Aku, Persona Dan Bengkel

Posted: February 4, 2011 in Umum


Cuti semester kali ini tepat jatuhnya pada Tahun Baru Cina. Aku mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina walaupun aku tahu dah terlambat tapi aku pedulik hape. Kadang-kadang aku terasa pelik juga bila tengok orang Melayu punya eksited nak bercuti lagi terlebih dari orang Cina. Lantak korang laa janji 1 Malaysia. Cuma aku geram bila time nak hantar kereta pergi servis. Fuuuu, penuh sana sini bengkel sebelum perayaan. Al-maklumlah musim perayaan kenderaan bertayar harus diservis terlebih dahulu. Tu kan saranan kerajaan demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Tapi aku punya mood untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina kali ini ada kurang sikit. Kalau nak tahu kenapa klik Read more..

Selalu bila aku balik bercuti ke kampung (laa sangat), perkara pertama aku akan buat adalah tengok keadaan kereta aku. Siyez, aku akan belek-belek keadaan kereta aku tu. Yelah, aku pergi belajar 4-5 bulan baru dapat cuti. Takut juga kalau kereta mereput digigit anai-anai. Nak bawa sekali pergi belajar malas. Time belajar kita belajar. Aku cukup takut kalau nawaitu untuk belajar nanti terganggu bila ada kereta didepan mata.

Perkara klise yang kita buat bila tengok kereta adalah kita akan sentuh. Lepas tu kita ketuk-ketuk dengan tangan nak tahu kereta tu kukuh ke tak. Lepas tu kita sentuh secara lembut dengan jari nak merasa bertapa halusnya cat kereta tu.  Walaupun niat awalan cuma nak tengok je. Teeetaaaaaapiii!!!!!!!!!……….

 

Anak harun betul. Ni anak jin mana yang pergi gigit bumper belakang kereta aku ni. Habis calar balar bumper aku. Selepas dibuat penyiasatan secara terperinci rupanya mak aku. Dia reverse pergi langgar kereta orang. Sangat tragis episod kali ini. Aku sangat sedih okey (sambil duduk mencangkung melihat bumper tangan menggaru kepala).

Then aku bawa kereta tu pusing-pusing kawasan perumahan aku. Aku rasa pun enjin macam dah kasar semacam je. Tengok sticker servis rupanya dah masuk tarikh luput dah. Haa, hebatkan kereta aku siap ada tarikh luput lagi. Jadi sebagai seorang pemandu yang berhemah sayangkan keretanya aku perlu menyervis kereta aku. Tapi bengkel sana sini penuh sebab musim perayaan Cina dah dekat. Nasib baik abah aku beritahu member dia ada bengkel servis tapi jauh sikit laa dekat Masai sana.

Tapi memang class bengkel dia. Aku siapa dapat layanan 1st class lagi. Siap dia bagi air tin 100plus dengan buah limau mandarin lagi. Yang paling membanggakan bengkel ini kepunyaan anak Melayu.

 

Ni gambar tyme proses bedah siasat sedang dilakukan. Takde laa teruk sangat keadaan kereta aku ni. Aku buat servis biasa-biasa je. Tukar minya hitam, spark plug dan air filter je. Minyak hitam aku guna Petronas Mach 5. Barang lain aku lupa nak amik tahu sebab aku pergi merayau dekat pasaraya KipMart berhampiran bengkel tu. Balik dari merayau tengok kereta dah siap. Ambil bil terus mencarut kecil dalam bahasa jawa kuno. Melayang duit aku sebab tu cuti sem kali ini aku rasa macam kurang nak havoc sikit.

Ada satu gambar yang mencuit perasaan aku. Selalu aku tengok motor mini semua model jenis motor 500 cc je. Kesian pada jiwa-jiwa mat rempit diluar sana. Mereka juga inginkan motor berjiwa rempit yang bergaya santai. Haa, tak sangka aku tersangatlah suka melihat motor mini dekat bengkel ni. Siap ada roda tambahan lagi.

 

Scroll bawah sikit..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sikit lagi..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lagi sikit..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jeng jeng jeng…….


Motor ni tak payah guna minyak, tak payah bayar road tax, selamat sebab guna roda tambahan, tiada bunyi bising ekzos paip dan mesra alam sekitar. Ni laa motor mat rempit terbaik dalam sejarah permotoran pernah aku jumpa.  Hehe.

Comments
  1. amat says:

    wow….moto yg bawah tuu x boleh bla betol…mcm basikal aku mase umo 5 tahun jer….ekekekeek…btw nice entry om!!…-_-

  2. Bro yg part kete mmg sedih…sis pun pernah rase cm bro rase cuma agy tragis…Myvi SE sis total loss sbb accident adik sis drive…xmraung pastu..last2 jual kete tue…huhuhuhu

    part moto tue mmg smart giler..terbaek la mat rempit tue…heheheheh

  3. zik says:

    alah calar sikit jer tuh..hehe….

  4. nabilah_2908 says:

    alahai…faham perasaan kamu bila nmpk calar kt kereta tu….huhu…

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BIRTHDAY DD

  5. aim says:

    HAHA..PART BASIKAL TU PALING MANTAP..AGAK2 LEH KENA SAMAN TAK KALAU BAWA G JALAN RAYA

  6. byha says:

    Pergh! byha paham prasaan bro. byha pun pnah mngalami bnda yang sama. terlanggar bontot lori,tergarit kat bhagian besi blakang lori tuh. pergh! patah hati mngalahkan macam putus ngan BF. Sreeeeettttttt dia punya luka. nsib baik kancil je. tu 1st time, 2nd time tgh sedap pnye reverse, gedegang! langgar kereta honda accord baru mama. pergh! mama pnye kereta xde ape2. tapi kancil ku! kancilku bro!! haih~ kemek sikit kt blakang. huduh btol kancilku. =(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s