Harimau Malaya Juara AFF Suzuki Cup 2010

Posted: December 30, 2010 in Umum

Aku mulakan dengan mukadimah skema. Tahniah diucapkan buat perwira-perwira negara kerana berjaya menjulang trofi AFF Suzuki Cup lantas dinobatkan selaku juara Suzuki Cup pada tahun 2010. Harimau Malaya menang menentang pasukan Garuda dengan aggregate 4-2. Stadium Gelora Bung Karno menjadi saksi detik dan saat bersejarah bila perwira-perwira Malaysia meraih 2 anugerah berprestij. 1 selaku juara Piala AFF Suzuki Cup 2010 dan 1 lagi adalah The Best Scorer Award yang diraih oleh penyerang berbisa Malaysia iaitu Safee Sali.

Agak geli geleman pula jari aku menulis ayat berbentuk wartawan gosip Majalah ABH (Artis Bajet Hot). Berbalik kepada penulisan bercorak kesundalan semula. Keegoan Sang Garuda akhirnya dilenyapkan oleh Harimau Malaya seterusnya membuktikan Harimau itu lebih gagah dari Garuda makluk yang mitos. Kenapa mitos? Well, saat sebelum perlawanan ramai penyokong fanatik dari negara seberang yang mencarut dan berkhayal. Ni dah menang pun mereka masih berkhayal lagi. Dorang masih megah dengan kemenangan 5-1 keatas Malaysia pada pusingan kelayakan. Ada aku kisah kau nak cakap apa yang pasti Malaysia juara.

Banyak mitos yang aku dengar. Ada yang dorang cakap Safee Sali tu kelahiran Acheh, Kunalan itu pemain import dan jurulatih kita Rajagopal juga jurulatih import. Wakakaka, serius lawak bila tengok statement dorang. Mentaliti yang lemah menunjukkan kemunduran ketamadunan negara Indon berbanding Malaysia.

Heboh pula nama Julia Perez yang mahu menayangkan buah dada beliau untuk menganggu kosentrasi perwira negara pada perlawanan itu nanti. Tapi ternyata tindakan wanita sundal bolong itu tidak berhasil kerana Harimau Malaya lebih tergoda dengan Piala AFF Suzuki Cup dan wang bernilai USD 100,000.00. Garuda didada Julia Perez dan iman didada pemain Malaysia (even Rajagopal dan Kunalan bukan muslim tapi tetap juga beriman menjaga maruah negara). Cameraman puas mencari si Julia Perez tapi tak jumpa. Yang dorang jumpa cuma Luna Maya PeterPorn dan Monohara si puaka kubur je.

Berkat dorongan dan sokongan moral penyokong yang hadir berapa kerat je di stadium Gelora Bung Karno sedikit pun tidak mematahkan semangat perwira negara. Walaupun Indon menang 2-1 tetapi aggregate tetap memihak kepada pasukan Harimau sebanyak 4-2.

Pada awal minit ke 13′ pancaran laser sudah penuh ditalakan kearah muka penjaga gawang Malaysia iaitu Khairul Fahmi aka Apek. Sekali imbas aku tengok muka Apek dah macam lampu disko. Berbagai-bagai kaler ada baik merah baik hijau semua tepat ke muka beliau. Apa yang membuatkan aku bangga adalah penjaga gol kita tidak seperti keanak-anakkan macam si Markus botak tu asyik nak minta simpati referee je. Dia ingat referee tu bapak dia ke apa suka hati je nak memberhentikan permainan. Apek rilek je kena laser. Ini membuktikan player kita berfikiran tahap seorang pemain bola sepak yang professional.

Gol pertama dijaringkan oleh Safee Sali pada minit ke 54′ lantas meletakkannya selaku penjaring terbanyak. Safee Sali pantas melarikan bola lalu merembat dengan deras ke arah pintu gol lawan dan menghasilkan gol pembukaan. Rembatan kaki kiri yang kencang beb! Sekali lagi beliau membayangi kelibat legenda bola sepak negara arwah Dato’ Mokhtar Dahari. Cristian Gonzales pemain import Indon? Lain kali kalau mahu pakai player import cari yang bermutu sedikit ye Indon. Alang-alang menyeluk pekasam biar beli Cristiano Ronaldo. Hahaha. Gol dari Indon dijaringkan  oleh M. Nasuha pada minit ke 72′ dan M. Ridwan pada minit ke 88′ (sebenarnya gol kesian dari pemain pertahanan Malaysia yang tertanduk masuk ke gawang gol sendiri).

Walau apa pun kita tetap juara. Maksud kita tu adalah kita orang Malaysia ye, warga Indon tak payah nak mengaku juara. Hahaha. Harimau Malaya kini mengaum lebih kuat. Ucapan tanhniah dari kami rakyat Malaysia buat perwira negara kerana berjaya menjuarai AFF Suzuki Cup edisi 2010. Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak dalam mengembalikan kecemerlangan bolasepak negara kita untuk disegani dimata dunia. Malaysia Boleh!!

*********************************************************

Mengaum lapar SINGA UTARA,

KENARI terbang membelah awan,

Gagah SELADANG ibarat badang,

Laju HARIMAU KUMBANG ibarat pejuang,

Dahaga THE RED WARRIORS kerana darah,

Tangisan PENYU kerana maruah,

GERGASI MERAH marah membara,

Tanduk RUSA kerana perkasa,

Bisa si JENGKING bukan kepalang,

Lincah HANG TUAH si pahlawan bangsa,

Tenang-tenang si BUJANG SENANG,

Amuk TOK GAJAH kalau diusik,

Lalu BADAK gerun melanda,

KERANA HARIMAU MALAYA KAMI TURUTKAN!!!

 

*********************************************************

Fakta: Penyerang legenda bolasepak Malaysia allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari dan penyerang muda Malaysia Safee Sali masing-masing berjersi nombor 10 dan bermain untuk Selangor. Adakah ini kebetulan? Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. ^^

Comments
  1. peniagakaya says:

    ggoolllllllll……..gol lagi utk malaysia……TAHNIAH anak buah RAjagopal. harap dpt bawa lagi banyak lagi tropy lepas ni. Pada Fahmi n Safee cuba2 la intai kelab luar malaysia baru ada FEELLLLL

  2. hafizul says:

    bagi saya kedua2 nya hbat n safee sali ialah penganti arwah mokhtar dahari…..
    x terkata bisa safee sama seperti bisa arwah mokhtar dahari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s