Presiden Islam VS Perdana Menteri Islam

Posted: February 25, 2011 in Umum

Aku memang suka buat isu kontolbesi macam ni. Serius, memang tak ramai yang sanggup buat pandangan berhubung isu politik. Aku tak kisahpun. Nama je negara kita ni Islam tapi aku tengok dah macam negara kapir seiras-iras Amerika je ni. Yelah, semua takut dengan ISA. Kalau bersuara lancang memberi pendapat nanti ISA kurung pulak. Shit, lawak minta dikurung aku ni. Berbekalkan organ reproduksi aku yang bersaiz olimpik aku nak tulis jugak. Ini cuma pendapat aku je. Tapi selepas dipikir secara ilmiah dan lojik akal aku rasa ada betulnya. Jom klik Read more dan lupakan ISA..

 

Zaman pemerintahan khalifah Umar r.a dikatakan tiada seorang pun rakyatnya yang layak untuk menerima zakat. Dengan kata lainnya bahawa tiada seorang pun rakyat sewaktu pemerintahan beliau berstatus miskin tegar. So, tiadalah rancangan Bersama Mu pada masa itu. Kerana khalifah Umar ini menjadi pemerintah yang pertama berjaya menghapuskan kemiskinan tegar maka datanglah seorang paderi dari negara kapir laknat (aku tak tahu negara mana) untuk berjumpa dengan beliau.

Selepas bertemu dengan khalifah Umar si paderi ini terkejut beruk. Mana tidaknya. Si paderi ni aspect khalifah Umar sesegak Maher Zain. Malangnya kehadiran khalifah Umar berjumpa si paderi ini beliau mengenakan pakaian yanag bercompang camping dan pakaiannya banyak bertampal disana sini. Si paderi ini merasa hairan kenapa negara yang tiada kemiskinan ini seorang pemerintahnya berpakaian seperti begitu. Korang tahu apa yang khalifah Umar cakap. Khalifah Umar kata “Pemimpin sebenarnya adalah hamba rakyat”.

Beliau dirumah mempunyai 2 jenis lilin. Satu lilin untuk kegunaan peribadi yang dibeli sendiri menggunakan duit beliau. Satu lagi lilin kerajaan yang hanya digunakan untuk kerja-kerja rasmi beliau. Beliau ada 2 jenis kuda. Satu kuda untuk kegunaan harian yang dibeli sendiri menggunakan duit beliau dan satu lagi kuda untuk kegunaan rasmi beliau. Sewaktu beliau sedang melakukan kerja rasmi dirumah beliau didatangi anaknya untuk bertanyakan sesuatu. Khalifah Umar lantas meniup api lilin itu dan menggantikannya dengan lilin rumah kerana beliau tidak mahu menggunakan harta kerajaan (lilin tadi) untuk tujuan peribadi. Aku serius kagum dengan cerita ini.

 

*************************************************

Yehaaa, kembali ke zaman moden berstatus Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Still dendam aku kerana tidak dapat MARA masih menguasai diri. Mana perginya rakyat didahulukan tu still aku tak nampak sampai sekarang. Pemerintah sebelum era hokage ke-5 aku tak mahu komen sebab masa tu aku belum mumayiz lagi untuk berfikir mana baik mana buruk.

Siapa yang memperkenalkan Islam Hadhari? Adakah Maher Zain? Adakah Nik Aziz? Hey korang tahu tidak bahawa Nik Aziz adalah salah seorang Ulamak yang diiktiraf dunia. Tapi ramai yang pro kerajaan cakap Nik Aziz tu nyanyok. Eh betul ke? Maybe dia memang dah tua tapi aku rasa dia tak nyanyok lagi. Yang nyanyok tu orang yang memperkenalkan Islam Hadhari ini. Islam yang serba moden.

 

Yeaaah. Totally Islam Hadhari yang sungguh awesome sekali. Fail!

Sekarang kita nampak siapa yang nyanyok sebenarnya. Islam itu ad-Din yang bermaksud sempurna dan tiada cacat celanya. Islam itu lengkap dari dulu dan selamanya. Islam itu agama yang diterima dan diredhai Allah s.w.t. Islam Hadhari ini tang mana boleh wujud pulak aku pun tak tahulah. Kalau al-Arqam dulu kemain operasi sana sini cakap ajaran sesat so sepatutnya kena adillah dengan membawa isu Islam Hadhari yang serba baru ni ke muka pengadilan. Apa nak dibarukan dan dimodenkan aku pun tak tahulah. Seriously dayum~

Then minyak naik harga je memanjang. Aku tak nampak satu hasil pun semasa pemerintahan beliau kecuali mengabiskan duit rakyat buat Masjid Kristal tapi orang tak boleh buat solat Jumaat dekat dalam tu sebab kawasan tidak strategik. Lepas tu barang asyik naik harga sehingga tersemburlah ayat yang paling brainless pernah aku dengar dari beliau iaitu “Ubah gaya hidup”.

