Mari Mengenal Jenis-jenis Blogger

Posted: January 28, 2011 in Umum


Yeaaaaah, aku memang seorang stalkers yang berjaya. Banyak masa aku dihabiskan dengan membaca. Nak beli novel malas sebab mahal. Cara yang mudah dan murah adalah dengan membaca blog orang lain. Well, membaca blog ni sebenarnya suatu aktiviti yang menyeronokkan tau. Tapi ada certain blog yang aku kurang berkenan nak baca. Tapi aku baca juga sebab aku kan mesra alam. Tapi serius kalau blog tu memang bertaraf iblis aku cari je blog lain. Sambil aku membaca aku dapat klasifikasikan blogger kepada beberapa jenis. Klik Read more untuk mengetahui jenis-jenis blogger.

 

1) Blogger Tegar

Kerja dia hari-hari memang mengupdate blog. Setiap hari ada je cerita baru dia nak update. Dia makan nasi goreng terus buka laptop tulis dekat blog. Dia masuk toilet mengemut memotong najis mutawasitoh pun dia tulis dekat blog. Kadang-kadang 1 hari sampai 3 kali dia update blog dia walaupun yang dia tulis tu cuma sebaris dua ayat je. Kalau macam tu lebih baik guna laman Twitter je. Serius kau ni rajin tahap Dewata Raya. Aku puji ni tau bukan kutuk. Sumpah aku tak kutuk.

 

2) Blogger Pemalas

Okey, yang ni aku kutuk. Orang buat blog dia pun nak buat blog. Maybe sebab nak mengikuti aliran semasa. Kalau kawan-kawan tanya “Eh, kau ada blog tak”, kalau jawab tiada nanti dipandang sinis pulakan. Jadi dia buat-buat ada dari tiada langsung. Aku jalan-jalan laa kan semalam tengok blog orang. Aku jumpa satu blog ni. Cantik blog tu tapi baru ada follower 8 orang je. Aku sebelum nak follow blog seseorang aku akan baca terlebih dahulu isi kandungan blog tu. Cerita yang dia tulis agak menarik . Lepas tu aku tengok date post dia. What the what! 24th January 2010 punya cerita. Lepas tu ada satu je cerita dalam blog tu. Tu pun cerita yang aku baca tadi baru aku perasan. Apa punya pemalas laa kau ni!

 

3) Blogger Kreatif

Yeaah, aku sangat suka kalau jumpa blog dimana blogger dia seorang yang kreatif. Dia ada identiti tersendiri. Tadi aku baca blog Kind Of Soul. Ada cerita pasal “5 Tempat Melahirkan Bayi Paling Aneh Dan Terkenal Di Dunia”. Yang ni baru best. Ada juga blog-blog lain yang aku baca mempunyai identiti tersendiri. Aku suka blogger yang pandai mereka cerita-cerita santai. Tak kisahlah dia nak tulis pasal kehidupan dia ke atau orang lain janji dia pandai susun ayat aku tak teragak-agak akan menstalkers dia siang dan malam. Yeeaaah, siapa rasa itu blog dia angkat tangan.

 

4) Blogger Serius

Yang ini bukan aku tujukan pada blog Obefiend Weiland. Tapi aku suka blog kau serius memang best tahap syaiton! Hell yeaaah. Blogger serius ni dia kalau dah menulis peerrgh memang boleh buat otak kita meraung. Aku bacalah satu blog ni. Blog dia lebih pada politik. Dah nama pun politik, kutuk mengutuk parti lain memang dah jadi lauk pauk dalam blog ni. Ayat memang sastera nak mampos. Walaupun aku tak berapa nak suka baca blog-blog macam ini tapi aku nak ucapkan terima kasih. Sebab apa? Sebab, blog-blog macam ni memang aku perlukan disaat aku nak mencari informasi untuk membuat assignment. Hahaha.

