Mat Rempit Wanabe

Posted: January 11, 2011 in Umum

Aku tak tahu nak cerita apa sebab tiada apa aku nak ceritakan dimana semua cerita aku rasa tak penting untuk diceritakan supaya korang boleh baca cerita aku yang tak berapa nak best ceritanya. Agak macam dah panjang juga mukadimah aku tu walaupun aku tahu banyak ayat khurafat yang aku taip. Ayuh kembali ke pangkal jalan semula. Pernah tak korang bawa motor yang ada clutch tangan? Kalau korang memang dilahirkan menjadi mat rempit sejati aku pasti korang pernah. Aku pernah bawa tapi jarang. Jom klik Read more..

Dulu aku pernah sekali nak cuba bawa motor Yamaha RXZ member aku. First time nak belajar laa katakan. Muka memang suci je time tu tiada unsur kelayakan menjadi anggota Gagak Hitam (Gila-gila Remaja). Dengan muka konfiden aku start enjin, tekan clutch tangan terus masuk gear satu. Percubaan pertama aku berjaya mematikan motor tu sebelum dia bergerak lagi. Terrerkan aku macam Harun!!

Untuk menjadi Mat Rempit sejati kita tidak boleh berputus asa. Dengan berbekalkan slogan “Dimana ada kemahuan disitu ada highway” aku terus mencuba. Tekan clutch masuk gear satu terus aku press throttle. Preeeeeeng!! Yess aku berjaya. Natijahnya adalah aku hampir melanggar pagar jiran depan rumah member aku. Bukan pagar depan rumah tau, pagar grill pintu tu aku nak langgar. Nasib baik aku tahu membezakan mana satu clutch tangan dengan brek tangan. Aku lepaskan clutch tangan. Pandaikan aku macam Harun!! Terus motor tu berenti. Jangan tiru macam aku kalau nak jangka hayat motor korang bertahan lama. Ini kes emergency aku tak boleh nak buat apa-apa daa. Dah mati akal. Biar rosak motor member jangan rosak pagar rumah jiran member.

Setelah sekian lama aku tidak pernah teringin nak bawa motor macam tu lagi. Pada aku menyusahkan sebab semua benda nak kawal. Motor biasa lagi best tak memeningkan kepala. Sehinggalah pada suatu petang yang aman damai di court badminton kolej. Member sepermainan aku bawalah motor Yamaha Sport dia sebab dia memang semulajadi malas nak jalan kaki. Ada clutch tangan uols. Terus nafsu aku membuak-buak untuk curi bawa motor tu. Aku pun try laa bawak. Motor tu bukan jenis clutch mati so agak senang jugalah nak handle. Berbekalkan pengalaman menaiki tangga aku berjaya juga membawa motor tu. Macam tiada kena mengena je ayat aku ni. Lantak laaa..

Aku masuk gear satu, terus gear dua.. Preeeeeeeng!! Tiba-tiba aku nampak selekoh didepan. Velentino Rossi cakap kalau jumpa selekoh ada dua teknik. Teknik pertama perlahankan jentera anda dengan menurunkan gear tinggi kepada rendah. Teknik kedua pula dia cakap lajukan lagi motor anda dan buat corner baring cecah telinga. So, aku yang tak berapa nak pakar ni cuba nak kurangkan kelajuan tu. Tarik clutch tangan terus kaki menekan gear.

Aku mula mendapati sesuatu yang tidak kena. Aku cuba lagi tekan tapi motor tu tetap tak mahu menukar gear sebagaimana yang aku kehendaki. Cilaka betullah, ini boleh mendatangkan sindrom kemarahan tahap komodo ni. Preeeeng preeeeng prooot pot poooot.. Enjin mati. Adess, gagal lagi nampaknya pembelajaran aku kali ini. Member dah mula gelak-gelakkan aku macam Harun. Aku toleh kebawah terus aku merasa kagum dan terkesima. What the what!! Patut laaaa……

Nasib baik tyme tu tiada mat rempit berkeliaran. Kalau tidak pasti aku akan digelak secara berjemaah oleh mereka. Aku ingin memberi pesanan kepada anda semua sebelum memulakan perjalanan sila periksa kenderaan anda dengan rapi. Ini mesti kes member aku guna alat ganti celup ni. Macam mana gear boleh tercabut? Patutlah aku tekan gear tak boleh. Macam Harun laa motor ni!! Buek malu den jooo!!

 

 

Comments
  1. twu x sebab ap aq xbace cerita mat rempit wanabe ko neyh??
    ta kesah la citer ap pn kndungn nyew skalipun..
    cz aq da serik doe..member aq sndri accdnt depan aq, kne langgar nan lori at
    depan kg aq..sian dye seb bek dye idop agy, just patah rusuk kanan je..
    now dye at spital, tggu ajal ja..hump..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s