Perkara-perkara Yang Buat Aku Tak Selesa Menaiki Bus

Posted: February 2, 2011 in Umum

Bila tyme cuti semester aku kena balik Jaybee. Dari kolej nak ke terminal bus kena menaiki bus awam. Sampai terminal kena naik bus express pulak. Sampai Jaybee nanti naik bus awam lagi. Sampai rumah kena naik tangga (takde kena mengena). Fuh, pengembaraan balik ke kampung dengan menaiki bus memang mencabar. Rasa macam masuk rancangan The Amazing Race je. Walaupun aku dah biasa menaiki bus tapi ada certain perkara yang aku rasa tak selesa bila menggunakan perkhidmatan awam ini. Nak tahu kenapa? Haa, jom klik Read more untuk mengetahui sebab-sebab aku kurang selesa menaiki bus..

 

1) Kena Tunggu

Untuk menaiki bus kita kena mempunyai satu kesabaran menunggu yang sangat tinggi didalam diri. Kadang-kadang driver bus pergi sarapan diwaktu pagi. Jadi bersabarlah kalau bus tu lambat sampai. Sambil menunggu tu korang bolehlah main sodoku atau membaca novel yang ada. Kalau anda merupakan mat rempit tak payahlah nak menyamar jadi driver bus menyemak di bus stop untuk mencari cikaro. Kami tak bodoh dalam membezakan motor cup beroda dua dengan bus beroda enam.

 

2)  Pemandu Bertaraf Iblis

Bawak bus macam orag kena rasuk setan. Sekejap laju sekejap perlahan. Sekejap main brek lepas tu amik corner macam nak pergi lumba F1. Tonjol kereta dihadapan. Sedang asyik melihat panorama indah di tingkap bus kita dikejutkan dengan hon bus yang dah macam bunyi hon kapal kargo. Lepas tu pemandu tu mencarut-carut marahkan kenderaan dihadapan mereka.  Aku rasa macam nak bangun dari sit penumpang melangkah dengan penuh sopan kearah driver memberi sedas dua penampar siam kepada dia. Cilaker perangai.

 

3) Penumpang Yang Menghanginkan

Penumpang ni duduk depan. Member dia duduk selang sebaris dua dari dia. Lalu perbualan terjadi macam orang zaman batu. “Oi mat, kau malam tadi dah toceng belum” lalu member dibelakang menjawab “Waa, kelakarnya gurauan kau macam harun”. Cakap perlahan mana boleh kerana bunyi enjin bus dah macam bunyi enjin kapal terbang. Lalu jeritan-jeritan berkumandang disana sini. Pening kepala aku. Kan bagus kalau ada undang-undang dalam bus sama macam undang-undang dalam library. Sila jangan bising bila berada dalam bus. Alangkah indahnya…

 

4) Lagu Perkauman

Ini dipengaruhi oleh si pemandu. Kalau pemandu dia Melayu dia akan bukak radio Era dan Hot.fm. Kalau pemandu dia India dia akan hack radio bus tu untuk tembus siaran stesyen radio Madras. Kalau dia Cina dia buka lagu orang putih. Serius, aku belum pernah dengar pemandu bus cina buka lagu Aaron Kwok. Kalau buka lagu hindustan sumpah aku tak paham inikan pula lagu hindistan. Buka lagu Melayu sudah. Kau paham aku pun paham. Kata nak terapkan semangat 1Malaysia. Jadi pasanglah lagu mengambarkan Bahasa Kebangsaan.

 

4) Tak Boleh Leka

Kalau memandu kereta kita kena fokus. Tak boleh tertidur dan ringan-ringan bersama pasangan ketika sedang memandu. Nanti terbabas melanggar pembahagi jalan. Korang ingat naik pengangkutan awam boleh tidur suka hati ke. Terlepas bus stop tak ke naya nanti nak patah balik. Kalau naik bus express lagi bahaya. Bila tyme dia berhenti di port rehat tepi highway untuk aktiviti membuang urine korang kena alert. Nanti tengah sedap mengemut memotong najis sendiri, bus secara sopan pergi meninggalkan anda. Memang gelaplah masa depan.