 

5) Blogger Fanatik

Kalau dia suka Big Bang dia akan tulis cerita-cerita pasal kumpulan terbabit. Kalau boleh impian ingin meronggeng bersama artis kegemaran mereka pun mereka nak tulis. Tak dapat tulis tempek gambar artis kegemaran dia banyak-banyak pun takpe. Lepas tu pasang lagu astis tu dekat blog. Layout blog pun guna gambar artis berkenaan. Serius aku fed up dengan blog macam ni. Baru-baru ni pula aku berkenalan dengan seorang blogger tapi dia guna platform Tumbrl. Dia suka Justin Bieber sampai dia boleh letak gambar artis tu tidur lepas tu lukis orang lidi sebelah dia dan letak caption “Me”. Oh dayum……

 

6) Blogger Cacat

Kalau tulis AKU dia potong jadi AQ. Kalau tulis SAYA dia potong jadi SY.  Serius otak aku sakit untuk memproses perkataan yang dia tulis. Kalau sikit-sikit tak mengapalah juga ini tak, semua perkataan habis dia potong. Aaargh, apa cikgu sekolah Bahasa Melayu kau dulu ajar macam tu ke kat sekolah. Wat de hel. See, aku pun dah terikut-ikut sindrom cacat kau menulis. Kadang-kadang tulisan dia tulis kejap besar kejap kecil. Kejap kaler-kaler dia bubuh kat ayat tu. Aduh, sesak jiwa dan raga aku membaca. Meraung anak mata aku minta di Eye-Mo tiap-tiap malam.

 

7) Blogger Minta Duit

Blogger ni boleh diklasifikasikan sebagai seorang usahawan berjaya atau tak berapa nak menjadi keberjayaan dia. Blog dia tak banyak yang dia update cuma nak memperkenalkan produk perniagaan MLM dia je. Ada laa 2-3 entri je dalam tu. Dia memang seorang yang kurang rajin update tapi rajin gila barbie mempromosikan URL blog dia dekat orang ramai. Kalau yang berjaya pula dia banyak letak gambar testimoni dekat dalam tu. Lepas tu puji produk dia bagus. Blogger ni aku harap korang berhati-hatilah ye. Tak semua perniaga tu jujur zaman sekarang ni.

 

8) Blogger Rendah Diri

Blogger ni dia tak bagi orang follow blog dia. Dia pun tak bagi orang komen blog dia. Sampai sekarang aku masih merasa unik gila dengan blogger macam ni. Macam si Erryn kawan aku dia tak bagi orang komen tapi dia bagi orang follow je. Tapi aku tak kisah aku tetap nak letak dia dalam kategori ni sebab dia rendah. Hahahaha, statement kejam.

 

*************************************************

Aku memang rajin membaca blog orang. Kadang-kadang ada member aku cakap dia tiada blog tapi jangan bohong aar. Lama-lama aku tahu juga. Kalau ada blog tapi tak mahu orang lain baca tulis je cerita kau dalam diari dan simpan bawah bantal. Nak lagi selamat beli diari yang ada mangga tu. Ada macam-macam jenis lagi tapi malas aku nak letak. Walaubagaimana pun aku still suka membaca blog orang. Keep it up dude. Untuk semua blogger aku ucapkan selamat menulis dan kurangkan mencarut dalam penulisan anda. ChooOW..

Comments
  1. mesti punye blog pemalas…hehehehe ^_^

  2. so,sis punye blog kategori mane??gtaw skit??

  3. aim says:

    wuaaa..panjang giler entry…. aku punya fakta nak tulis pun amibik masa yang lama…sampai berpinar-pinar sebab nak kena translate dari bahasa ong putih tu dulu…per pun thanks sebab bagi kredit…chaiyok2.

    • efyery84 says:

      Aim: Alaaa, lain kali ko google translate je. Lepas tu konferm muntah darah baca apa yang pakcik Google translatekan tu. Hahahaha. Tapi blog kamu mmg feveret untuk diskodeng ^^

  4. nabilah_2908 says:

    hrumm…ada betul nya juga…

    sy ni…dlm kategori mana eh…nk kata Tegar…tidak la juga…sehari 1 n3 je…x larat nak cari n3 lain… ;)

    dok tgh2 la…blogger 1/2 Tegar…boleh..? (^_^)

  5. Nelly nombor 1 dan 3 kot ..ok perasan banyak ..hahaha ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s