Kisah Seorang Yang Bercita-cita

Posted: January 27, 2011 in Umum

Semasa bersekolah dulu cikgu ada bertanya pasal cita-cita aku nak jadi apa bila besar nanti. Dia ada bagi satu dokumen suruh aku isi tentang cita-cita aku. Tak silap aku dia nak 3 jenis. Aku masa tu isi doktor, cikgu dan askar. Yang bestnya tiap-tiap tahun dia kasi suruh isi. Natijahnya tiap-tiap tahun itulah cita-cita tu sering berubah-ubah. Tak boleh ke isi sekali je lepas tu tak payah isi lagi? Persoalan ini sering bermain didalam kepala hotak aku pada masa tu. Nak tanya cikgu takut pula. Aku pernah tulis nak jadi penyanyi tahu tak dekat cita-cita aku walaupun aku tahu suara aku setaraf itik serati. Aku delete cita-cita jadi doktor dan tukar kepada cita-cita jadi penyanyi sebab aku tersedar yang aku ada fobia takut pada darah. Wat de hell. Satu hari aku terbaca satu cerita (aku dah lupa tajuk dia). Ouh baru aku tahu kenapa dia suruh isi cita-cita pada setiap tahun. Korang nak tahu tak kenapa? Klik Read more ye..

 

Pada zaman dahulu ada seorang cikgu yang bertanya kepada anak muridnya. Kesemua anak muridnya adalah pelajar yang berintelektual tinggi dan dari golongan orang-orang bangsawan (kaya). Dalam kesemua anak murid dia ni cuma ada satu je pelajar yang tak berapa nak kaya. Okeyh, aku namakan watak dia sebagai Ery. Cough*

“Apakah cita-cita kamu bila dewasa kelak?”, tanya si cikgu kepada anak muridnya. Ada yang jawab nak jadi doktor, lawyer, gabenor dan tak kurang juga ada yang mahu menjadi Anuar Zain. Si Ery ni diam je bila ditanya oleh cikgu dia pasal cita-cita dia nak jadi apa bila besar nanti. Selepas lama dia berfikir akhirnya dia menjawab “Saya mahu menjadi seorang penulis Cikgu”.

 

Satu kelas ketawakan dia tapi si cikgu cuma senyap je. Cikgu dia cakap “Kalau kamu jadi penulis alamat kebulur mati tak makanlah kamu bila besar nanti”. Si Ery ni terdiam seketika. Yelah, kawan-kawan dia semua bercita-cita tinggi. Dia cuma penulis je. Dia pandang cikgu dia dan dia jawab kembali “Saya mahu menjadi seorang penulis Cikgu”. Kali ini muka si Ery lebih konfiden dalam menyampaikan hasrat beliau. Cikgunya hanya menggeleng-gelengkan kepala lantas berlalu pergi.

Saban hari Ery rasa sangat sedih. Yelah, macam tak best je kan cita-cita dia tu. Dia buka satu kertas dan dia tulis kesemua pekerjaan yang ada dimuka bumi ini. Habis satu kertas then dia tulis satu kertas lagi. Sampailah jadi setebal buku yang mana didalamnya semua terkandung senarai perkerjaan yang ada dimuka bumi ini. Lepas tu dia simpan.

 

Selepas 1 tahun cikgu dia bertanya kembali kepada anak muridnya soalan yang sama. Kali ini cita-cita anak muridnya berubah-ubah. Yang mana mahu jadi doktor tukar jadi professor, yang nak jadi lawyer tukar jadi hakim, yang mana nak jadi gabenor tukar jadi perdana menteri dan yang mana nak jadi Anuar Zain tukar jadi Maher Zain. Alasan mereka adalah professor lagi bagus dari doktor, tuan hakim lagi power dari lawyer, perdana menteri lagi hebat dari gabenor dan Maher Zain lagi ramai peminat dari Anuar Zain.

Then cikgu ni pandang kepada anak murid dia si Ery ni. Baru nak bertanya si Ery ni bagi buku senarai perkerjaan dalam dunia ni yang dia tulis setahun yang lepas. Macam nak gila cikgu cikgu tu membaca.  Selepas 3 hari dia bertanya kembali kepada si Ery “Dalam banyak-banyak senarai ni mana satu cita-cita kamu?”. Si Ery dengan spontan menjawab “Saya mahu jadi seorang penulis cikgu”. What the what!! Cikgu ni cakap kenapa dalam buku ni dia tak tulis perkerjaan sebagai penulis?

Pelikkan perangai. Tapi si Ery ni tenang je menjawab. “Saya dah pun menulis perkerjaan orang lain melalui cita-cita saya mahu menjadi seorang penulis. Saya pun sengaja memberi cikgu buku itu supaya cikgu membacanya dan sengaja tidak menulis tentang pekerjaan penulis dalam buku itu supaya saya dapat mengetahui sama ada cikgu membacanya dengan tekun ataupun tidak. Cikgu memang seorang guru yang hebat dapat mengenal pasti apa yang saya tulis dan apa yang saya tidak tulis”.