Hokage ke-6 pun lebih kurang sama je cuma dia pandai undercover. Eh, sama ke? Bukan ke hokage ke-6 ni buat banyak perubahan sehingga Malaysia menjadi sebuah negara Asia Tenggara yang pertama berjaya menghantar angkasawan melancong ke angkasa lepas. Yes you heard me ‘melancong’. Aku tak nampak apa hasilnya Syed Muszaphar dihantar keluar bumi balik-balik terus dapat pangkat Dato’. Lepas tu rasmikan fesyen Islam yang memang tak masuk dek akal. Sekali lagi dayum~

 

Mungkin belajar dari Hokage ke-5 tentang Islam Hadhari. Fail!

 

*************************************************

Jom kita lihat pemerintah Islam yang tidak tunduk kepada kuasa barat dan tentangan orang kafir. Pemerintah yang lancang mempertahankan perundangan Islam dan pemerintahan bercorak Islam.

 

Presiden Iran-Mahmoud Ahmadinejad


Pandai menjaga aurat, pergaulan dan hukum hakam Islam.

 

Pandai menjaga solat tidak kira dimana jua dia berada instead di tepi jalan sekalipun.

 

Bersederhana ketika melakukan rutin harian.

 

Bersederhana ketika rehat.

 

Bersederhana ketika makan.

 

Percayakah anda ini kereta seorang Presiden Iran. Kereta ini sudah beliau lelong untuk membantu orang susah dinegara beliau.

 

Hebatkan. Maybe ada orang yang cakap “Ala, apa nak heran. Negara dia miskin”. Miskin pala lutut hangpa. Iran beb. Negara berkuasa nuklear. Ekonomi dia aku rasa lebih baik dari Malaysia. Tengok pada sistem ketenteraan pun dah buat aku rasa sungguh awesome sekali. Sekarang negara beruk USA sedang berusaha menyekat ekonomi beliau. Aku tengok steady je Presiden Iran ini sikit goyang pun tak. Sebab dia tahu rakyat dia sentiasa berpegang pada ayat “Cintailah barangan buatan Iran”. So dia yakin ekonomi dia boleh berjalan seperti sedia kala. Well, aku sangat kagum okeyh.

Korang nak tahu kenapa dia sederhana je dalam hidup dia.. Sebab  baik presiden atau perdana menteri ni sebenarnya dorang tak kaya. Duit gaji dorang tu duit rakyat. Kita yang bayar duit gaji dorang lalu pungutan cukai dan duit saman sana sini tu semua. Jadi kepada mereka-mereka yang bajet hot sila sedar diri ye. Sebenarnya korang tak kaya so stop bazirkan duit rakyat!

Comments
  1. sesungguhnya mane ada yg berani bersuara seperti abg..tp golongan belia cm kita kalo bersuara cmni,gamaknya tempat kita di ISA..tue la sbnr nya kerajaan…Lebih berpentaskn drama dr realiti…..

  2. zik says:

    tengok macam nik aziz pun biasa2 jer.. kereta pun kancil jer… huhu.. PM.. nie pergi sana sini.. nak di kompang lah,

    • efyery84 says:

      Zik: Sekarang ni pun kita tgk PM nampak macam lebih agung dari Sultan. Kalau ditanya pada budak2 kecil darjah 6 ke bawah dorang lebih kenal PM dari nama Sultan dan Agong. Ni realiti tau..

  3. aim says:

    pergh.. apsal tak cakap kat aku nak buat entri ni.kalau tak leh gabung dengan aku dengan gaya penulisan aku menkritik sesuatu..ha rujuk entri aku.. per ponk welll aku sesangat lah setuju dengan apa yang aku cakap..tapi satu jer ko kena faham.. we are 1 malaysian.. so bila berada di bawah kita kena berlakon menjadi orang bawah.. kang tak pasal2 terbang masuk dalm *****

  4. efyery84 says:

    Aim: sebab we are 1 malaysian laa kita kena berani menegakkan benang yang basah. Kita rakyat Malaysia bukan rakyat BN, PAS, PKR mahupun DAP. Kena bezakan tu maksud 1 Malaysia. Rakyat tidak seharusnya takut kepada kerajaan kerana kerajaan lebih takut pada rakyat. Kalau tak masakan ada ISA. Muahaha~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s