Perasaan Aku Setiap Semester

Posted: January 26, 2011 in Umum

Selesai sudah pengajian aku untuk semester kali ini. Yes, you heard me. Semester ini, semester depan ada lagi. Yang pasti semua akan berulang-ulang macam putaran roda. Pergi kelas, buat assignment, ambil kuiz, ambil test, midterm, cuti then ulang balik sampailah aku disahkan menghidapi sindrom ketumpatan IQ yang tinggi. Aku penat nak menaip sebenarnya sebab tadi jawab paper esei. Gila, letih tangan aku mengarang jawapan “macam betul je”. Tadi final exam untuk subjek Pengajian Islam. Semester ni aku cuma ambil subjek tu je. Ada soalan objektif, soalan subjektif dan soalan esei. Ah, penatlah nak menaip tapi terpaksa menaip juga. Ni semua soalan esei laa punya pasal jari jemariku macam kena penyakit Parkinson je ni. Klik Read more untuk mengetahui perasaan aku…

 

Awal-awal sem memang bersemangat. Tapi selalunya semangat bertukar menjadi hangat-hangat taik Azam sahaja. Hari-hari datang ke kelas tapi still perangai macam syaiton lagi. Mana tidaknya, waktu malam banyak masa aku dihabiskan untuk membunuh musuh didalam permainan First Single Shooter online iaitu Sudden Attack. Lepas tu pergi ke kelas dalam kondisi yang mengantok. Please jangan tiru perangai lahanat aku ini. Lagipun aku ada insomnia tak boleh tidur malam. That’s why aku main benda tu. Kurang sikit annoying mendengar member di bilik sebelah berdengkur. Tapi sekurang-kurangnya aku datang ke kelas setiap hari. Satu achievement yang terbaik dari aku untuk sem kali ini (sem lepas malas nak citer).

 

Aktiviti yang boleh dilakukan diwaktu malam selain daripada bermain Sudden Attack dan bermesra menggauili isteri tercinta adalah membuat assignment. Aku dapat assigmnet group. Okey aku mengaku aku tak suka this kind of assignment. Aku lebih suka buat assignment seorang diri dari melakukannya secara berjemaah. Kena pergi library bersama, kena buat meeting group, kena buat research sama-sama, makan sama-sama, tidur sama-sama, mandi sama-sama. Okey, part yang last tu aku tipu je.

 

Bila berjaya menyiapkan assigment pada waktu yang ditetapkan perasaan ini sukar untuk digambarkan. Rasa macam baru lepas buang air kecil je. Lepas tu kacau member yang tak siap assignment lagi. Then muncullah ayat-ayat iblis macam ni “Apa barang buat assignment jom laa main Sudden Attack”. Shit, aku perlu insaf ni. Korang rasa tertekan tak kalau sedang sibuk  buat assignment tetiba kena bahan macam ni? Aku memang kejam! Hahaha…

 

Tapi kedamaian yang dikecapi tidaklah berpanjangan. Korang ingat siap assignment dah boleh bungkus kain baju pergi bercuti ke Phuket , Thailand ke? Aku kena menghadapi kuiz, test, midterm. Itu penting kot sebab itu menyumbang kepada markah tambahan bagi mengekalkan pointer aku atas ehem ehem. Tapi serius semua tu buat aku rasa tak aman je. Ada je benda nak hafal supaya tidak melakukan aksi terlarang semasa menjawab paper nanti. You know what I mean about “Aksi Terlarang” tu.. Hmmm.

 

Lepas dah habis kesemua ujian tu kena melalui Final Exam. Yeaaah, semua student kecut perut dan kecut testis bila nak mengharungi perkara ini. Yang aku tahu tiada masalah melalui perkara ini cuma Munzir je sebab dia memang hebat. Aku kagum okey. Tapi kalau pada aku memang menimbulkan 1001 perasaan yang menyakitkan psychology aku. Kadang-kadang boleh buat aku sampai demam korang tahu tak. Sigh~

 

Perkara ni memang ramai student buat. Study last minute. Aku mengaku bahawa aku pun tak terlepas dari perkara macam ini. Waktu inilah baru ciri-ciri perwatakan seorang student mithali dapat diperlihatkan. Atas tilam dan meja penuh dengan buku-buku ilmiah. Padahal esok dah nak exam ni malam ni baru sibuk nak membaca dan menghafal.  Lepas tu mula terbit keinsafan dalam diri “Kalaulah aku belajar betul-betul masa tu kan bagus”. Sehinggakan 5 minit lagi sebelum nak masuk dewan peperiksaan pun still mulut berkumat kamit duduk atas tangga menghafal segala apa yang diperlukan. Last-last buka paper nak jawab tup tap semua benda yang dihafal tu hilang dalam ingatan. Oh shit!! Kertas jawapan dah jadi macam lapang sasar aktiviti latihan tembak menembak. Segala jawapan khurafat semua ditulis bagi memenuhi ruang jawapan yang diberikan. Janji nampak penuh. Ngek~

 

Orang kata kalau tak ambil Final Exam tak boleh bercuti. Dia kira sama macam pepatah “Siapa tak puasa tak boleh beraya”. Setelah penat lelah usaha bertungkus lumus bermain Sudden Attack belajar siang malam akhirnya dapat juga bercuti. Berehat bersama keluarga tersayang. Bab ni student paling suka sangat. Ada yang habis je exam terus balik tak reti nak menyabo. Balik kampung nak cepat, balik kolej tahu pula liat sampai ada yang mengaku lupa ingatan. Macam cilaker perangai sekor-sekor.