Terkesima cikgu itu mendengarnya. Kali ini dia tersenyum dan berbisik ditelinga si Ery. Dia berkata “Cikgu sengaja bertanya soalan ini kepada para murid cikgu agar cikgu dapat tahu siapa yang benar-benar mengejar impian mereka. Bukan sekuat cita-cita itu yang menjadi persoalan tetapi minat kepada cita-cita tersebut menjadi keutamaan. Kalau kamu minat menulis dan kamu kekal dengan cita-cita kamu cikgu yakin kamu akan menjadi seorang penulis yang berjaya. Mengejar cita-cita kerana duit tak sama dalam mengejar cita-cita kerana minat”.

Selepas itu cikgu tu kembali menyambung pembelajaran kelas. Si Ery dan cikgu itu tersenyum puas. Si Ery dapat mengetahui kebijaksanaan cikgunya dan si cikgu dapat mengetahui kehebatan cita-cita si Ery.

 

***************************************************

Haaaa, amacam. Best tak cerita poyo aku ni. Apa yang aku nak cakapkan disini adalah seburuk manapun cita-cita korang kalau korang minat gila barbie dengan cita-cita tu pedulikan apa orang lain nak kata. Perkara yang dilakukan dengan minat pasti akan membuahkan hasil yang sangat baik. Kerana minat itu akan melahirkan satu sifat ikhlas dalam diri.

 

Ada orang nak jadi Perdana Menteri sebab ada kuasa tu je. Nak semua orang dengar cakap dia je cakap orang dia tolak tepi. Ada orang jadi businessman tapi still dia rasa tak puas dengan kejayaan dan kekayaan dia sebab itu bukanlah cita-cita sebenar dari hati mereka. Cita-cita sebenar aku nak jadi tukang masak. Hahahaha. Macam tak relevan je belajar IT tapi nak jadi tukang masak. Ada aku kisah korang nak cakap apa janji aku suka memasak. Apa cita-cita korang sebenarnya ye? Adakah itu benar cita-cita korang atas dasar betul-betul minat? Korang tentukan. ChooOW

Comments
  1. btul tue….seburuk2 cita2 kita pun sebenarnya itulah yg menunjukan keyakinan kita…sebab cita2 ini la yg menentukan arah tuju kita…tanpa cita2,cmner kita nk tentukan arah hidup kita….setiap perjalanan yg kita tempuh,mesti ada cita2 dan harapan supaya kita jd lebih yakin…….^_^

  2. nabilah_2908 says:

    sy pun sama mcm budak2 dlm cerita ni…setiap tahun bertukar….smpaikn sy sndiri tk tahu apa yg sy inginkan sebenarnya….

    tp..cita2 tampa usaha….tkkn kemana2.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    SAKIT GIGI

  3. Abdul Munzir says:

    kalau nak kata minat, susah…kalau nak kata suka pun susah…sebabnya adalah saya suka semua benda dan cita2 saya ni adalah belajar kesemua ilmu yang terdapat di dunia ini XDDD

    berdasarkan cerita di atas, ianya adalah terang bahawa cikgu tersebut pandai dalam mencari pelajar yang betul2 minat dengan cita2 mereka…tetapi ianya juga bukan pelik untuk bekerja dengan pekerjaan yang tidak terduga…kerana akhirnya kebanyakan orang menjadi begitu

  4. byha says:

    hehe..dulu byha bercita-cita nak jd professor larh,saintis larh,pensyarah larh tapi sejak dah besar niyh,minat cenderung pulak pada business (pengurusan harta tanah).mula2 x sedar igt nak amek business admin je. tp sejak kakak sepupu tanya ttg course apa yang byha nak amek mse dkat U nanti,sjak tu lah byha mula dpt ilham utk buat diploma dlm pengurusan harta tanah dekat uitm atau UTM. Bila byha cuba nyatakan pada ayah,mama,diorg terdiam. tapi bila byha cube nyatakan pada ahli keluarga, ada yang cm x sokong tp, do i care?? i really wanna be what i want to be. dah tau byha minat business lagi nak suroh amek civil engineering. Sh**! x phm bhsa. kali ni byha nekad dgn keputusan byha dan takkan benarkan org lain patahkan semangat byha. pada byha,potensi dlm bidang ni sgt tinggi cuma yang x berusaha dalam bidang ni shj akan jatuh berdebuk cm buah nangka! so,the moral is.. be what u want to be in ur life!!!

  5. shiraz says:

    aku impressed la beb dgn gaya penulisan bro.. ni mesti byk baca majalah ujang kan. neway saya nk offer hang ni. nk tak tulis dialog utk pementasan drama aku. aku akan bayar. hang pn cita2 nak jd penulis kan. so kena la pada tempatnye. ye dak! apecam? kalau berminat prvt email la aku..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s