Panjangnya Nama Nak Hafal

Posted: January 18, 2011 in Umum

Semester kali ini aku cuma ada satu subjek je. Ye, satu subjek iaitu Pengajian Islam. Jadi sem kali ini cahaya keimanan pada wajah aku jelas kelihatan lebih baik dari sem-sem yang lepas. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. dalam nada Maher Zain. Ustaz yang mengajar tahu berbahasa English tapi lebih senang mengajar dalam bahasa Melayu. Mudah difahami dan jelas untuk dipelajari. Subjek ini memang senang dan kalau boleh aku target kali ini pointer aku lebih baik dari sem lepas. Dengan gaya bodekan yang baik datang kekelas hari-hari aku yakin boleh mencapai hasrat murni aku itu, insyaAllah. Klik Read more untuk mengetahui cabaran untuk sem kali ini..

 

Bab yang aku paling tak suka adalah menghafal. Kali ini aku kena menghafal nama tokoh-tokoh terkemuka Islam. Nama kawan-kawan pun kadang-kadang boleh terlupa inikan pula nak menghafal nama tokoh Islam. Tak tahu kenapa aku jadi cepat konfius kalau hafal nama. Dalam subjek Pengajian Islam kena banyak menghafal. Yeaah, memang menjawablah aku untuk subjek kali ini. Aku akui subjek ini mudah tapi bab nak menghafal nama tu ada sikit slow laa. Yang aku berjaya hafal Ibnu Sina je. Yang lain aku jadi terbelit-belit lidah nak mengahafal. Aku bagi contoh satu nama Abu al-Barakah al-Baghdadi. Fuh, tak macam berbelit lidahkan. Tu baru satu yang lain aku malas nak ceritalaa kan camane dia punya nama.

Ustaz aku cakap orang Islam zaman dulu memang kalau letak nama sampai ke datuk. What the what!! Sebab… Dia cakap kalau nama sampai ke datuk menandakan suci bersih laa keturunannya. Oke, bayangkan kalau kau tanya nama seseorang. Contoh nama orang tu Si Polan Bin Abdullah. Then kau tanya Abdullah bin apa dia tak tahu nak cakap. Tak ke pelik disitu. Lagi pelik bila bapak dia datang nama Harun. Habis Abdullah tu siapa? Tuuuuuut… Siaran tamat disini, lu pikirlah sendiri.

 

**********************************************

Nama aku sebenar adalah: Muhamed Efandy Haery Bin Othman Bin Hamid Bin Amin

Yesss, aku memang dapat menghafal nama aku sendiri sampai ke nama moyang aku. Tahniah aku ucapkan kepada diri aku sendiri. So, apa nama panjang anda sampai membawa ke datuk. Kalau anda dapat menghafal nama anda sampai ke moyang dan ke atas anda memang power laa. Sampai berjumpa dilain entri. ChoooOW!!

Comments
  1. Nama saya ialah REDZUAN BIN JAMAL BIN RAMLI BIN K…….. BIN ………. BIN ……… BIN ….. lupa sudah… hahahahahaha….

  2. ape plak sampai atuk tu… name family aku pendek2 jer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s