Selamat Harijadi Untuk Akulah Siapa lagi!!

Posted: November 19, 2010 in Umum

Hari ini Hari Lahir aku (semalam). Ye, hari lahir aku aka Bufday si penulis blog ini. Ramai BFF wish dekat Facebook dan aku sangat menghargainya. Tiramisu wish dekat phone tepat pada pukul 12 malam. Dasyat betul buah hati aku set timing. Hahaha. Well, selama aku membesarkan diri dan perut banyak suka duka aku dalam menyambut hari lahir aku sendiri. Kali ini hari lahir aku jatuh sehari selepas Hari Raya Aidiladha. Huiyooo!! Lagi istimewa harijadi aku kali ini. Jom klik Read more

Walaupun usia aku bertambah muda setahun lagi (tipu), ini tidak bermakna aku akan berubah menjadi lelaki nerd yang matang. Aku akan menulis macam biasa penuh dengan perkataan keji dan ayat-ayat fitnah. Sempoi!! Harijadi?? Anyway aku dah lama tak sambut. Jadi tiadalah aktiviti mengabis duit menempah ayam goreng Encik Kernel Sanders mahupun daging lembu Encik Ronald. Lagi pun harijadi aku jatuh selepas Hari Raya Qurban. Peti ais aku penuh lagi dengan daging lembu yang telah dipancung tanpa belas kasihan.

Harijadi aku akan sambut bersama dengan Tiramisu sebab bufday dia pun jatuh pada bulan yang sama dengan  aku (November). Aku kacukkan saja sambutan hari lahir aku dengan dia. Mudah sikit kerja dan jimat duit. Aku pun dah lama tak memperolehi sebarang present dari sesiapa. So, kali ini abah aku kasi hadiah bufday. Memandangkan aku sengkek dan tidak berduit (kerja pun belum) dia hadiahkan aku handphone LG warna putih. Putih adalah warna kegemaran aku. Happy ke?!! Gila apa, mestilah happy tahap tak hingat. Thanxz abah ^^

Hadiah ke dua pula adalah tandukan maut dari Wak Lias masa main bola sepak petang tadi (semalam). Gol yang buat aku malu aih! Thanxz Wak Lias. Hahahaha. Makin bertambah buruklah rekod penjaga gawang aku di Taman Daya ni. Hey, aku rabun okeyh. Aku tengok bola tu boleh main kage bunshin pula kejap ada satu kejap berubah jadi tiga. Jadi aku berasa konfius nak tangkap yang mana.

Hadiah ke tiga pula dari syarikat telekomunikasi Celcom. Syarikat tu bagi aku 7 hari panggilan dan sms percuma untuk ke semua  rangkaian nombor pangkah pek (Xpax). Fuiyooo!! Memang seminggulah aku bergayut sampai bengkak cuping telinga berbual dengan Tiramisu. Aku dah rasmikan dengan berbual selama 2 jam 30 minit tadi (semalam) dengan dia. Nasib baik dia baru balik kerja. Penat so dia perlukan rehat. Kalau tidak 24 jam stamina aku dihabiskan untuk bergayut tanpa henti bersama Tiramisu.

Hadiah ke empat adalah daging lembu korban dari masjid dan cawangan-cawangan sekitarnya. Penuh peti ais aku dengan daging lembu. Bulan ini juadah daging lembu laa nampaknya. Walaupun ia sekadar daging korban tapi ia tetap bermakna bagi aku. Mana tidaknya, ia menjimatkan ekonomi family aku dan aku juga boleh menikmati daging lembu yang lebih fresh dari daging lembu Encik Ronald.

Esok aku ada main badminton. Cukup sekadar ini je dulu. Nanti aku sambung lagi yaaaw. Jumpa di entri berikutnya. Bubye…!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s