Filem-filem International Terbaik Sepanjang Zaman (Bagi Aku)

Posted: December 15, 2010 in Umum

Masa pergi Berjaya Times Square hari itu aku tengok cerita Narnia: The Voyage Of The Down Treader yang berteknologi 3D. Cerita agak menarik tapi aku masih tidak boleh menyenaraikan sebagai filem terbaik sepanjang zaman bagi aku. Yelah, aku ni berjiwa seni haruslah memilih cerita yang benar-benar berkualiti sampai aku boleh terbawa-bawa ke dalam mimpi diwaktu tidur. Contoh kalau aku tengok cerita The Return Of Maria Ozawa aku akan pastikan ia terbawa-bawa ke dalam mimpi selama seminggu baru aku boleh declare cerita itu adalah cerita yang terbaik sepanjang zaman bagi aku. Kalau cerita tu wujud laa kan. Hahahaha. Klik Read more untuk melihat cerita-cerita yang pada aku terbaik sepanjang zaman.

 

1) Rocky Balboa

Bukan sekadar cerita yang memperlihatkan susuk tubuh Sylvester Stallone yang mempunyai six pack diperut. Cerita ini ada semua acuhan kehidupan yang diperlukan. Nilai percintaan, persahabatan, kesungguhan dan pelbagai lagilah.  Semua cerita dia aku suka sampai koleksi cerita dia pun aku simpan dirumah (original) dan aku download simpan dalam laptop aku. Tersentuh hati aku part bila dia jerit panggil nama bakal bini dia (masa episod pertama) selepas habis ditinju tanpa belas kasihan oleh Apolla dan berakhir dengan split decision. Sampai sekarang aku still tidak pernah bosan untuk melihat cerita ini baik dari episod awal sampailah squeal yang terakhir. Tersentuh gila aku dengar ayat masa dia nasihatkan anak dia sebab anak dia tak kasi bapak dia bertinju semula sebab merasakan si Rocky tu sudah tua. Tapi apa boleh buat, “Fighter fight!!”..

 

2) [.REC]

Aku suka tengok cerita seram walaupun aku tidak berapa nak berani. Aku cepat terperanjat. Dalam banyak-banyak cerita seram yang aku tengok cerita inilah satu-satunya yang berjaya membuat aku terpelanting ke dinding bilik akibat terkejut dengan cik hantu yang tiba-tiba muncul tak reti nak bagi salam. Cerita ini memang unik sebab dia pusing-pusing dalam satu bangunan je tapi efek cerita dia memang bagi kesan yang mendalam pada aku sampai aku tidak berani tidur sorang diri dalam bilik. Cerita ini dari negara Spainyol tapi dipliagiat oleh Amerika syarikat (Quarantine). Tapi aku sarankan korang tengok yang asli punya oke. Serius best dari Hollywood punya.

 

3) Rambo

Kalau dulu masa aku kecik-kecik bila cikgu tanya pasal cita-cita aku bila besar, aku pasti akan cakap nak jadi Rambo. Cikgu aku time tu dah cukup faham laa tu maksudnya aku nak jadi askar (sebab abah aku pun askar). Memang besar pengaruh cerita ini pada aku sampai sekarang. Siapa yang tak kenal cerita inikan. Walaupun cerita ini sudah lama tapi bila sesekali dia tayang balik dekat tv pasti orang tengok juga. Koleksi dia pun aku simpan juga di rumah dan aku download simpan dalam laptop aku. Tahniah kepada uncle Sylvester kita yang memang hangat pada masa itu sampailah sekarang. Walaupun banyak cerita perang aku dah tengok seperti Hamberger Hill, Platoon, Band Of Brother dan lain-lain tapi cerita Rambo tetap raja segala cerita perang pada aku. Kebaaboooom!!

 

4) Forrest Gump

Pernah tak anda terfikir kalau cerita kehidupan anda dibuat filem. Adakah ia akan menang 6 anugerah Academy Awards? I don’t think so. Hahaha. Well, cerita ini mengisahkan kehidupan seorang manusia bernama Forrest Gump dari beliau kecil sampailah besar. Dia menceritakan perjalanan hidup dia yang mengharungi pelbagai zaman yang setiap kali dia ada pada zaman itu pasti ada kisah yang menakjubkan. Orang dengar macam tak percaya tapi hakikatnya betul (walaupun itu cuma cerita rekaan je). Aku dulu pun macam percaya tak percaya juga. Serius cerita ini memang best sangat-sangat. Siapa tak pernah tengok cerita ini memang rugi. 6 Academy Awards beb. What else that I can say…

 

5) Kuch Kuch Hota Hai

Walau bagaimana anda mengaku anda rockers sampai sembah setan sekalipun aku yakin selepas korang tengok cerita ini tak banyak sikit pun airmata korang pasti meleleh keluar.  Aku tengok cerita ini terus selesema (anggap je aku menangis oke). Tidak banyak cerita hindustan yang menjadi kegemaran aku sebab aku ni bukan kaki tacing sangat. Tapi cerita Kuch Kuch Hota Hai ini memberi polemik yang besar dalam diri aku. Jalan cerita tak pernah jemu, lagu-lagu yang terbaik dalam semua cerita hindustan yang pernah dicipta. Aaaargh! Cerita ni serius sedih. Sediakan tisu sebelum tengok cerita ni oke. Kuch Kuch Hota Hai or otherwise means something something happen. The best movie ever made from Bollywood.

Klik Sini Untuk Menonton

 

6) The Truman Show

Cuba anda bayangkan satu syarikat siaran telah menjadikan anda sebagai pelakon untuk rancangan realiti mereka sejak anda dilahirkan lagi. Anda bangun tidur orang ramai tengok, tidur orang ramai tengok even nak kahwin pun jodoh diaturkan oleh orang lain yang anda sendiri tidak tahu. Tu belum masuk bab pergi toilet dan melakukan aktiviti ciploit-ciploit dalam tandas lagi tu. Aku sendiri tidak dapat menerimanya. Macam takde lifekan? Itulah kehidupan Jim Carrey dalam cerita ini. Beliau tidak tahu bahawa hidup dia selama ini adalah sebuah rancangan realiti sehingga ada seorang minah sesat berjaya pecah masuk kedalam studio terbesar didunia dan memberitahu kepada beliau hakikat sebenarnya. 1st time je aku tengok cerita ini terus aku jatuh cinta dengan perjalanan cerita ini.

**********************************************************

Sebenarnya ada banyak lagi cerita yang aku boleh senaraikan sebagai filem sepanjang zaman bagi aku. Tapi yang ini adalah top six terbaik dalam filem kegemaran aku. Apa pula filem kegemaran anda yang anda boleh labelkan sebagai koleksi filem terbaik sepanjang zaman anda. Ayuh kita kongsi-kongsi bersama ye. Jumpa lagi di entri berikutnya. Love u all so much. ChooOW!!

Comments
  1. Ryuki SM says:

    yg no 4 tu… forest gump… aku igt2 lupa la… dia ade pegi vietnam kan?? berperang… balik luka kt bontot??? huhuhuh.. tu jer aku igt..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s