Aktiviti Menganjing Yang Tidak Menjadi

Posted: February 7, 2011 in Umum

Aku baru je lepas kena nganjing dengan si Azim sebab Manchester United kalah dengan pasukan Wolverhampton sebanyak 2-1. Macam shit je aku rasakan. Tapi takpe, aku gagahkan diri untuk membalas salakan beliau dengan memasang niat ikhlas untuk melihat pasukan feveret beliau bermain hari ini. Yeeaah, dia suka Liverpool. Torres pun dah keluar dari Liverpool masuk Chelsea. Pastilah perlawanan kali ini umpama box office untuk disaksikan. Port persundalan kami pada malam itu adalah di Restoran Cuba Rasa. Ayuh klik Read more untuk melihat body anggun tukang masak didapur restoran berkenaan.

 

Tipu je, restoran mamak mengamalkan sistem gay sepenuhnya. Tukang masak dia semua lelaki berkulit sawo hitam matang. Line up kami pada malam itu adalah aku, Wak lias, Cikgu Din, Azim (mangsa),  Fendi, Faizal JFC dan Romario. Gila bapak ramai orang nak tengok Torres pakai baju biru menentang pasukan lama beliau. Rata-rata semua penyokong Liverpool malam tu. Adalah terselit 2-3 orang penyokong Chelsea. Aku je penyokong Chelsea murtad sebab niat nak menganjing si Azim. Dalam hatiku tetap berkata Glory Glory Manchester United.

Perlawanan babak pertama nampak menarik sikitlah. Aku pun dah naik mengantok tengok Torres main macam cilaker. Dari air Ali Cafe tongkat ali sampailah ke Nescafe O panas aku teguk. Tapi gol tak muncul-muncul jugak. Kami tak makan makanan berat-berat malam itu. Kami makan dedak je seperti kuaci dan kacang. Senang sikit nak rejam siapa yang lalu lalang depan projector.

Babak kedua si Iskandar datang. Apa punya lambatlah dia datang. Dia cakap dia bet RM500 untuk Chelsea menang. Gila judilah kau ni. Nasib baik aku mempunyai cahaya nur diwajah. Tapi apa punya siallah kau ni datang je terus Liverpool dapat gol. Tu laa, kau pergi main judi kenapa.  Bawak malang betullah kau ni. Tak pasal-pasal niat cilaker aku nak mengenakan si Azim terbantut pada malam itu. Aargh! Esok turun ke padang bermain bola pasti akan ditunjal dengan pelbagai tomahan dan kutukan. Mak lampir betullah~

 

**************************************************

Di kesempatan ini aku mengucapkan tahniah kepada Azim, Rozzi, Amir, Sarip, Wan ITP (Abe), Aben ITP dan semua penyokong tegar pasukan Liverpool dengan ucapan semoga esok masih ada untuk pasukan korang. Damn~ Pasukan Chelsea bermain macam Chelshit pada malam itu.

P/S: Berniat buruk pasti akan menemui kegagalan. Padan muka aku T_T

Comments
  1. Ryuki S Mode says:

    MU masih dipersada Liga!!

  2. Dalila Dayan says:

    dun worryla Abg…Man U ttap gah dipersada….ala…diorang bg pluang woves menang…..Team kiter ttp No.1!!!

  3. zik says:

    gilerlah rm500 tuh… torres macam takda ong jer main malam tadi…. hampeh betul..

  4. aim says:

    sabar2…haha..hidup liveerpoll

  5. Xkisah la abg janji Man U sentiasa di atas liga…ala,dea bg chnce jew kt wolves sbb taw arsenal akan klah ngn newcastle…hehehhe

  6. zik says:

    torres sila perform next games!!! kata2 seorang fans the blues team.. isk2..

Leave a reply to efyery84 Cancel reply