 

Dah habis cuti kenalah balik semula ke kolej. Aku tahu lecturer-lecturer memang sentiasa merindui untuk memberi tekanan kepada aku. Saat-saat cuti nak berakhir tu mula terbayang result final exam sem lepas. Apalah result yang bakal diterima. Adakah resultnya memuaskan atau mendapat result yang berstatus haram jadah. Serius, aku memang selalu terfikir macam tu sampai tyme cuti pun aku rasa tak senang duduk. Yelah, orang kata jangan over confident sangat. Lagipun aku bukanlah dalam kategori pelajar yang rajin. Aku cuma kurang rajin sikit je sebab tu aku takut nak menghadapi saat melihat result exam. Nak tahu result kena balik kolej tengok sendiri. Yeaaah, satu sistem yang sangat best!!

 

Lepas tu kena melalui saat-saat pendaftaran semester yang baru atau gelaran lainnya adalah register sem. Waktu inilah untuk melihat keputusan sendiri dan menstalker keputusan para sahabat yang lain. Selalunya keputusan aku memang diluar jangkaan sehinggakan aku sendiri kadang-kadang rasa tak percaya. Lepas tu kena telefon parent inform pasal keputusan yang tak seberapa. Huuu, saat nak dail nombor telefon abah tu rasa memang gementar takut ada aktiviti al-Kuliyah dalam telifon. Sadis betul..

 

Lepas dapat keputusan tak kira baik atau buruk pasti mahu pasang semangat baru. Yelah, cahaya nur keinsafan mula menyelubungi diri. Aku mahu menjadi lebih baik dari ini. Aku mahu naikkan dan perbaiki pointer aku. Yeaah, that’s right. Kalau Malaysia Boleh sudah tentu aku pun boleh belah. Aku nak study rajin-rajin supaya jadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Chaiyook!!!

 

***************************************************

Cerita selanjutnya korang baca dari awal balik. See, perkara yang sama diulang-ulang sampai naik lebamkan. Adakah perkara yang sama ini berlaku dalam hidup korang yang bergelar seorang student? Kadang-kadang serius aku naik bosan melalui perkara yang sama sebegini. Tapi apa boleh buat, student learn to become a man. Jangan malas-malas macam aku okey. Salam sayang dari aku untuk semua. ChooOW!!

P/S: Terima kasih kepada Encik Kacang kerana sudi menginterfrem dalam blog aku yang tak seberapa ini.

Comments
  1. Abdul Munzir says:

    secara keseluruhannya apa yang diutarkan oleh Bro adalah benar, saban hari saban semester, kita student akan melalui perkara2 yang sama…itulah sebabnya mengapa ramai student naik gila dan buat perkara2 yang tidak dapat dijangkakan (kadang-kala melucukan, kadang-kala menyedihkan)

    itulah bagusnya jika kita sebagai student ketahui perkara2 yang dapat bantu kita lari daripada aliran roda ini…kepada saya adalah anime, kepada yang lain bersukan atau bergaming dll….asalkan ianya dapat membantu kita lupakan segala perkara yang kita tengah hadapi, yang penting ianya adalah satu aktiviti yang dapat membenarkan kita rehat secukupnya

    hmmm….comment ni dah jadi satu artikel pulak dah ni….takpe la XDDDD

    P.S. ekspresi keadaan bro yang memang hebat melalui tingkah-laku Pak Kacang…ek eh…Mr Bean (minta maaf pada peminat) hahahaha XDDDD

  2. byha says:

    haha,lau boleh saya nak like awk pnye komen munzir..
    aiseyh..ini blog daaa..bukan FB.
    hehe..

  3. Abdul Munzir says:

    @EfyEry: haha XDDDD
    rutin ni ok, nanti semasa bekerja macam rutin semasa sekolah pulak XDDD

    @Byha: haha terima kasih XDDDD

  4. misz aisyah says:

    hye bro..haaha..relaks la sem pendek..stu subject jek rupanya..ala ape ade hal..stu paper jek..xmcm sy..even 2 paper..for the first paper yesterday..it very very n veeeeery not good..don’t like that paper..yg part “aksi terlarang” tu mesti buat toyol kan..hahah..btw..syukur spnjg study kt cni time exam xde niat wat toyol..bear sush xdpt jwb tp kite ade usaha sendiri..:P

  5. Mahawangsa says:

    oiiii2 aku bis cluz maen LOL…sudden attack aku xmaen..ahahahahaha..ko pnye cerita mmg syok terkena sudah aku

  6. alin says:

    haha.. kelakar je. tp memang betul pun..rutin yang menjadi-jadi XD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s