Ruangan: Celoteh Bersama Brader Ben (Episod 1)

Posted: January 31, 2011 in Celoteh Brader Ben

Guwa kadang-kadang tak paham dengan pemikiran orang kita ni. Pernah sekali guwa port dekat warong mamak area rumah guwa. Sekali adalah satu grou-group pakcik ni port sebelah meja guwa. Dorang bersembang pasal hal politik. Macam-macam agenda politik dorang ketengahkan. Guwa tak payah nak curi dengar sebab dorang punya volume gebang sebijik macam speaker masjid. “Kalaulah aku jadi si polan”, tak habis-habis perkataan tu je dorang sebut. Padahal pakai baju security guard je pun. Guwa tak tahu laa dorang baru balik kerja ke atau pergi mengular. Order kopi secawan, 1 jam pun belum tentu habis. Sebab apa? Sebab dok sibuk mengkaji benda yang bukan kerja dorang. Guwa bukan niat nak mengkondem mana-mana pihak. Guwa cuma rasa kesian. Dari dok bersembang pasal benda macam ni lebih baik pergi buat kerja yang mendatangkan rezeki. Ada juga duit nak bagi anak bini makan. Dari dok bersembang kerja pun tak jalan nak buat apa. Lepas tu dok salahkan orang lain. Klik Read more untuk mendengar guwa membebel..

 

Masa guwa tengah syok-syok online FB ada massage masuk. Guwa cekidot laa apa bendakan. Manalah tahu ada Ah Long hantar petition. Sekali surat berantai daa. Ayat dia permulaan rupa macam ni “Ini adalah surat dari seorang penjaga makam Rasulullah. Pada suatu hari sedang hamba membaca al-Quran hamba tertidur. Dalam tidur hamba termimpi didatangi Rasulullah”. Dalam surat tu dia kata kalau forwardkan dekat orang ramai akan diberi anugerah. Adalah dia cerita orang tu dapat naik pangkatlah, jadi kayalah dan macam-macam lagi sebab hantar surat ni dekat orang lain.

Dulu masa guwa kecik-kecik pun dah memang femes surat macam ni. Tapi dulu kena photostat masukkan kat peti pos jiran-jiran. Yelah, dulu masa guwa kecik mana ada komputer. Dulu surat tu siap bagi warning lagi. Kalau tak hantar 7 copy akan ditimpa musibah. Aik, takkan dah berubah pulakan surat wasiat ni? Ni sebab dulu dah pernah kantoi sekali dengan mufti. Dorang cakap dalam berdakwah tiada paksaan. So, dorang ubahlah buang unsur ugutan tu. Tapi lu orang tak pernah terfikir ke? Kita umat akhir zaman selepas kewafatan Rasulullah pernah ke kita lihat muka baginda. Jadi macam mana dia boleh tahu yang dalam mimpi dia tu Rasulullah ea. Aku dah lama dok fikir dari zaman dulu lagi. Tu pun masih ada yang bangang dok ngepos surat berangkai ni. Grrrr..

 

Perniagaan MLM. Haaa, bab bisnes orang kita memang tak nak kalah. Semua kalau boleh tak nak kerja jadi kuli makan gaji. Dulu masa guwa kecik-kecik yang guwa kenal cuma salesman je. Sekarang dah naik taraf. Tak mainlah salesman-salesman ni. Semua dok pakai gelaran Pegawai Pemasaran. Cilaker, kalau kau pegawai pemasaran dok canang produk kau kehulu-kehilir makan komisyen sama je laa makna dengan salesman. Orang kita memang suka berniaga bagi orang lain kaya. Lepas tu dia sendiri yang malapetaka. Serius shit kau tengok berapa ramai orang komplen pasal MLM menipu. Guwa lebih senang tengok orang kita berniaga goreng pisang tepi jalan. Ada laa nampak dia punya syarikat tu walaupun hanya sebuah gerai goreng pisang je.

