Ery s2dio

Posted: February 9, 2011 in Umum

Huu dah lama betul aku tak melakukan onar didalam blog aku ni. So the busy laa right now. Sekarang banyak tempahan dari para blogger untuk mendesign dorang punya blog. Haaaish, aku punya blog pon dan macam hampeh tak terurus. Sekali orang dengar macam tak percaya je aku design website orang lain. Low profile je laa. Aku suka blog yang simple-simple je dan tak banyak widget yang tak berguna didalamnya. Mari kita melihat antara blog yang berjaya aku ubah penampilannya. Ni eklusif tau aku tak pernah hebohkan bahawa aku empunya Ery s2dio yang kerap mengedit sesuatu dengan atau tanpa izin. Hahaha. Korang ingat Eric je yang boleh deco rumah orang dengan mengejut. Well, aku pun boleh. Jom klik Read more..

 

Blog CERITA TIRA

Blog ni dulu memang tak terurus. Serius aku cakap sampai aku pun rasa seperti terabai je blog ni. Then aku direquest oleh tuan empunya blog merangkap buah hati aku untuk membedah blog ini dengan sesuka hati. Aku terpaksa mengoverhaul blog ini 100%. Semua entri dia aku buang dan gambar peribadi dia aku save kan dalam lappy aku (atas permintaan dia). Ini membolehkan aku mendesign blog dia dengan cara yang lebih simple ikut citarasa aku. Widget yang aku guna semua adalah perlu dan bukan semata-mata untuk kecatikan sahaja. Blog header dia aku ciptakan khas untuk beliau. Cbox aku sembunyikan disebelah tepi agar lebih kemas. Tema untuk blog ini adalah majalah. Aku ingin menjadikan blog ini seumpama majalah yang simple untuk pembacanya. Cekidot sendiri ye~

 

Blog HANYA SEHELAI KERTAS

Blog ini adalah blog kawan baik aku. Nama dia Arisa Funabashi. Dia request dekat aku sebab dia dah putus asa nak design blog dia. Bagi mengelakkan dia mencampak blog dia ke dalam tong sampah jadi aku terima permintaan dia. Dia dah lama dalam dunia blog siap ada pengikut tegar seramai lebih 200 orang. Jadi aku tak berani nak buang koleksi cerita khurafat dia. Aku buang semua widget yang tak berguna dan tulisan yang berkelip-kelip tu. Tema yang aku gunakan adalah untuk menjadikan blog ini satu blog yang menampakkan beliau seorang profesional blogger. Jadi inilah hasilnya. Header dia tu aku cipta khas agar ia nampak simple seperti blog ini. Cekidot sendiri ye.

 

*************************************************************

Sebenarnya ada banyak lagi tempahan. Tapi aku tak larat nak buat sebab ada banyak kerja sekarang ni. Aku buat secara ikhlas tanpa menerima apa-apa bayaran dari mana-mana pihak. Ini adalah salah satu langkah bagi aku untuk mengasah bakat aku dalam bidang IT. Kepada semua yang aku telah designkan harap korang berpuas hati dengan rekaan aku yang tak seberapa tu ye. Choo0OW~

Comments
  1. abg…make sure adik punye dlm senarai tempahan…hehehehhe

  2. nabilah_2908 says:

    oh…Cik Tira itu buah hari Bro Ery rupanya…selalu juga singga ke sana… :)

    hrumm…smart la design tuk blog Arisa…bila nak sambut anniversary blog sy nnti…sy minta tolong design kan temple blog boleh tak..? tp lambat lagi la…bulan 11…(^_^)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    APA KATA SURVEY

  3. cintamu.. says:

    thanks sayang..tapi blog syg lahi hebat tau..

  4. zik says:

    banyak tempahan tuh bro… aku nak godek memang tak pandai.. gunakan apa yang ada jerla..huhu… semua artwork bro memang terbaik…

  5. aim says:

    cuba wat kerja rajin sikit..haha

  6. Dayat says:

    tumpang bangga aku ade kawan hebat cam ko ^^
    kalo ikotkan aku nak gak isi borang wat tempahan kat ko..huhu~
    tp xpe..biorlah org kate blog aku x gempak ke ape ke.. janji belajar wat sendiri..
    learning makes perfect tol x ? slow pun slow la..huhu~

    • efyery84 says:

      Dayat: Pembelajaran perlukan masa. Aku dulu pun belajar sendiri je. Background blog sbagai sokongan je yang penting sekali isi kandungan blog itu menarik ataupun tidak. Itu yang utama. Blog ko ok pe. Walaupun aku tak suka pink tapi aku suka tgk warna pink. Hehehe. ^^

  7. aim says:

    la blog buah hati hang ker..huhu…kenal gak dia ni..tapi kenal blog jer lah..nice blog

    blog fakta:: http://kindofsoul.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s