Masak Memasak Eh Masaklah Kau (Ayam Masak Merah)

Posted: February 12, 2011 in Resepi Chef Ery

Hye uols.. Hari ni mak betul-betul eksited nak menggedik dekat blog Cik Ery kita ni. Bebaru ni mak tengok dia macam dah malas nak update blog. Blog ni pun dah jadi macam blog wakaf sape-sape pun boleh menyundal dekat sini. Jadi dikesempatan ini mak pun menyemakkan diri mak dekat sini. Semak bukan sebarang semak. Hari ini mak nak ajar resepi baik punya. Hari ini mak nak ajar uols masak Ayam Masak Merah. Klik Read more untuk mempelajari masakan ini.

 

Ayam Masak Merah

Bahan-bahannya adalah:

Bahan kisar (A)

– Bawang merah 2 biji

– 4 ulas bawang putih

– Halia (sebesar 2 ibu jari)

– 1 batang serai

 

Bahan lain

– Ayam (digaul dengan serbuk kunyit)

– Bawang merah (dihiris halus)

– Rempah (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 4 biji bunga cengkih, 3 biji buah pelaga)

– Sebiji kentang (dipotong)

– Sambal (7 cili kering)

– Santan kelapa (cair)

– Sos Tomato

– Sos Tiram

– Mix vegetable

 

*********************************************************

Cara- cara memasak:

Panaskan enjin kuali secukupnya. Tuang minyak 2T masak sedikit dan goreng kentang separuh masak. Then toskan kentang tu.

 

Then uols goreng ayam separuh masak je owrite. Tak perlu garing sangat uols ingat nak masak KFC ke happe. Then toskan.

 

Uols tumis rempah sampai naik bau tu jadi ala-ala minyak wangi Silky Girl then masukkan bahan tumis (A) dan tumis sampai naik minyak. Api pastikan dalam gear 2 je ye. Jangan besar-besar nanti hangus.

 

Bila bahan kisar dan rempah sudah agak garing dan pecah minyak, uols masukkan sambal. Tumis sampai naik minyak okey.

 

Lepas sambal tadi dah pecah minyak uols masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato. Then uols masukkan sedikit garam, ajinamoto dan gula ikut sesedap lidah dan perut uols okey.

 

Masukkan ayam dan kentang yang digoreng separuh masak tadi. Haa, uols nak tahu kenapa goreng separuh masak je. Yelah kalau masak sangat nanti bila masak balik hancur kentang tu sebab empuk sangat. Gaulkan perlahan-lahan dalm kondisi api gear 2 ye.

 

Bila ayam dan kentang sudah digaul sama rata tuangkan santan cair kedalamnya. Tuang secara sedikit demi sedikit ye. Then masak macam biasa sampai kuah itu pekat.

 

Sebagai pelengkap kepada masakan ini masukkan mix vegetables dan bawang merah yang dihiris tadi kedalamnya. Gaulkan sehingga rata dan tunggu kuah pekat dan ayam masak sepenuhnya.

 

*********************************************************

Jeng jeng jeng. Inilah hasilnya. Ayam Masak Merah yang sangat gojes. Uols ingat kalau nak makan ayam masak merah mesti kena pergi kenduri kahwin ke. Haaa, ni uols dah tahu resepi ni hari-hari makan pun boleh takde hal punye. Selamat mencuba resepi dari mak yang tak seberapa ni nyah. Nanti kalau mak ada masa dan kurang PMS mak bagi resepi-resepi terbaru yang hangat dipasaran. Mak lap uols keta-ketat. See U then, bubye!

 

Resepi dari: Chef Ery

 

Comments
  1. cintamu says:

    hahaha..kalah tira nih!! leh jadi tauke la lepas ni kan sayang..

  2. zik says:

    tuh dia chef kita memasak… boleh budget sikit dalam seminggu tuh… dari duk makan kat luar… cuma penat sikitla memasak… nak kena standby apa2 patut…

  3. nabilah_2908 says:

    fuyoo….ada bakat masak lah….

    gigih kan…sambil masak..sambil snap2 gambar.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BILA MOOD KE LAUT

  4. zik says:

    bro , sila hantar ke blog aku..hehe.. lapor nih..

  5. aim says:

    PERGH..BARU SEDAR DAH BERAPA MINGGU AKU TAK MASAK KAT RUMAH..MALAS KOT..HAHA

  6. misz aisyah says:

    wah ley jd chef..pe kate bkk kdai makan kt kolj..ley hari2 jd pembeli tetap..hihi

    • efyery84 says:

      Misz Aisyah: Tunggu nanti kalau member buka perniagaan (Dip Business) dekat tpt parking kereta nanti datanglah. Saya dijemput jadi Chef untuk memasak disana :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s