Ini Cara Aku, Ini Pilihan Aku

Posted: December 8, 2010 in Umum

Awal pagi ini entah kenapa susah pula mata ini mahu terlelap. Imsomniakah? Well, sebenarnya aku terasa rindu sangat-sangat dengan memori silam aku. Aku rindukan suasana tempat kerja aku. Hahahaha. Kejadah apanya dah dekat 2 tahun aku di sini baru malam ini terasa rindu pula dengan tempat kerja aku tu. Rindu dengan teman-teman seperjuangan. Rindu dengan trolley aku yang penuh dengan spanar, screw driver, tukul besi, pallet dan segala macam bentuk peralatan didalamnya. Rindu dengan mesin Auto Lathe. Rindu dengan semuanya. Klik Read more

Masih segar dalam memori aku sewaktu aku menamatkan alam persekolahan aku. Berkerja sebagai budak packing di kilang Meihan. Kilang membuat komponen plastik seperti dashboard kereta Honda. Kena sediakan kotak secepat mungkin. Kena isi dashboard tu dalam kotak secara berhati-hati agar tidak calar. Lepas tu letak atas pallet susun bertingkat-tingkat. Wrappingkan dia dengan plastik dan tarik guna pallet jack untuk dibawa pergi ke stor. Aku masih ingat kalau lepas hantar barang tu dekat stor aku akan bergegas balik semula ke department tempat aku berkerja. Pallet jack itu aku kayuh macam main skuter. Hahahaha. Lucu gila masa tu. Gaji aku tidaklah seberapa pun. Cukuplah untuk buat makan dan pakai sikit-sikit.

Aku kerja tak lama dekat situ. Aku berhenti selepas dapat kerja tempat baru. Kilang membuat cakera hard disk. Aku manalah tahu komponen komputer masa tu. Yelah, orang tak belajar pandai sangat. Yang aku tahu bila kakak dan abang yang lama berkerja di situ cakap itu hard disk. Aku kerja sebagai QA di sana. Nama kilang tu aku dah lupa tapi masih wujud lagi dekat Tebrau Johor. Kerja 2 shift sebulan. 2 minggu malam dan 2 minggu siang amat memenatkan badan aku yang masa itu masih tidak boleh menerima environment kerja sebegitu. Walaupun badan aku seperti ditunjal-tunjal untuk melakukan kerja yang berat aku tetap redha mencari rezeki demi menampung hidup aku yang aku rasa seperti tiada hala tuju pada masa itu. Pejam celik hampir 10 bulan juga aku di sana.

Tak silap aku masa tu aku kena pecat. Gila aah manager aku tu. Aku minta cuti pun dia tak bagi terus je aku ambil cuti sendiri. Tak sangka pula aku masa tu ada pihak ISO nak datang melawat kilang aku. Tempat yang selalu aku jaga tiada orang nak gantikan. Apa lagi kantoilah dengan orang ISO. Tapi sebelum aku dipecat (sebab aku seperti dah tahu), aku telah buat surat perletakan jawatan 24 jam terlebih dahulu. So, pada mereka aku dipecat tapi pada aku pula adalah meletakkan jawatan. Time tu aku ramai sangat kawan sampai ada yang nak fight dengan manager aku supaya tarik balik keputusan yang dibuat kalau tidak mereka nak buat mogok. Gila ahh korang. Tapi aku dah letak jawatan dan aku tidak akan tarik balik keputusan yang aku buat. Aku rindu korang semua walaupun korang bukan rakyat Malaysia.

Walaupun aku tidak mempunyai pelajaran yang cukup pada masa itu tapi aku tidak pernah merasa susah untuk mencari kerja. Semalam kena buang kerja hari ni sudah dapat kerja baru. Disinilah bermulanya episod aku menjadi matang dalam menilai erti sebuah perkerjaan. Kilang membuat komponen jam. Kilang SII Tebrau.

****************************************************

Masa itu aku di interview kerja oleh Mr Linggam. Bila dia tanya aku nak kerja apa terus aku minta untuk jadi QA. Dia cakap dekat kilang tu QA khas untuk kaum wanita sahaja. Gelisah sebentar aku apabila mendengar apa yang dia sampaikan.

Mr. Linggam: Awak ada sijil MLVK atau yang ada kaitan dengannya tak?

Aku: Err, saya cuma ada sijil SPM je tuan.

Mr. Linggam: Kalau macam tu susahlah. Sini kilang lebih pada mechanical. Kami memerlukan seseorang yang berkemahiran dalam memperbaiki mesin Auto Lathe.

Aku: Apa-apa kerja pun jadilah tuan. Jadi tukang sapu sampah ke, mop lantai ke saya tak kisah tuan. Janji saya ada kerja.

Mr. Linggam: Kalau saya terima awak berkerja disini sebagai Machine Setter apa jaminan yang awak mampu berikan kepada saya?

Aku: Saya akan belajar dan belajar dan belajar supaya saya setaraf dengan mereka yang ada sijil MLVK. Saya yakin saya mampu buat tuan. Tolonglah terima saya, tolonglah tuan.

