang ni lebih kepada misteri-misteri gitu. Contoh mcm “Aku baru balik dari pasar malam beli cendawan goreng”. Then dia letak ayat tambahan dalam status tu seperti “Kenapa aku tak boleh lupakan dia ye”. Okeyh, sekarang korang cakap dekat aku. Ada chemistry tak antara dua-dua ayat ni?

 

3) Status Putus Cinta

Ni ada dua kategori. Satu kategori redha satu lagi kategori hangin. Kalau redha ayat dia seperti “Jodoh dan pertemuan ditangan Tuhan. Aku tak menyesal mengenali si dia”. Kalau kategori hangin pula “Dem u !@#. Kau ingat muka kau hensem macam Ery Is Me ke? Muka macam !#$”. Tak baik tau mencarut. Dosa tu Tuhan marah.

 

4) Status Dr Fadzillah Kamsah

Status ini menimbulkan sedikit kesedaran. Status ini banyak ayat-ayat nasihat dalam bentuk puitis dan kaunseling. Ramai orang akan like je sebab dorang pun tak tahu nak cakap apa dah. Mungkin sebab dorang telah mendapat kesedaran disebalik status itu.

 

5) Status Imam Muda

Ciri-cirinya sama seperti diatas tapi lebih kepada doa-doa dan ceramah-ceramah ugama. Kata-kata nasihatnya memang ikut betul-betul hadis dan sunnah. Daripada mencarut je lebih baik meninggalkan status yang bermanfaat seperti ini.

 

6) Status Budak Hingusan

Pernah dengar budak cakap pelat? Haaa, kerana bestnya cakap pelat ni sampai diadaptasi dalam penulisan status. Nak membaca rasa macam nak bagi penampo je dekat orang yang menulis macam tu. Hahaha. Memberatkan otak kita nak mentafsir apa yang dia tulis.

 

7) Status Normal

Status yang biasa-biasa je dalam Facebook. Ia takde laa menimbulkan kunikan. Ia macam satu status memberitahu berkenaan apa yang berlaku, tanya khabar dan berkongsi informasi pada kawan-kawan terdekat.

 

8) Status Ahli Korporat

Status ini digunakan bagi mereka yang menyertai perniagaan MLM bertingkat dan perniagaan-perniagaan lain. Ada yang okeyh dan ada yang buat aku rasa macam nak hangin je. Contoh kalau yang hangin tu macam dia menunjukkan kemegahan dia sangat, “Hidup aku sekarang simple gila. Makan je sambil online pun boleh buat duit”. Hmm, baguslah. Moga cepat sikit kena diabetes dalam diri.

 

9) Status Komposer

Status dia memang best-best belaka bagi mereka yang lupa lirik. Mereka tak akan mengetahui yang itu sebenarnya lirik lagu. Bagi mereka yang memang berdarah seni cepat sangta menyedarinya. Tapi sebenarnya tiada apa yang salah dalam mencilok lirik lagu untuk dijadikan status. Sebab dalam lirik lagu tu pun ada makna tersiratnya juga.

 

10) Status Budak Tak Tahu Menulis

Status dia takde gunakan ayat cuma letak caption je memanjang. Contoh macam ?, !, …….. . Then kembangkan caption tu untuk wujudkan impression diri sendiri seperti (-_-) , [-_-] , (^^) , (T_T) , :) , :D  dan sebagainya.

 

***********************************************************

Itu je antara permerhatian aku. Anyway aku suka buka Facebook walaupun aku tak buat apa-apa kat dalam tu. Aku tak main permainan pekebun alam maya sebab aku malas. Jumpa lagi. Choo0W.

Pengaruh filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Comments
  1. takde pape says:

    el0k2 je bace, ending dia tak b0leh tahan.. hahaha..

  2. nabilah_2908 says:

    haha….memang boleh jumpa semua ni dalam FB…FB yg pro kerajaan dan anti kerajaan…

    masing2 saling mengutuk antara 1 sama lain… :)

    lagi satu…kuat betul penangan hantu mak limah ni..mana2..org dok guna kan dialog dlm cite ni je.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    FOLLOWERS APA KATA HATI

  3. takde pape says:

    ada lagi 1 yang takde, “status IT” heh heh heh..

    • efyery84 says:

      Takde Pape: Haaa, tu pun terlupa juga nak masukkan. Dia selalu letak status binary cord je mcm “1001110100111100010101”. Apa kejadahnya macam tu. Hahaha~

  4. zik says:

    kita bakor2… erm ada lagi nie… update status pasal bola… huhu.. cntohnya man u kalah dengan chelsea 2-1.. yehaa..

  5. aim says:

    pergh bro… betul2 rajin tu.. gah banyak idea ker

  6. Zida says:

    hahha macam macam pulak ye,

    nice blog. first time datang :)

  7. sampai ke blog pengaruh Hantu Kak Limah

  8. zik says:

    baru aku tahu fan man u… huhu.. sowwwiieeyy

  9. cik bee says:

    8) Status Ahli Korporat

    Status ini digunakan bagi mereka yang menyertai perniagaan MLM bertingkat dan perniagaan-perniagaan lain. Ada yang okeyh dan ada yang buat aku rasa macam nak hangin je. Contoh kalau yang hangin tu macam dia menunjukkan kemegahan dia sangat, “Hidup aku sekarang simple gila. Makan je sambil online pun boleh buat duit”. Hmm, baguslah. Moga cepat sikit kena diabetes dalam diri.

    hahhaha..tpling xleh blah type cm dak2..susah nk phm.plss la…hahhaa..

    p/s : nice entry ok…hehe..gd job!!!
    n i folllow u..:D

  10. Dayat says:

    puteri kebun teh.. [=.=!]. aku termasuk yg last tu kot…lalala~

  11. cik bee says:

    hahahhahaa..sori2x..xperasan..asal xderrrr??ngeeeeeee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s