Novel: Retorik Cintaku (4)

Posted: November 29, 2010 in Umum

Selesai solat Asar, Aiffa dikejutkan oleh deringan telifon bimbit kepunyaannya. “Siapa pula yang telifon ni?”, bisik hati kecil beliau. Nama Kak Y terpampang diskrin telifon bimbitnya. Tanpa membuang masa Aiffa menjawab panggilan telifon berkenaan. Klik Read more..

Aiffa: Assalamualaikum. Ye kak ada apa? Aiffa baru je selesai solat ni.

Kak Y: Wa’alaikumsalam. Aiffa cepat balik ofis. Ada benda pelik berlaku!

Aiffa: Apa dia kak?

Kak Y: Alah, datang je laa. Nanti kau tengoklah sendiri.

“Ada masalah ke di ofis? Apa yang peliknya? Aduh, dah nak balik ni janganlah ada kerja tambahan lagi”, pelbagai persoalan bermain difikiran. Selepas siap menyimpan peralatan ibadah Aiffa melangkah ke ofis dengan hati yang berdebar-debar diiringi pelbagai persoalan difikirannya.

Setibanya di ofis beliau disergah oleh Kak Y. “Aiffa kau tengok ni. Apa ke lawaknya petang-petang macam ni ada orang tak dikenali bagi apam balik”, kata Kak Y sambil membelek bungkusan apam balik tersebut. “Siapa yang kasik Kak Y?”, tanya Aiffa sambil melangkah ke bungkusan berkenaan. “Kalau akak tahu tak tanyalah dekat kau Aiffa”, kata Kak Y dalam nada sindiran.

Apam balik? Tak pernah ada orang sedekahkan sebarang makanan sebelum ini. Insan mana yang mulia menyedekahkan makanan petang-petang macam ni ya? “Err, siapa yang bawa apam ni ke sini kak?”, tanya Aiffa. “Pakcik Harun. Kita tanya dia nak tak?”, kata Kak Y memberikan sedikit pandangan. Aiffa hanya megangguk memberikan tanda setuju. Disaat ini beliau tidak mampu berfikir kerana masih berasa terkejut dengan kejutan yang tidak disangka-sangka ini.

******************************************


Pak Harun adalah nama penjaga kaunter yang mereka berdua gantikan hari ini. Pak Harun terpaksa meninggalkan kaunter buat sementara waktu untuk ke sekolah anak beliau bagi melihat keputusan ujian pertengahan tahun anaknya. Kasihan orang tua tu kena tarik dengan Kak Y untuk disoal siasat. Kesian~

Kak Y: Pak Harun. Ni manusia mana yang beri makanan ni pada kami?

Pak Harun: Rahsia. Hehehehe.

Kak Y: Pak Harun yang belanja ye? Selalunya Pak Harunkan kedekut.

Pak Harun: Amboi mulut tak ada insuran. Kemain sedap je cakap. Tak mahu cakap!

Kak Y: Alolololo, gurau je. Janganlah marah. Nanti Pak Harun ambil sedikit bahagian apam balik ni ya.

Pak Harun: Macam tu lah. Ada seorang lelaki dalam lingkungan usia awal 20 an. Bertubuh sasa sedikit. Pakai baju kot warna hitam dan berseluar putih.

Terdiam sebentar Kak Y sambil memandang Aiffa. Lepas tu dia tersenyum sendirian umpama sudah mengetahui siapa gerangan orang yang dimaksudkan oleh Pak Harun sebentar tadi. Sambil menghulurkan 2 keping apam balik kepada Pak Harun dia terus memandang Aiffa sambil mengangkat-angkat kening. Aiffa seperti memahami apa yang sedang bermain difikiran Kak Y.

Kak Y: Tadi akak minta dia nombor telifon tapi dia tak beri. Ni dia bagi apam pula. Akak rasa ada sesuatu yang tidak kena pada apam balik ini. Bak kata pepatah, ada nombor telifon disebalik apam.

Aiffa: Ish, memandai je akak ni. Orang dah beri kita makan je lah.

“Makan tetap makan, cari tetap cari”, kata Kak Y sambil menyelongkar beg plastik apam balik tersebut. Aiffa hanya terdiam sambil menyuap apam balik ke mulut beliau. Malas dia hendak memikirkan siapa gerangan pemuda yang menghantar apam balik tersebut walaupun dia seperti sudah dapat meneka siapa gerangan pemuda berkenaan. Kata orang rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Orang memberi kita merasa.

******************************************

“Hah! Kan dah jumpa. Wow! Ada nombor telifon dengan ayat thanks for the pen. Nah ambil ni Aiffa. Tak kira macam mana kau kena masej mamat ni  dan ucapkan terima kasih dekat dia bagi rezeki petang-petang macam ni”, kata Kak Y sambil menghulurkan secebis kertas pada Aiffa. Hampir saja tersembur apam balik yang tengah dikunyah oleh beliau sebab tersedak selepas mendengar kata-kata Kak Y. Beliau terus  tergesa-gesa mencari air mineral dibalik meja kerjanya. Selepas meneguk air tersebut dan menarik nafas panjang, beliau bersuara.

Aiffa: Eh, kenapa pula Aiffa yang kena akak? Akak je lah mesej dia.

Kak Y: Kalau akak mesej dia nanti dah masuk bab skandal. Hahaha. Akak dah ada laki.

Aiffa: Ada pula macam tu.

“Ambil je lah ea”, paksa Kak Y. Lantas kertas tersebut diambil oleh Aiffa. Dia membelek-belek kertas tersebut. Dia melihat nombor telifon yang tertera pada kertas itu. Perlukah dia menghantar pesanan ringkas ucapan terima kasih dekat pemuda berkenaan? Pelbagai persoalan bermain difikiran. Yang pasti dia tersenyum apabila memikirkan gelagat pemuda berkenaan.

Bersambunglah pulak……

******************************************

Retorik Cintaku Bahagian 3

Comments
  1. bet365 says:

    hello I was luck to come cross your blog in digg
    your topic is impressive
    I learn a lot in your blog really thanks very much
    btw the theme of you website is really fabulous
    where can find it

    • efyery84 says:

      Bet365: This is a standard theme for WordPress. If u are using WordPress u can use this theme. Click “DASHBOARD” search for “Appearance” and klik “THEMES”. Thanks for asking. :)

  2. moon..like u.. says:

    wow!! suka teknik mengorat ni..nak guna la..thanks beb..

  3. iwan says:

    mana sambungan nya bro…bab 4 nie yg pling best yang dia terangkan lelaki itu berbaju kot dan berseluar putih…hahhahaa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s