Makhluk Yang Aku Hangin Di Sudden Attack

Posted: January 17, 2011 in Umum

Baru-baru ni aku suka gila main Sudden Attack. Well, aku pun tidak laa sepower mana pun. Selalu banyak kena bunuh dari membunuh. Mungkin aku tiada bakat untuk membunuh orang di alam nyata mahupun di alam maya. Yeaah, aku akui kesucian nawaitu aku itu walaupun kadang-kadang aku berperangai syaiton. Berbekalkan testis yang bersaiz olimpik aku tak takut kalah beb. Tapi aku paling hangin kalau orang main ngelat (membohong). Lepas tu buat bodo je menunjal orang tanpa rasa bersalah didalam hati. Sampai aku mencarut-carut memaki hamun mereka. Tapi apa boleh buat, orang bohong kebanyakkannya berhati iblis. Mana mungkin dorang nak dengar penghinaan masyarakat setempat. Mari berkenalan dengan para manusia yang tidak mempunyai telur didalam seluar dengan mengklik Read more..

 

1) Waller

Dengan menggunakan teropong ajaib keluaran Ding Dang beliau dapat melihat menerusi dinding untuk menembak curi mereka dari belakang. Segala perjalanan musuh mereka dapat tahu. Selalunya yang guna waller ini adalah orang yang menggunakan Sniper. Dah laa penembak curi lepas tu guna waller. Satu chemistry yang menarik disitu ye. Orang lintas je dia tembak. Maka berbarislah mangsa yang tak berdosa masuk dalam carta hitz si pembunuh ini. Aiman tak kesah tapi aku kesah. Waller ni kita susah nak kesan. Hanya dia, syaiton dan tuhan saja yang tahu. Bila aku datang kau hilang, bila aku toleh tempat lain kau tembak organ pembuangan bahan mentah aku. Tak ke lahanat namanya tu.

 

2) Speeder

Dia boleh berlari merentas desa mahupun kota. Lariannya sangat pantas mengalahkan Speedy Gonzales. Masalahnya dia berlari membawa senapang sambil sesuka hati melepaskan tembakan secara rambang (teknik rythem). Sekali dia jalan je terus dia dapat bunuh orang. Berderet-deret mangsa masuk dalam carta kekejaman yang beliau lakukan. Tapi member aku senang je kalau jumpa makhluk macam ini. Nampak je dia datang terus baling bom dekat diri sendiri. Maka terbunuhlah si penipu dengan si pejuang tersebut. Well done! Satu teknik yang macam syual untuk diadaptasi pada diri sendiri. Selalunya si speeder ni kena tendang je dari undian orang ramai. Yelah, dah kau je yang asyik membunuh, orang lain nak bunuh apa? Takkan member kau duduk depan laptop sambil melihat kau membuat larian pecut 100 meter tanpa henti. Lepas kena tendang dia akan masuk room lain lepas tu kena tendang lagi. Kurang kasih sayang betullah makhluk ni. Haiiissssh~

 

3) Aimbot

Haa ni adik beradik kepada waller jugak. Pantang ada musuh melintas dekat depan pasti kena tembak. Kadang-kadang babi melintas pun dia tembak jugak. Yelah, dah musuh lalu depan kita takkan nak bagi salam dulu baru tembak. So, apa masalahnya. Mana tak hangin kalau dah bersusun mangsa dia tembak semua Headshot je. Tapi ada juga yang memang pakar headshot. Aaarghh, aku peduli happe. Kalau dah pangkat baru setahun jagung tapi pakar headshot tidak ke boleh menimbulkan syak wasangka disitu.

 

4) VIP

Yessszaaaa. Yang ni paling bertaraf iblis dari segala iblis yang ada diatas. Sekali dia klik mouse je semua orang mati kena headshot. Tak ke sundal macam tu. Lepas tu boleh jalan tembus dinding dan hilang-hilang. Apa best sengat ke main macam tu. Yang ni pun selalu kena tendang jugak sebab senang sangat nak detect kesundalan beliau. Lepas kena tendang nanti dia cari room lain untuk buat huru hara. Lepas tu kena tendang balik. Kesian, lagi sorang makhluk yang kurang belaian kasih sayang. Lepas dah puas main taktik kotor mula insaf mahu main taktik bersih. Yelah, sebab nama dia semua orang dah kenal. Then baru laa kebodohannya terserlah. Asyik tembak dinding je. Al-maklumlah, orang main tipu ni sebenarnya mana reti main. Tu yang main tipu.

 

*********************************************

Seriously memang aku hangin dengan makhluk seperti ini. Tapi dalam hangin-hangin aku pun aku rasa bangga jugak dengan diri aku. Yelah, walaupun aku tak terrer main tapi aku main secara adil dan saksama. Mainlah secara berhemah bukan secara langsuir. Aku tak suka oke!!

P/S: GM Sudden Attack pun tak guna tahu goyang telur je tak reti nak pantau aktiviti hacker!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s