Mr. Linggam: Aiyooooo! Awak tahu tidak, mereka yang ada sijil MLVK adalah orang yang terlatih dalam bidang mereka?

Aku: Saya tahu tuan.

Mr. Linggam: Boleh ke awak bersaing dengan mereka yang sudah terlatih dan mempunyai sijil dalam bidang kejuruteraan sedangkan awak hanya berpegang pada sijil SPM sahaja.

Seperti ada satu tsunami yang menyerang hati aku pada masa tu. Aku terasa seperti diri aku dipersenda-sendakan. Memang masa tu aku dah tengok kain rentang jawatan kosong depan kilang tu dorang hanya inginkan mereka yang ada  sijil MLVK sahaja. Tapi aku yang bermuka tak tahu malu ni terus je masuk minta kerja walaupun pada hakikatnya hanya budak SPM. Sejak dari hari itu aku mula menanam iktizam supaya Mr Linggam tahu yang aku juga mampu lakukan seperti mereka-mereka semua.

Aku di ambil berkerja dengan syarat. Syaratnya dalam masa 5 bulan aku mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan jurutera dan technician yang ada didalam kilang tersebut. Aku berkerja tidak kenal lonceng rehat. Semua lonceng aku main sapu je kerja. Aku tidak boleh buat sesuatu perkara yang boleh memberi kesusahan pada jurutera dan technician lain dalam kilang tersebut. Aku bertanya pada mereka yang lebih senior tentang selok belok membaiki mesin Auto Lathe tersebut. Sehinggalah aku berjaya mencipta satu kaedah membaiki mesin dengan cara yang lebih efektif. Cara itu sudah diakui oleh para senior tempat kerja aku sebagai cara yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Then aku belajar cara merepaire TORIME. Bab ni memang sumpah susah nak arwah. Boleh kena serangan gila barbie kalau tidak sabar dalam mengawal tekanan. Akhirnya aku berjaya juga dan pernah buat rekod antara yang terbaik dalam merepaire dan setting TORIME pada mesin Auto Lathe tersebut.

Masa tu gaji aku baru RM550 je kalau tak silap. Masuk OT dengan Elaun semua dapatlah RM750. Balik rumah badan bau minyak je (kilang tu berminyak). Pergi kerja sebelum matahari terbit, balik lepas matahari terbenam. Memang tiada life pada masa tu. Semata-mata nak habiskan 5 bulan syarat yang diberi oleh Mr Linggam.

Aku jenis pendiam di tempat kerja. Tiada masa untuk bergaul dengan masyarakat disana. Yelah, aku sedar yang aku hanyalah budak SPM sahaja. Tapi makin lama makin ramai yang menghampiri aku. Ramai yang nak berkawan dengan aku bila tengok aku mampu bersaing dengan mereka. Alhamdulillah, dorang semua tidak sombong dan kedekut ilmu. Najib, Ejam, Ajis, Asri dan ramai lagi. Serius aku rindu sangat dengan korang semua. Tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Kalau jumpa korang semua aku pasti akan peluk korang sebab rindu sangat.

Selepas 5 bulan aku diiktiraf sebagai Machine Setter kelas 1 skill 2 masa tu. Hahahaha, rendah gila skill dan kelas aku pada masa tu. Orang lain semua main 3, 4 ke atas. Well, apa boleh buat. Aku hanyalah budak SPM. Jadi aku kena terima hakikat tersebut. Tapi walaubagaimanapun rezeki aku masa tu melimpah ruah banyaknya. Dalam setahun aku pernah dinaikkan gaji sebanyak 3 kali. Semuanya atas sebab achievement dalam rekod aku membaiki mesin. Dorang panggil aku budak Rajin. Hahahaha. Lama-lama Rajin bertukar jadi Acin. Acin, itulah nama panggilan aku dekat tempat kerja. Rindu dengan panggilan tersebut.

Dalam pada yang sama aku berkerja aku kumpul duit sikit-sikit. Aku beli kereta Kancil 2nd hand pada masa tu. Kancil 660 je. Jadilah buat aku pergi kerja balik kerja. Nak beli kereta besar-besar tidak termampu rasanya dengan gaji aku pada masa tu yang cuma cukup-cukup makan je. Sampailah pada suatu hari aku dipertemukan dengan seorang perkerja Human Resource yang boleh dikatakan baru jugalah dekat kilang aku. Encik Jaafar namanya. Dia kata dah lama juga dia perhatikan aku. Dia semak rekod aku dalam komputer dan cakap cuma aku seorang sahaja Machine Setter yang berkelulusan SPM dalam kilang tu. Kalau ikut peraturan aku boleh dibuang kerja bila-bila masa sahaja. Tapi sebab aku sudah diiktiraf dan ada agreement jadi syarikat dah buat-buat tak ambil tahu tentang status pelajaran aku. Tapi dia cakap dia ambil tahu.

