Selamat Ulang Tahun Tiramissu

Posted: November 24, 2010 in Umum

Selamat Ulang Tahun

Setelah sekian lama menanti akhirnya tibalah saat yang aku tunggu-tunggu. Ulang tahun kelahiran insan yang aku sayang. Yeeehaaaa!! Taklah jauh sangat tarikh lahir dia dengan aku. Hari lahir dia jatuh pada bulan November sama dengan hari terberanaknya aku di muka bumi ini. Bila sambut hari lahir mesti ada kejutan ye tak? Well, rumah aku bukan sebelah rumah dia pun nak buat kejutan-kejutan ni. Jadi aku perlu fikirkan bagaimana nak buat kejutan baaaaik punyeeeee buat si dia. Klik Read more untuk mengetahui kejutan yang tak seberapa dari aku..

Bila sambut ulang tahun seseorang, suprise atau kejutan yang paling baik adalah baling tepung secara mengejut. Well, takkan aku nak buat macam tu pada orang yang aku sayang. Boleh menyebabkan silent mode untuk jangka masa seminggu. So aku perlu memikirkan cara kejutan yang simple tapi makan dalam.

Sedang asyik bergayut dengan beliau di telifon (aku dapat panggilan percuma dari Celcom) dia pun bertanya jam sudah pukul berapa. So aku jawablah sudah pukul 12.01 am. Heh, aku dah tahu tapi sengaja buat lupa ingatan. Aku teruskan berbual seperti biasa. Bla bla bla..

Kali kedua dia tanya dekat aku jam sudah pukul berapa. Aku jawab sudah pukul 12.02 am. Hahahaha. Lawak sungguh dengar suara dia yang macam sedih-sedih manja tu. Dia tanya aku ada tak rasa apa-apa. Aku cakap tak then tanya dia balik apa dia. Dia merajuk cakap nak tidur sebab esok nak kerja pagi.

Yes!! Lakonan mantap hasil dari asuhan dan latihan dari Rosyam Nor (tipu) ternyata menjadi. Terus je aku nyanyikan lagu hari jadi untuk si dia dan diselangi dengan lagu Selamat Ulang Tahun dari Jamrud.

Habis je aku mensumbangkan lagu untuk beliau, beliau terus menangis. Nampak sangat suara aku tak sedap. Hahahaha, tak laa dia cakap terharu sangat-sangat. Hadiah? Haa, yang itu nanti aku berikan untuk dia. Hadiah aku tak mahal tapi itu je yang aku mampu ciptakan buat si dia. Nanti jumpa, aku beri pada dia. Suprise!!

Lepas berbual nak wish dekat Facebook dia. Ahlamak!! Terlambat pula nak wish. Ingat nak jadi orang pertama wish tapi telah di ambil alih oleh orang lain. Huuuu, sedih. Tapi takpe laa, lagi pun aku dah jadi orang pertama wish dekat dia live lagi lalu telifon. Ngehehe.

Well, aku harap malam ini dia tidur lena dan dapat mimpi yang indah-indah. Aku juga berharap moga esok dia boleh bangun pagi pergi kerja. Takut juga lena sangat sampai terponteng tak pergi kerja. Ahahaha. Esok giliran dia pula telifon aku sebab dia dapat call free dari Celcom. Aku punya call free dah tamat tempoh (hari ini terakhir).

Sekali lagi aku ucapkan “Selamat Ulang Tahun Sayang”. Wish U all the best in everyday life. Esok habis kerja terus balik rumah ye. Abang doakan semoga tidak diserang dengan tepung, telur dan yang sewaktu dengannya ditempat kerja. Hahahaha. ^^

 

*****************************************************************

Nota Kaki: Tak sabar nak mengetahui perkembangan dari si dia..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s