Episod Hangin SMS Misteri

Posted: February 28, 2011 in Umum

Aku ingin mengucapkan “Kau memang macam bagus. Macam je” kepada si pemberi SMS tersebut. Aku dapat SMS yang tak dikenali tapi malas aku nak tanya siapa sebab aku tiada selera nak kenal orang macam bagus seperti beliau. Aku suspek itu kawan aku base dari kemesraan beliau macam dah lama kenal aku. Ye aku hangin sangat-sangat sampai entri aku pun bertajuk hangin. Klik Read more untuk berhangin bersama aku.

 

Pada suatu hari. Burung-burung  pun berkicauan hari tu. Ada yang berkerja , ada yang bergembira. Tiba-tiba aku mendapat satu sms dari seorang yang tidak dikenali. Dia ajak aku lepak minum dekat sekitar area perumahan aku (Jaybee). Tapi aku dah balik Negeri Sembilan sebab cuti sem dah habis jadi aku tak dapatlah nak join melepak bersama beliau. Aku ada niat juga nak tanya siapa. Tapi sebelum tu dia ada balas baik punya massage.

Okey belajar rajin-rajin Bro jangan ponteng kelas je.. Abis belajar cari kerja cepat-cepat lepas tu kawin cepat-cepat.. Umur dah banyak tu.. Rugi kalau setakat ada k*nek guna buat pergi kencing je.”

 

 

*Wajah aku ketika hangin.

Terus baca massage tu malas aku nak tanya siapakah gerangan beliau. Serius macam cilaker punya ayatkan. Mungkin dia nak bergurau tapi bukan semua gurauan aku boleh terima dengan gelak tawa. Aku tahulah kau dah kahwin dan dah ada kerja bagus (base dari ayat dia). The think you should know is “When you got marry does not prove that you can be a man”.

Yang aku tahu dalam banyak-banyak kawan aku yang berjaya cuma sorang je iaitu Shahrul. Dia pun belum berkahwin lagi. So aku yakin bukan dia sebab dia BFF aku. Yang lain aku rasa kerja cukup-cukup makan je. Ada yang mati sebab dadah pun ada. Serius aku tak tipu.

Kehidupan sekeliling aku mengajar aku untuk menjadi seorang LELAKI. Tak bererti kau nak buktikan kau seorang lelaki kau kena berkahwin okeyh! Bila orang tanya apa bukti kau lelaki then kau jawab “Aku dah berkahwin dan ada anak sebab anu aku berfungsi dengan baik”. Yess macam sundal jawapan kau beri macam takde pendidikan.

Sebelum kau berkahwin kau kena fikir 10 tahun kehadapan. Selepas kau berkahwin kau kena fikir lagi 10 tahun kehadapan. Selepas kau dapat anak kau kena fikir 20 tahun akan datang. Do you understand what i mean about that? Okeyh aku terangkan.

Semua orang mahu berkahwin. Aku juga mahu berkahwin okeyh sebab aku ada nafsu. Ramai orang nak kahwin tapi duit tiada. Then bertunang lama-lama macam harun. Ada satu kes ni. Ni kisah benar okeyh aku tak bohong. Si lelaki ni nak berkahwin dengan si perempuan ni. Then dia bertunang lama-lama sebab nak kumpul duit. Masa tunang asyik terhegeh-hegeh melekat dengan perempuan tu. Balik kerja menjemput pergi kerja mengahantar. Lepas tu kena tangkap khalwat. Serius fak arr kan perangai.

*Gambar hiasan yang mungkin ada kena mengena.

 

Ni ada satu lagi kes. Dia berkahwin lepas tu duduk dekat rumah bapak aku. Kira sedara mara le kan. Dia takde laa kerja baik sangat tapi perangai poya-poya tak sedar diri dia dah berkahwin. Then rumah tak bayar sampai kena sita. Kesian doh bapak aku. Kena setelkan rumah tu. Last-last si bangsat tu lari duduk rumah sewa lain.

Korang faham apa yang aku cuba untuk sampaikan disini. Sebagai seorang lelaki kita kena persiapkan diri kita dengan ilmu dan keutuhan ekonomi kita (kerja) sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan. Tapi ramai yang kukuhkan anu mereka je lepas tu huru hara rumah tangga. Kebanyakkan masalah penceraian yang ada dalam fail mahkamah syariah itu semua kalau dikaji balik ada sangkut paut dengan ilmu tak cukup dan ekonomi tak kukuh. Aku tak bohong beb sebab aku ramai informer.

*Gambar hiasan yang mungkin ada kena mengena.

 

Sebab aku nak kahwin laa aku fikirkan masa depan aku dengan pergi belajar balik. Dengan cara ini masa depan aku cerah. Macam mana aku nak jaga anak orang kalau masa depan dan diri aku pun tak menentu. Kita jangan asyik nak berserah je. Sikit-sikit nak berserah. Kehidupan bukan macam dalam filem. Tak semuanya happy ending macam cerita Snow White, Cinderella dan sebagainya. Sebelum aku nak jadi suami aku kena berilmu dan mempunyai kerja yang menjamin masa depan. Sebelum aku jadi ayah aku kena persiapkan diri aku dengan ilmu sebagai contoh kepada anak aku nanti.

Sekarang korang tahukan kenapa aku belajar balik pada usia senja ini. Sekarang korang tahu bukan kenapa aku lambat kahwin. Aku bukan sengaja tak mahu kahwin tapi aku memikirkan nasib bakal isteri dan anak-anak aku nanti. Kerana itu aku berkorban buat masa sekarang.

 

Comments
  1. zik says:

    insyallah ,teruskan perjuangan bro. sambung belajau usia2 macam nie masih dianggap awal lagi… yang umur 40,50- keatas tuh… baru nak sambung belajar… atau baru berpeluang untuk sambung belajar (sebelum nie mungkin masalah kewangan, keluarga, kotmitmen).. tiada batas umur untuk belajar nie…

  2. misz aisyah says:

    wah bukan main hangin lg bro ery..org mcm tu xyah dilayan..fikiran sempit se nye klo dok pk bnde tu jek..xbermakna usia da banyak xley sambung study kan..die rase die da cukup hebat sekadar bergelar llk n berkahwin..nak watpe..kalau hidup xde perubahan..pape pon sabar la ye..(^_^)v

  3. nabilah_2908 says:

    bagus kalau semua lelaki berfikiran macam ni… :)

    ada lelaki yg pernh sy kenal…tau nak kawin je….tp tak fikir masa2 yg akan dtg….kita lak yg dok fikirkan utk dia….

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    MASAK APA ?

  4. aim says:

    lek bro… mungkin dia tak tau camner alam perkahwinan tu.. kalau dapat dak tu pas aku…aku nak ceramah selama 24 jam kat dier

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s