Preview 2010

Posted: January 3, 2011 in Umum

First of all aku ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru kafir buat anda semua. Apa azam anda tahun baru ini? Ah, tak payah nak buat azam banyak sangat. Aku tahu ramai antara kalian yang pandai memasang azam seterusnya berakhir menjadi hangat-hangat taik azam sahaja. Azam aku sama macam tahun lepas juga (actually setiap tahun pun sama je). Aku nak jadi manusia yang baik-baik. Huiyooo, susah kot nak maintainkan azam ni korang ingat senang ke. Setiap hari ada je setan yang menggoda baik dari kategori Setan Ghaib dan juga Setan Nyata. Contohnya seperti memasang niat untuk kurus seperti Fahrin Ahmad. Mak memang tergoda setiap kali tengok Fahrin Ahmad buka seluar baju dia uols tunjuk body. Awwww, gelenyah tak hengat. Tiap kali aku nak melaksanakan niat aku ada je halangan yang membataskan. Jadi kekal laa tubuh badan aku seperti Bob Lokman. Anyway aku tetap hensem seperti dulu-dulu. Sebelum aku menaip cerita khurafat lari dari tajuk asal, baik aku berbalik semula ke jalan yang benar. Ayuh, mari kita melihat preview cerita-cerita sundal tahun 2010 yang berjaya aku porak perandakan. Klik Read more ye…

 

1) Harimau Malaya juara Asia Tenggara tahun 2010

Semua orang pasti masih membayangkan kejayaan pasukan bolasepak negara. Aku yakin  gadis dan janda-janda gersang diluar sana masih terbayang ketangkasan Khairul Fahmi beraksi dipadang. Konferm lepas tu korang terbawa-bawa dalam tidur dan disudahi dengan mimpi basah. Aku mengakui akan kehebatan beliau dalam menjaga gawang gol Malaysia dari ditunjal-tunjal oleh pasukan Garuda. Kepopularitiannya terus melonjak sekelip mata hingga mengalahkan kepopularitian Norman Hakim si puaka kubur tu. Apa azam Khairul Fahmi agaknya ye tahun ni? Hope beliau boleh menggantikan Ven Der Sar yang sudah reput dimakan anai-anai itu.

 

2) Konspirasi Kolej Legenda

Aku taip je tajuk ni terus  jadi panas satu badan. Sekali lagi aku tegaskan bahawa tidak semua dalam kolej ini aku hangin okeyh. Kena faham konsepnya disitu ye. Bukan apa, adalah sorang insan gebus yang cakap aku tak menghargai lecturer. Jauh betul kesesatan fatwa yang beliau alami. Hahahaha. Aku marah kolej bermaksud aku marah “mereka-mereka” yang ada kena mengena dalam mempromosikan janji manismu (bukan lagu Aishah). Kalau korang nak merasa belajar dalam suasana benua Afrika sila laa datang ke sini.

 

3) Putus Kasih Welding Balik.

Bygone be bygone. Walau bagaimanapun ia tetap mencoretkan lagi satu kenangan pahit dalam hidup aku. Thanks for her so much. Awak garang bagaikan Harimau Malaya. Aku anggap tiada jodoh. Noktah…

Yeeeeah, aku dapat anugerah dariNya.  Alhamdulillah.. alhamdulillah.. dalam nada Maher Zain. Seorang gadis cantik rupa paras. Cukup sifat keperempuanan asli dimana beliau tak tahu hukum hakam bolasepak. Muka tak sama macam Linda Onn tapi lebih hangat dari biasa. Dia pandai masak dan bukan materialistik. Dia suka perut buncit aku (sekali lagi alasan aku untuk tidak kurus). Tu laa korang tak tahu. Orang gemuk banyak kelebihan tau. Bila kita peluk orang gemuk rasa macam peluk teddy bear. Kalau peluk orang kurus rasa macam peluk papan plywood. Pandai pula aku berjenaka disitu. Ehem, ehem. Kalau korang kurus sila cari pasangan yang gemuk dari anda.

 

4) The Adventure of MissEry

Tiada kena mengena dengan cerita “The Adventures Of Oliver Twist”. Aku tak suka berjalan ke tempat yang aku tak tahu. Aku takut sesat. Lagi pun aku tiada GPS. Nak pakai mahal nak arwah mana ada duit nak beli. Tapi aku kena berdepan realiti. Tiramissu orang Bangi dan aku orang Jaybee. Sejak aku bersama beliau banyak tempat yang aku dah pergi. Caiit, padahal baru dua tempat je Midvalley dan Berjaya Times Square. Wait a minute…. Lupa pula ada satu tempat paling best dari itu. Rumah parents Tiramissu laa apa lagi. Kenangan paling manis sekali bersama beliau. Berkenalan dengan keluarga dia. Masih teringat lauk pauk tradisi orang Minang masakan dia dan mak dia. Aduh, lapar laa pulak (sambil menjeling bungkusan maggi di atas meja tapi malas nak masak).

 

5) The Beauty Of The Beast

Sekali lagi bukan kesinambungan cerita Walt Disney “The Beauty And The Beast”. Aku sengaja je buat tajuk hampir serupa tapi tak sama. Kenapa? Ini kerana aku rasa tajuk tu kena dengan cerita yang aku nak sampaikan ini. Kalau korang mengikuti cerita dalam blog aku pasti korang ingat Mark bukan. Ye Mark. Bukan Mark Zuckerberg orang Yahudi pengasas Peesbuk tu. Korang ni nama je anti Yahudi tapi tak anti Peesbuk (yang menulis ni pun sama jugak). Mark adalah seekor kucing jantan. Aku jumpa dia masa bulan Ramadhan tahun lepas. Masa tu jumpa dia dalam longkang. Kesian dia. Dalam masyarakat kucing pun ada juga kes buang anak. Ni mesti mak dia buang sebab malu dengan masyarakat kucing akibat melakukan aktiviti menyundal tanpa batasan. Dulu aku jumpa penuh kudis satu badan. Aku mandikan dia, bagi susu badan tepung Dutch Lady. Dulu jumpa dia kecik lagi. Sekarang dia dah besar dan sangat kuat lagi gagah perkasa. Dia dah bersedia untuk mengawan dengan mana-mana kucing betina di luar sana. Gila laa ayat aku tak bertapis langsung. Hahahaha.

***********************************************************

Bila kita mengenangkan kembali kisah-kisah tahun lepas pasti kita akan tersenyum dan ada juga berduka. Tapi itu sudah jadi sejarah dan kini bermula lembaran tahun yang baru. Kita sama-sama berusaha mencoretkan tahun ini dengan pelbagai kisah menarik yang boleh kita kenang sepanjang hayat. Sampai jumpa lagi dientri berikutnya. Salam sayang dari aku untuk semua. Sekali lagi aku ucapkan………

 

“HAPPY NEW YEAR 2011 TO YOU, AND YOU, NOT YOU, OK YOU AGAIN, AND YOU, YEAAH ALSO YOU”


Comments
  1. Miss Aisyah says:

    nak komen..huhuhu..psal konsprasi kolj legenda..tu da normal sejak 3 thn..spe la yg ckp kamu xhargai lecturer tu??kcian nye..hihihi..btw kdg² lecturer tu yg xhargai kite as a student..kan3..:P

    tq follow my blog..(^_^)v

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s