Simptom-simptom Orang Tiada Idea Nak Update Blog

Posted: February 20, 2011 in Umum

Bukan tak mahu update tapi aku agak sibuk sedikit kebelakangan ini. Fuuu, korang tengok bertapa straight to the pointnya pengakuan aku tu. Muahaha (ketawa setan). Semua para blogger pasti akan melalui saat-saat dimana mereka akan ketandusan idea untuk mengupdate blog. Alaa, tak payah nak buat pengakuan bahawa anda seorang blogger tegar yang sentiasa mempunyai idea khurafat untuk ditulis.. Kita manusia sama je kadang-kadang otak kita blank dan harus diformat semula. Jadi dalam keadaan menunggu ilham sampai maka berabuk dan bersawanglah blog kita (ayat klise yang biasa blogger guna bila dah lama tak update blog). Okeyh, nampak mukadimah dah panjang sikit ayuh klik Read more untuk mengetahui simptom-simptom orang yang tiada idea nak update blog..

 

1) Entri Seakan-akan Status Twitter.

Hari ini penat berkerja. Pulang kena membebel dengan bini. Tiada mood nak update blog. Tapi kerana mahu mengekalkan imej seorang blogger professional maka dia update jugak. Terus buka blog buat new post. Entri yang dia tulis kita boleh klasifikasikan seperti berat mata memandang berat lagi tangan tu yang menulis. Yelah, dah penat tapi nak menulis jugak. Tu yang pendek tahap status Twitter tu. “Aku balik kerja terus kena maki dengan bini. Bukan aku takut bini masalahnya bini yang tak takut dekat aku”. Lepas tu letak dua tiga gambar sebagai penyeri blog.

 

2) Tampal Gambar Banyak-banyak.

Blog anda akan nampak ceria sekiranya diselitkan dengan gambar. Tidaklah nampak kosong je macam kain kapan. Tapi kalau dah kau tampal gambar sampai 20 keping tu dah tahap overdose dah tu. Contohnya macam pergi berjalan bersama kawan. Lepas tu letak gambar melebihi tahap tak masuk akal. Then penamat gambar tu letaklah sebaris ayat je “Hari yang menyeronokkan bersama teman-teman”. Actually sebenarnya kau takde idea nak update tapi aku puji kerajinan kau sanggup upload gambar banyak-banyak. Kira nampaklah ada kerajinan disitu.

 

3) Pliagiat Entri Orang.

Ni korang jangan amalkan dan jangan buat. Dulu aku pernah buat benda ni. Kantoi terus aku disula secara bertali arus oleh tuan empunya blog tersebut. Nak buat boleh tapi tinggalkan kredit dari mana sumber itu dicilok. Syabas kepada aku sebab berjaya mencuri entri orang lain sampai terkantoi. Sekarang aku insaf.  Kalau tiada idea aku diam je. Sebenarnya dulu aku tak tahu mencuri entri orang lain tu salah. Biasalah masa tu aku naif nak arwah. Ni kisah dulu-dulu malas aku nak ingat. Sedih ouh~

 

4) Buat Bodoh Piang.

Cara paling mudah untuk dilakukan. Macam aku buatlah. Aku takde idea aku biarkan je blog ni tanpa diupdate. Sebenarnya aku nak tahu siapa yang peka dengan perkembangan blog aku ni. Tu sebab aku tak update blog ni berminggu dah. Walla! Ada juga yang menegur. Teknik keji aku berjaya. Ini menunjukkan aku ada peminat setia. Buktinya anda tengok sendiri. Muahaha..

*****************************************

Sebenarnya aku pun tak tahu apa yang aku mengarutkan kat entri ini. Aku tiada idea nak update jadi aku buat entri pasal benda ni. Moga korang tahu perasaan orang tiada idea macam aku ni. Haaaaish!

Comments
  1. misz aisyah says:

    teknik keji yg menjadi..hahah..patut la mendiam jek blog ni xd update..ngat da mula nak tutp buku..:P

  2. zik says:

    samalah aku , kadang2 blur idea2.. nak dikarang tuh.. mulalah mengarut..hehe… cerita yang pelik2… susah woo kalau asik serius jer.. boring jugak kan.. huhu.. nak upload gambar , amik masa gak tuh.. huhu

  3. nabilah_2908 says:

    hahaha…menjadi gak la 1 entri.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BUBUR JAGUNG

  4. aim says:

    ini boleh diterima sebagai update entri..haha…akhirnya berjaya juga melihat entri baru

  5. Buka je blog abg…tgk xda apa2 entry..trus close…rupa2nya dea ada teknik keji…..=)

  6. antu kak limah says:

    aq ad gk dok copy2 ni , ad aq kesah .. hahaha (gelak cam lakhanat)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s