Perkara-perkara Yang Membuatkan Aku Takut

Posted: November 20, 2010 in Umum

Yeaaah! Satu entri maut dari aku. Aku mempertaruhkan kejantanan aku untuk membuat entri sebegini. Firstly, memang aku tak hingin nak buat entri sebegini. Tapi selepas aku berfikir sejenak, setiap kita manusia pasti ada perasaan takut pada sesuatu. Caaiit! Tak payah nak mengaku berani la der. Aku ada banyak benda yang aku takutkan tapi makin lama perasaan itu berjaya aku atasi. Entri kali ini aku cuma selitkan beberapa perkara yang sehingga kini aku masih tidak berjaya untuk menghadapinya. Well, aku dah cuba tapi ternyata masih belum menampakkan hasil lagi. Kalau aku paksa diri juga pasti aku pitam sambil mengeluarkan cecair putih di mulut. Aku tak mengharap korang klik Read more ye…

1) Darah

Takut pada darah atau dalam nama saintifiknya Haemophobia. Kalau darah itu berkuantiti sedikit aku tak kisah. Tapi kalau darah tu bagai mencurah-curah keladang gandum lalu jadilah kokokrunch memang pitamlah jawabnya. Atas sebab itu aku tidak berani untuk menderma darah. Aku pernah cuba dulu masa aku kerja dekat SII. Aku tengok darah aku membuak-buak keluar lalu tiub tu terus aku pitam. Seminggu aku jadi bahan kejian masyarakat di tempat kerja. Sebagai langkah berjaga-jaga aku akan mengelakkan diri berada di tempat yang ada banyak darah. Kalau aku tahu kawasan itu ada aktiviti menderma darah dan menderma dara aku akan lalu di tempat yang lain. Satu solution yang paling baik untuk aku.

2) Jarum Suntikan

Jarum suntikan atau apa sahaja yang ada kena mengena dengan jarum yang digunakan untuk tujuan perubatan. Aku pertama kali merasa takut dengan jarum sewaktu kecil dahulu. Aku kena demam panas dan diberi pakej percutian untuk tinggal di hospital sehingga pulih. Lengan aku kena cucuk dengan jarum untuk dimasukkan air ke dalam badan. Masa tu aku rasa rimas so aku cabutlah jarum tu. Peeerrrghh!! Rasa macam nak bagi tinju Ip Man je dekat muka sendiri. Lenguh gila tangan aku. Terus lepas tu aku rasa takut dengan apa sahaja jenis jarum yang digunakan untuk tujuan perubatan.

3) Polis

Hahahaha. Ye, pakcik yang memakai baju biru gelap atau putih dan ada senjata besar di sebalik seluar mereka. Selalunya kalau aku kena tahan dengan  polis, first impression aku adalah “Ahlamak, aku ada buat salah ke?”. Then, gambaran surat saman melayang-layang di dalam kotak fikiran aku. Padahal Encik Polis tu cuma buat pemeriksaan biasa sambil bertanya khabar je. Ini semua sebab cerita dongeng banyak pihak yang memberi reputasi buruk kepada Encik Polis sampai aku terpengaruh. Lagi pula keluar berita polis sekarang main lepas je tembakan tanpa mengira jantina, saiz buah dada dan usia. Korang tiada lesen memandu lebih baik berhati-hati. Saman itu biasa, mati akibat kena tembakan itu luar biasa. Aku semakin takut berhadapan dengan Encik Polis. Huh!!

4) Melawat Rumah Orang

Sebelum aku nak melawat rumah orang aku akan meninggalkan segala saham yang ada dalam perut di rumah sendiri. Aku tak berasa selesa menggunakan tandas rumah orang. Aku perlu menjaga penampilan aku dan disiplin sepanjang berada di rumah orang. Aku perlu memakai minyak wangi yang mahal. Huh, lecehkan nak melawat rumah orang. Sebab itu aku rasa seram sejuk kalau nak melawat rumah orang. Orang tua aku selalu ajak aku jalan pergi Muar lepak rumah sedara dekat sana. Aku memang tiada keinginan pun nak bermalam di sana. Aku rasa leceh sangat. Yelah, aku tak tahu gaya tidur dan dengkuran aku bagaimana. Kalau tinggal di rumah sedara yang ada anak gadis pasti esok pagi aku akan dikeji kalau aku tidur berdengkur sambil membuat aksi tidur gaya terlarang.

****************************************************

Setakat ini sahaja cerita aku kali ini. Lain kali aku bercerita lagi dengan pelbagai cerita menarik. Oh ye sebelum itu korang ada ke perasaan takut akan sesuatu? Perasaan takut itu penting sebab ia memberi kita pengetahuan tentang kelemahan diri kita sendiri. Aiceeeh, pandailah aku berucap. Aku mahu tidur dulu. Jumpa di lain entri yaaaw!! Buhbye~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s