1Malaysia vs Facebook

Posted: January 19, 2011 in Umum

Akibat kesan dari khabar angin penutupan Facebook lalu wujudlah social network yang terbaru iaitu 1Malaysia.com. Sebab nama dia 1 Malaysia aku terus je masuk untuk membuat huru-hara disana. Apa yang boleh aku komen pasal social network keluaran negara kita ini adalah “Serba Baru”. Ye, nak bersaing dengan Facebook masih belum mampu lagi. Memandangkan ia masih baru banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki. Tapi, nak kata teruk sangat tak laa juga. Benda baru biasalah. Tapi aku yakin ia mampu diubah untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Walaupun ia masih mempunyai banyak kekurangan tapi ada juga kelebihan didalamnya. Ayuh klik Read more untuk mengetahui serba sedikit kelebihan 1Malaysia.com..

 

1) Login Page Interface

Walaupun anda masih belum lagi menregisterkan diri sendiri, tapi anda still boleh melihat kemeriahan yang ada pada penduduk didalam social network ini. Segala maki hamun, carutan ringan, aktiviti ngorat mengorat dan sebagainya semua anda boleh baca. Haaa, tu belum register lagi tu dah nampak tu blink blink kemeriahan masyarakat 1 Malaysia. Cuba anda log out Facebook anda tengok apa berlaku. Sunyi je kan….

 

2) Tiada Aktiviti Login Dapat RM100

Kebanyakkan orang yang ada didalam Facebook bukannya memiliki hati yang ikhlas untuk berkawan.  Kebanyakan dari mereka hanya meng-add anda untuk mentag anda pada duit perniagaan MLM mereka sahaja. Lepas tu anda terikut hawa nafsu syaiton lalu terjebak dengan perniagaan MLM mereka. Lepas tu anda pulak tag orang lain dengan duit anda. Anda pun tak tahu sama ada duit itu dari sumber halal ke haram ke haram atau pun haram (berapa kali mahu sebut daa). Di 1Malaysia.com adminnya tidak sekaya macam Mark Zukerberg. Dia tak janjikan RM100 untuk login 1Malaysia. Tapi aku ada jumpa perniagaan jual topup menjanjikan topup free kalau ajak ramai orang masuk group dia. Menjual topup adalah satu perniagaan dalam memberi perkhidmatan. Jadi sah perniagaan ini. Aku je yang malas nak masuk sebab aku guna public phone (tipu).

 

3) Tiada Makhluk Meyakitkan Hati

Makhluk yang menyakitkan hati ini bermaksud orang yang selalu merosakkan perpaduan kaum di Malaysia. Memandangkan 1 Malaysia jadi semua yang masuk dalam social network ini adalah orang Melaysia. Tiada group “Garuda di dada Julia Parez” yang hanya mahu menganyang Malaysia saja. Jadi kita tak perlu bimbang diprovoke oleh mereka. Alaaa, mereka pun ganyang sebab kena bayar duit seciput je. Biasalah, nama pun keturunan burung. Tu bukan Garuda okeyh tapi ayam!!

 

4) Admin Yang Mesra

Korang yang menggunakan Facebook pernah berbual dengan Mark Zukerberg tak? Aku pun tak pernah. Di 1Malaysia.com adminnya tidak sombong. Ada sebarang pertanyaan tanya saja pada beliau. Beliau sentiasa menjawab. Beliau kira macam member je pada warga 1Malaysia.com. Kalau nak tanya pasal kerja rumah subjek Matematik dekat dia pun dia boleh jawab punya. Mark Zukerberg pula apa aku nak cakap ea? Ahh, dia hanya tahu berkepit dengan teman wanita dia kehulu kehilir mana nak layan korang semua. Macam cilaker perangai!!

 

5) Page Profile Yang Kreatif

Korang buat Facebook, page profile dia dari dulu sampai zaman kucing betina bertelur pun sama je tak berubah. Di 1Malaysia.com pagenya boleh dinaik taraf. Kita boleh tukar-tukar layout sesuka hati. Jadi berseri-serilah page setiap orang. Ada yang suka band Pantera letak gambar kepala tengkorak, ada yang suka M. Daud Kilau page dia blink blink. Page aku warna warni je sebab aku suka (tu je alasan yang aku mampu buat). Page ni kita boleh privatekan okeyh. Masuk je dalam setting pergi ke privacy option. Lepas tu korang suka hati laa nak buat apa.

 

*****************************************************

Walaupun 1Malaysia.com masih baru tapi kalau dibandingkan dengan Facebook masa awal-awal dia keluar dulu, 1Malaysia lebih gah. Korang apa lagi tercegat dekat situ. Dah tak reti-reti nak register 1Malaysia.com. Jom kita sama-sama menyemarakkan perpaduan 1 Malaysia didalam laman social network keluaran negara kita sendiri. Malaysia Boleh!!

Comments
  1. Nax says:

    Yes!
    Hidupkan laman sosial Malaysia.
    tp tu la still new kan.. ada lagi kekurangan dia.
    :)
    xpe..daftar je..lelama okeyh! :)

    • efyery84 says:

      Nax: Bagi-bagilah link 1Malaysia.com kamu… Oh ye, kamu punya blog sangat menarik tapi tang nak komen tu tak boleh sebab macam ada masalah laa.. Better awak check sistem blog awak ye sebab saya tak boleh nak post komen.

  2. Fiffy says:

    wah.. kutuk fb nampak! :p hahahaha

  3. Khair Zawawi says:

    Saya juga sudah jadi ahli!
    Syok juga.
    Tapi tak ada ramai kawan satu sekolah sebab ramai yang berfahaman PEMBANGKANG.

    Ya, apa pun 1 Malaysia!
    Admin masih larat melayan pertanyaan kerana baharu berapa banyak yang jadi ahli dan kalau sudah berjuta pun, harap admin kita itu masih lagi rajin-rajinlah ya :)

    • efyery84 says:

      Khair: Harap-harap macam tu laa.. Kalau ada ramai orang Admin ada satu solution iaitu mewujudkan ramai admin selain dari dia.. Baru boleh kerjasama macam wonderpets.. Hahaha :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s