Mari Berkenalan Dengan Sukucik

Posted: January 30, 2011 in Umum

Wow, kami ada ahli keluarga baru. Mungkin sudah bosan agaknya dengan Mark yang semakin sombong. Jadi aku mengambil anak angkat yang baru. Jangan jeles ye Mark. Alaa, lagipun kau dah besar dan hanya tahu menggigit tangan aku sahaja. Jadi apa salahnya ada kucing baru di dalam rumah. Ada juga aktiviti untuk aku bermanja-manja. Lagipun nanti kau tidaklah keseorangan dan ada teman untuk bercakap. Ye, Mark masih tidak dapat menerima hakikat bahawa ada kucing baru di dalam rumah ini. Lebih-lebih lagi kucing baru ni jantan. Mungkin dia merasa kucing baru ni lagi hensem dari dia. Jadi dia memangkah kucing baru ini untuk dijadikan seteru utama merebut kucing betina diluar sana. Mari aku perkenalkan dengan kucing baru ini. Aku tak pasti kucing ini dari baka apa. Nama dia Sukucik. Jom berkenalan dengan Sukucik. Klik Read more untuk melihat gambar-gambar yang menghairahkan..

 

Ni time dia dah nak berangkat pergi The Heaven Of Cats (tidur). Kemain selesa dia dapat blanket tu. Dulu Mark pun suka blanket tu tapi sekarang umpama “kacang lupakan kulit”. Cis! Sekarang Sukucik ambil alih blanket ni. Hahaha, padan muka kau Mark.

 

Haa, tu dia dah tidur. Kemain syok sekali dia tidur. Agak-agak apalah mimpi Sukucik tu ye. Tahukah anda baby kucing tidur hampir 18 jam setiap hari (kalau tiada gangguan).  Tapi aku rasa Sukucik tidak mungkin dapat menikmati 18 jam itu. Ini kerana rumah aku sentiasa riuh rendah dengan suara pengganas Sudden Attack. Nasib kau laa Sukucik.

 

Dalam banyak-banyak gambar yang ini paling best sekali. Korang tengok gaya dia tidur tu. Macam bayi manusia je kan. Alolololo, cumelnya dia. Rasa macam nak cium-cium je. Kalau korang agak tak tahan pegang je screen komputer korang tu. Mana tahu dapat rasa bertapa gebunya bulu dia. Huhuhu.

 

*******************************************************

Haaa, itu laa dia Sukucik. Ahli keluarga kami yang baru. Nanti kalau ada masa aku update dia punya progress tumbesaran. Aku harap Sukucik ni tak jadi macam Mark yang garang macam harimau tu. Hey Sukucik cepatlah besar. Nanti bolehlah kita main Playstation bersama-sama. ChooOW..

P/S: Dalam banyak-banyak gambar ni mana satu korang paling suka?

Comments
  1. Ryuki S Mode says:

    bro aku suke picture Sukuchi yg 1st.. agak gedik picture tu.. hahahaha

  2. AfiqRxE7 says:

    haish bila letak Mark ngan Sukucik dlam blik sama2 Mark ni bising je, Sukucik pula nk pergi dekat Mark je… Mark jeles, Sukucik pula sayang abang dia :D
    Aku pun suka gambar nombor 3 :)

  3. zik says:

    comel lah pulak.. kucing tuh… baik2 nie.. silap haribulan terpijak… sebab tak perasan… huhu

  4. nabilah_2908 says:

    ala…ala…comelnya…suka yg last sekali… :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s