Serius pada masa itu aku cukup annoying dengan gangguan orang tua tu. Aku pergi kantin dia ikut. Aku pergi locker nak isi kasut dia ikut. Dia selalu tanya aku kenapa aku tidak sambung pelajaran aku. Tiada alasan yang boleh aku berikan kepada beliau pada masa itu. Mungkin aku sudah buta hati dengan kemewahan yang aku kecapi semasa aku berkerja dikilang itu. Dari gaji aku yang hanya ratusan ringgit sehingga gaji pokok aku seribu lebih. Tu belum masuk OT dengan elaun lagi. Lagipun aku dah lama dekat kilang tu. Pada masa itu pangkat aku adalah Machine Setter kelas 3 skill 5. Senior Technician walaupun hanyalah budak SPM sahaja.

Sehinggalah kejadian kehilangan seorang sahabat istimewa didalam hidup aku. Seorang sahabat yang paling mengerti tentang diri aku. Seorang sahabat yang paling memahami aku. Seorang sahabat yang mempunyai impian untuk belajar di IPTA/IPTS. Tekanan yang aku alami pada masa itu sehingga terbawa-bawa ke tempat kerja. Aku tidak dapat mengawal emosi aku. Reputasi kerja aku menjadi buruk. Walaupun begitu sahabat-sahabat dan senior tetap memberi dorongan untuk aku supaya terus kuat.

En Jaafar datang berjumpa aku. Dia cakap dia berasa simpati diatas pemergian sahabat baik aku tu. Aku masa tu memang sedih gila tahap tak tentu arah. Aku bagai hilang arah tuju. Yelah mana taknya. Balik kerja pasti aku akan pergi jumpa sahabat aku melepak makan burger dekat Bukit Saujana. Sekarang semuanya sudah berubah. Terasa kosong hidup aku pada masa tu. Then aku mendapat satu semangat baru. Aku telah bersumpah. Walaupun aku tidak dapat selamatkan kawan aku tapi aku akan pastikan impian dia tidak akan terkubur. Aku ambil keputusan untuk sambung belajar semula.

Satu keputusan yang mengejutkan ramai pihak termasuk kedua orang tua aku. Mr Linggam pun seperti tidak percaya dengan keputusan aku yang secara tiba-tiba tu. Aku minta tolong Encik Jaafar untuk membantu aku supaya dapat belajar semula. Aku meletakkan jawatan selaku Senior Technician. Aku meninggalkan segala usaha perit getir aku selama hampir 6 tahun disana. aku meninggalkan sumber kewangan aku tiap-tiap bulan bernilai seribu lebih. Aku tinggalkan kancil aku. Aku tinggalkan segalanya demi untuk segulung Diploma.

****************************************************

Sekarang aku berada di sini. Sebuah alam baru. Baru tak baru sudah 2 tahun juga aku disini. Walaupun aku hanyalah budak SPM dan telah hampir 7 tahun meninggalkan buku dan ilmu tapi aku berjaya juga duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka-mereka semua. Ini cara aku dan inilah pilihan aku. Aku tidak akan berpatah balik dengan keputusan yang aku buat. Aku akan capai impian ini supaya memori aku dan dia akan terus hidup dalam ingatan. Aku merenung langit malam dan tersenyum melihat bintang-bintang bertaburan di angkasa. Dalam hati aku berkata “Sahabat, aku rindu anda semua!”..

Comments
  1. Cik Nad says:

    Ko kije SII tu bagus tak?? Aku lebih minat pada tmpt kije kau. Ce cite.. Ce cite…

    • efyery84 says:

      Kalau dulu tyme masa zaman kegemilangan (hahaha) ok lagi. Tapi dgr kata sekarang dari para sahabat-sahabat dorang cakap byk sangat politik dalam tu. Ada rancangan pilih kasih, tikam dari belakang dan pelbagai lagi laaa. No komen about that. Kalau nak try apa salahnya mencuba dulu disana. :)

  2. Cik Nad says:

    opis hour dia berapa?
    benefit staff bagus aak?
    ada time off/half day/ book-off (cuti jam cth mcm masuk lmbt sikit ke?)?
    environment sesama staff? Hepi ke macam kureng?

    • efyery84 says:

      Cik Nad: 8 jam berkerja tidak termasuk rehat. 10 minit pagi, 45 minit tgh hari dan 10 minit ptg.. OT kalau ada 2 jam sebelum OT rehat 15 minit. Ada bonus tahunan dan bonus keuntungan. Mean that its have 2 bonus each year. 2 minggu sabtu half day 2 minggu off day. Ada jamuan tahunan di hotel. Kenaikan pangkat ikut performance. Environment sesama staff terpulang pada penilaian individu tak berani nak komen. Pada saya hepi cuma ada manusia yang buat tak hepi perkara biasa dlm mana2 kerja. Cuti 8 tahunan 8 hari, medical leave 12 hari dan Emergency Leave ada 7 hari kalau tak silap. Bertambah setiap 3 tahun, 5 tahun dan 7 tahun mcm tu laa. Gaji ikut kerja anda. Elaun juga ikut jenis kerja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s