Harimau Mengaum Lebih Hebat Dari Biasa

Posted: December 27, 2010 in Umum

Kemenangan pasukan bola sepak Malaysia membenam pasukan Indonesia 3 gol berbalas 0 meletakkan satu langkah selesa bagi pasukan negara untuk menjulang Piala AFF Suzuki 2010. Satu langkah lagi bila kita bermain di Stadium Bung Karno, Jakarta pada 29 December nanti. Perlawanan agak sengit tapi aku bangga Malaysia mampu mencapai keputusan yang sangat selesa. Berbekalkan 3 gol ini pasti sedikit sebanyak menyukarkan pasukan Indonesia untuk bangkit dari kekecewaan ini. Klik Read more

Memang skema nak mampus mukadimah aku di atas. Aku bangga gila Malaysia dapat menewaskan Indonesia dengan 3 gol. Isu laser? Hahaha, masa World Cup pun dah ada isu ni tapi orang barat tidak pernah nak kecoh pun pasal benda ni semua. Apa yang penting adalah mentaliti dan focus ditengah padang. Lagipun masa ketiga-tiga gol itu dijaringkan tiada laser yang dipancarkan. Gol itu Halal untuk Malaysia.

Player Malaysia yang paling aku sayang gila adalah Safee Sali. Beliau mengingatkan aku pada Allahyarham Mokhtar Dahari. Beliau memang mengaum masa perlawanan itu. Garang bagaikan harimau menggigit kepak si Garuda. Ya, aku bangga sangat malam ni. Saat beliau meledakkan gol pertama aku macam orang kena histeria sambil menjerit-jerit “Safee Sali, Safee Sali awwww!!”.. Gedik sekejap ya disitu. Gila apa nak jerit macam tu. Mestilah aku jerit “Go000000000l!!!!!!!!!!!!!!” bernada 14 harkat (Lepas tu mencarut kecil sambil mengeji goalkeeper Indonesia).

Ya, gambar ni bukan aku yang ambil. Aku main curi je dekat Uncle Yahoo!. Tandukkan maut dari Safee Sali pujaan hatiku. Meletup gawang gol Indonesia. Penjaga gol Indonesia bernama Markus yang berkepala botak tu hanya mampu melihat sahaja bola itu menerjah gawang gol beliau untuk kali ke-3. Pada aku gol inilah paling high class sekali. Sikit punya laju bola tu beliau tanduk. Memang kepala besi laa kau ni Safee Sali. Hahaha.

Yang paling membanggakan aku adalah, Malaysia membuktikan kemenangannya tanpa menggunakan sebarang player import. Itu yang kita mahukan ya. Kalah atau menang biarlah kita menggunakan kemampuan kita sendiri. Barulah Harimau Malaya macam tu.  Untuk pasukan Indonesia, well aku malas nak komen banyak sangat. Satu je nasihat aku untuk korang adalah “Letakkan player import kau dibangku simpanan dan masukkan Bambang Pamungkas kerana beliau lebih berkualiti dari player import korang“.

Selepas ini kita akan bertandang ke stadium lawan. Tapi dengar cerita perlawanan 2nd leg akan dilangsungkan di Malaysia kerana penyokong Indonesia disana telah merosakkan padang. Apa kejadahlah dorang ni semua. Semoga pasukan Malaysia akan terus sukses walau dimana jua mereka berada. Ngauman Harimau Malaya di Stadium Bung Karno. Ayuh! Mari kita sorakkan dengan sorakan 1 Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!

 

****************************************************************

P/s: Kenakalan aku terserlah sungguh. Jangan marah aaar!

Comments
  1. EzahComelSikit says:

    Safee Sali! Oh yess. Itu boyfriend I. ngaha! dalam mimpi la eh. hihi. u ade no die tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s