Faktor-faktor Kegagalan Filem 2 Alam Mencapai Kutipan RM40 Juta

Posted: November 24, 2010 in Umum

Dulu aku rasa pelik bila pergi dekat mana-mana ada je bahang fenomena 2 Alam. Siap ada jelajah konsert 2 Alam lagi. Well, aku jenis bukan ambil tahu sangat apa benda tu semua. Buka surat khabar ada lagi 2 Alam. Apa benda yang 2 Alam tu ye? Kura-kurakah atau ketam bakaukah? Sekarang persoalannya sudah pun terjawab. Rupa-rupanya itu adalah filem terbaru keluaran syarikat dR Movie Production kelolaan Dr Rozmey. Dr Rozmey ni adalah CEO syarikat Herba Prima Marketing dan pengasas produk kesihatan JusMate 5 yang berjaya. Beliau ingin memperluaskan perniagaan dengan menceburi bidang baru iaitu bidang perfileman. Beliau mensasarkan kutipan RM40 juta pecah panggung (Box Office). Satu sasaran yang tidak berani diciptakan oleh mana-mana producer yang lebih arif dan berpengalaman dalam industri seni tanahair kita. Klik Read more untuk mengetahui faktor-faktor kegagalan filem 2 Alam..

1) Plagiat Yang Tidak Menjadi

Orang ramai mahukan filem yang ideanya asal tanpa meniru dari mana-mana filem. Kalau poster filemnya sahaja diplagiat tanpa rasa bersalah dari filem terkenal Exorcist apa cerita? Orang kata “Do the right thing first”. Kalau poster sahaja dah fail ini sudah mencerminkan sesuatu yang negatif terhadap filem tersebut.

 

2) Nak Bersaing Biar Kena Pada Tempatnya

Filem 2 Alam ditayangkan pada 18 November 2010 serentak dengan tayangan filem Harry Potter 7. Filem Harry Potter adalah filem yang boleh dikatakan tidak pernah gagal untuk mencapai kutipan beratus juta ringgit. Sudah tentulah orang ramai lebih kenal Encik Potter yang gagah perkasa dari Encik Adam yang pondan. Apa natijah yang berlaku? Lihat gambar dibawah…

 

3) Promosi Filem Yang Menjengkelkan

Tidak pernah ada mana-mana producer filem yang berani untuk mempromotekan diri mereka lebih dari barisan pelakon dan filem mereka sendiri. Aku pun tak kenal siapa producer filem Harry Potter. Muka dia pun aku tak pernah nampak. Tapi kalau filem 2 Alam tak payah nak diperkatakan lagi. Cekidot!!

Itulah “dDR way”. Fail!!

 

4) Tidak Menerima Pandangan Dan Kritikan

Setiap manusia itu tidak sempurna. Setiap kegagalan perlu menghadapi kritikan dari orang lain lebih-lebih lagi apabila menceburi bidang perfileman. Well, dah filem ini tidak berjaya takkan wartawan dan orang ramai nak puji pulakan. Setiap kritikan itu boleh mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik apabila kita menerimanya dengan cara yang betul. Tapi kalau tak mahu menerima kritikan aku tak berani nak komen apa-apa laa kan.

Oh lupa nak beritahu anda Dr Rozmey.. Tahukah anda Oh! Media adalah salah satu medium terpenting dalam International Network (IT). Oh! Media menduduki tangga ke-11 dari 50 Facebook Page paling digemari di Malaysia sebaris dengan jenama-jenama terkenal. Jangan cari pasal dengan mereka kerana mereka ada lebih dari 150, 000 orang peminat. Maybe kalau anda menerima kritikan mereka dengan cara yang betul pasti filem anda tidak seteruk ini. Kalau anda bertanya apa yang orang ramai mahukan dari membuat keputusan sendiri pasti filem anda berjaya. Jangan jadi syok sendiri dalam membuat sesuatu. Kita suka, orang lain belum tentu suka.

 

5) Over Confident Melebihi Tahap Piawaian Yang Ditetapkan ISO 9000

Meletakkan sasaran kutipan pecah punggung panggung sebanyak RM40 Juta. Wow!! Pakcik kayo.. Ramai producer tanahair yang lebih senior juga tidak berani meletakkan sasaran sedemikian. Bila kita terlalu over confident kita akan dipandang hina oleh masyarakat. Senang kata orang ramai pandang anda sebagai BERLAGAK!! Siap anda kata bahawa filem ini yang dinanti-nantikan oleh Rakyat Malaysia sampai menggigil-gigil. Waaa, dasyat betul imaginasi anda.

Bila kita hanya memikirkan soal keuntungan kita akan kehilangan nilai keikhlasan dalam diri kita. Aku pasti kalau Dr Rozmey ketepikan soal keuntungan dan committed 100% dalam soal menjaga kualiti perfileman Melayu seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pasti perkara sebaliknya akan berlaku. Tapi apa boleh buat, perkara dah jadi. Terima je laa yob.

P/s: Ada desas-desus mengatakan Dr Rozmey nak ambil Pamela Anderson berlakon. Betul ke? OMG!!


**************************************************

Ini hanya pandangan dari aku sahaja. Kalau ada silap kata mohon diperbetulkan. Don’t sue me I’ll have no money. Hahaha.  Buat penutup entri kali ini, terimalah gambar penutup dari pihak “Cerita Aku Dan Sesuatu”. Sampai jumpa lagi….

RM9 (duit tiket) tu duit ouh. Sebagai pengguna kita harus bijak berbelanja. ^^

 

Comments
  1. Kak Jah memang sukaaa sangat cerita ni.Sampai menagis2 kak jah tengok.Kak jah sedih kenapa dia tak panggil kak jah yang glemer ni.Sedangkan kak jah dah masok 100 kali puji beliau.Mungkin kak jah rasa kak jah terlalu glemer sampai dia jeles dengan kak jah.Apa2 pun Idop dr.Rozmey!HAHAHAHA.40 Juta okay!

    • efyery84 says:

      Kak Jah Gelemer: Amboi Kak Jah.. Menggigil tulang rahim mak tengok Kak Jah terjah blog mak. Awww, macam tak percaya je. Lain kali kasi turun otogerap Kak Jah ye. :)

  2. Mr. Bean says:

    Silap tulis kot…. bukan RM40 juta tapi 40 juta rupiah…

  3. Wow! This can be 1 of the top blogs I’ve actually arrive throughout on this subject. Merely Magnificent

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s