Ni baru-baru ni dok kecoh guwa dengar pasal duit kertas singgit Malaysia ada unsur Illuminati. Persoalannya apa kita nak buat dengan duit kertas tu? Habis dorang bersembang marahkan si pereka duit tu. Lepas tu kecoh pasal Petronas Twin Tower. Jambatan penghubung ada unsur Freemason. Kreativiti pemikiran orang kita memang best of the best. Persoalannya apa kita nak buat dengan jambatan tu? Dengar kata kalau robohkan kestabilan twin tower akan terjejas. Lu orang pahamkan maksud guwa. Tak pasal-pasal jadi kejadian 9/11 pulak menara roboh.

Pemikiran guwa simple. Segitiga tak lebih pada guwa cuma bentuk geometrik sahaja. Dulu masa guwa belajar dekat sekolah ada alat set geometric. Peralatan yang nak lukis bentuk bulat tu sebijk macam bentuk Freemason. Pada guwa nak memudahkan kerja je tak lebih dari itu. Kalau lu orang nak sangat bebas dari benda tu lu orang cipta laa set geometrik rekaan sendiri. Mesti cantik lukisan korang macam harun.

Lepas tu dok canang video dokumentasi pasal The Arrival. Guwa pernah tengok video tu. Guwa rasa sedikit was-was pulak. Yang bagi penerangan tu orang Islam ke orang kapir. Pakai kot lepas tu start berucap bagi salam pun tak. Kalau majlis ilmu cara Islam siap ada doa pembukaan lagi. Macam time guwa sekolah dulu subjek pendidikan Islam. Sebelum start belajar ada doa pembukaan dan tyme habis belajar pun siap ada doa penutup. Guwa tak tahulah yang berucap  dalam video tu ikut fahaman kitab Bible kan. Sebab dalam kitab Bible dia kata 666 tu nama setan. Pada guwa tu cuma nombor je. Dalam versi cina pula nombor 4 tu mati kalau Thailand 3 tu malapetaka.

Pada guwa Islam tak sama dengan agama dorang. Kita nak ikut sape sekarang ni. Nak ikut fahaman dorang atau ikut fahaman Islam. Kalau ada keraguan rujuk dekat al-Quran dan al-Sunnah bukan rujuk dekat video The Arrival. Guwa terfikir something. Pada gua dorang canang-canangkan benda ni supaya kita jauh dari al-Quran dan al-Sunnah. Yelah, kalau nak tahu pasal Illuminati dengan Freemason je kena tengok video tu. Dorang sengaja gebangkan segitiga tu supaya kita dok pikir pasal benda tu siang malam. Hidup dalam keandaan was-was.

 

Nak pakai spender pun jadi takut sebab bentuk segitiga. Jadi lu orang beli je boxer banyak-banyak baik lelaki ke pompuan. Senang sikit adik nak bernafas. Time raya jangan makan ketupat palas sebab bentuk segitiga. Nasi lemak yang bungkus dengan daun kelapa pun bentuk segitiga jangan makan. Lama-lama macam ni boleh terlungkup hidup masing-masing. Selagi kita hidup berpandukan al-Quran dan al-Sunnah tiada apa yang dapat memisahkan kita dengan Allah s.w.t .. Sekadar bentuk segitiga pun nak kecoh pedehal. Ada guwa kisah. Guwa nak pergi kedai beli roti sebab guwa lapar. Guwa guna duit kertas singgit ni. Lu orang rasa halal ke roti yang guwa makan tu?

 

Sedikit coretan dari,

Brader Ben untuk blog CERITA AKU DAN SESUATU

 

Comments
  1. nabilah_2908 says:

    Allah kurniakan akal fikiran….kena pandai gunakan…

    kalau dah terlalu taksub sngt dengan sesuatu…mcm ni la gaya nya..itu tak boleh ini tak boleh…bnda yg kecil pun..boleh diperbesarkan…

    pokok pangkal hati kita..kepercayaan kita….

  2. bro..kita dah discuss psl isu nie last 2 nites…..smapi bila pun isu nie xkan bis sbb pemikiran manusia kita dah tersempit dgn apa yg terhidang depan mereka….

  3. zik says:

    yang bab surat berantai …sekarang nie sms pun ada …hadoila…

  4. aim says:

    lama tak update entri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s