 

5) Duduk Dengan Orang Tak Dikenali

Cuba bayangkan anda tengah sedap-sedap duduk dalam bus sambil membaca novel. Tetiba ada orang tak dikenali duduk disebelah anda. Bau badan dia dah macam haramjadah lepas tu tidur gaya minta penampar. Huh, boleh sesak jiwa dan raga aku korang tahu tak. Aku kecualikan perkara ini kalau yang duduk sebelah aku tu berstatus awek-awek. Hahaha.

 

6) Environment Dalaman

Korang duduk dalam bus. Lepas tu mata menjalar melihat contengan-contengan penulis bebas. Ada nombor talifonlah, ada tulisan mencarut-carutlah marahkan kekasih hati mereka. Tiket bus pula bersepah-sepah dekat sana sini. Kadang-kadang aku nak sentuh tingkap bus pun fikir 2-3 kali. Yelah, manalah tahu dorang ada menabung lembaga hasil dalam hidung mereka ditingkap. Kita pun main sedap je sandarkan kepala dekat cermin. Eeeeewwwww~

 

7) Bus Sakit

Dah tahu bus tiada aircond tak payah lah bawa. Kesian penumpang berpeluh-peluh dalam bus. Lepas tu bus jenis pasang spring kayu dekat tayar. Bila langgar lubang rasa macam nak melayang pergi ke bumbung bus. Then ada bunyi cit cit macam tikus. Bunyi absober pun dah minta untuk diganti. Serius aku risau bebeno kalau berada dalam bus keadaan macam syual. Sekarangkan macam-macam kes berlaku tu yang aku rasa risau semacam je tu.

 

*******************************************************

Itulah sedikit sebanyak perkara yang membuatkan aku kurang selesa menaiki bus. Walau bagaimanapun aku tak dapat menafikan pengangkutan bus ini amat penting. Yelah, tak semua orang mampu mempunyai pengangkutan mereka sendiri. Aku dalam tak selesa pun naik juga menatang ni. Gila apa nak naik teksi memanjang. Towkey balak pun bungkus kalau macam tu. ChooOW.

Comments
  1. the fact of life bro…jgn kate bro…sis pun agak xberkenan gak bila naek bus…cukupla dah terkena byk kali…nk pergi keje pg2,tp sempat plak tue berhenti tepi g sarapan…cm haram je ….heheheheh

  2. xingin..kalo ada lesen utk bw bas dah lama sis drive bus tue

  3. nabilah_2908 says:

    hrumm…masa study dulu….bus express mmg jadi kebiasaan la..

    bersesak2 kt pudu raya…itu perkara biasa….

    tiba2 teringt…naik rapid KL nk balik ke hostel..sekali pakcik tu buka klasik fm…aiyoo…dh la time tu tgh sesak org balik kerja..pening oo…lagu2 sebelum zmn p.ramlee tu diputarkannya…hehehe…

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    MENTARI MUNCUL LAGI

  4. zik says:

    naik bas nie macam2 ragam dia… itu belum lagi bayi menangis… tak boleh nak buat apa dah… apepun kena doa , harap tak berlaku apa2 kejadian yang tak di ingini.. …. huhu

  5. maezahmalik says:

    I tak suke naik bus, bile time tu org balik keje. then, tersebar la keharuman kewangian bau-bauan ke serata ruangan dalam bus yg dibawa oleh angin angin aircond sepoi sepoi bhasa. T.T

  6. miss tira says:

    haha^^macam2 ragam la bas ni sayang..terigat dulu time tira nek bas sum kat Kajang..kalu naik bas tu mcm nak terburai dah rangka bas..hahaha bau minyak jer..tpi perasaan naik bas tu memang best syg..walaupun kampung kiter dekat je..tapi biler naik bas..macam balik kampung tau^^

  7. aim says:

    dah lama tak naik bus..pening kepala kot..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s