Taman Daya Veteran FC (3) VS Pontian Veteran FC (1)

Posted: November 15, 2010 in Umum

Barisan Belakang Dari Kiri: Yus Teksi, Asim, Casillas (Aku), Cikgu Din, Amir, Rimau, Wak Lias, Dato’ Yem,  Rozi Torres

Barisan Depan Dari Kiri: Veron, Ali, Azem, Sabah, Dalsim

****************************************************************************************

Pada  tanggal 13hb November 2011 bertempat di Stadium Mini Pontian telah berlangsungnya satu perlawanan bola sepak persahabatan di antara TDFC menentang Pontian FC. Bila kita mendengar perkataan “VETERAN” sudah pastilah kita akan membayangkan rupa orang tua yang mempunyai lemak berlebihan diperut dan berwajah seakan-akan Dato’ K. Ah ‘hah!! Anda tersilap kerana aku dan Amir telah berjaya memasuki pasukan veteran. Tua sangatkah kami ini? Well, ada kelebihan apabila kami terpilih memasuki pasukan veteran. Ini bermakna kami sudah mendapat lesen sah untuk bermain dimana saja. Kami boleh masuk pasukan TDFC muda dan tua bila-bila masa sahaja. Senang cerita umpama kami ni kanak-kanak terpilihlah. Klik Read more untuk mengikuti laporan penuh perlawanan amal  (tipu) ini…

Semua para pemain dan penyemak disyaratkan berkumpul di Kompleks Mutiara Johor Land tepat pada pukul 3 petang. Kami akan berkonvoi ke Pontian tepat pada pukul 3.30 petang. Tapi biasalah janji Melayu kapir tak pernah nak tepati masa. Ada yang memberi pelbagai alasan untuk tidak sampai tepat pada masanya. Ada yang cakap tersangkut di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas dan tidak kurangnya tersangkut di dalam bilik akibat tidak dilepaskan oleh isteri tercinta. Din Jaguh bagi alasan nak jual air tebu. Fuh! Boleh bengong melayan karenah dorang ni. Yang paling awal aku je (sumpah). Aku siap singgah warong makan karipap sambil minum Nescafe panas lagi tunggu dorang semua. Akibat dari malapetaka yang dicipta oleh mereka-mereka semua, dengan pemurahnya kami menyedekahkan 10 minit lagi masa tambahan kepada mereka yang masih tak reti-reti nak sampai awal.

Semasa menunggu pemain vegetarian instead of pemain veteran yang hampeh tak sampai-sampai lagi, kami mengisi masa terluang dengan mengadakan briefing terbuka. Yelah, tak semuanya tahu jalan untuk menuju ke Stadium Mini Pontian. Takut nanti ada yang tersesat pula pergi ke rumah urut haram di Pontian. Briefing ini juga turut diselitkan percaturan awal kesebelasan utama yang akan diturunkan pada petang itu nanti.

Setelah mendapat panggilan dari makhluk-makhluk lewat yang mengatakan mereka  akan pergi sendiri kami pun memulakan ekspidisi ke Pontian. Asalnya nak bersaing tapi sampai je highway terus pertandingan F1 bermula. Berlumba-lumba nak menunjukkan kekuatan jentera masing-masing. Aku naik NAZA Citra kepunyaan Wak Lias hampir muntah hijau akibat mabuk tak tahan dengan cara pemanduan orang tua tu.

Kami sampai di Stadium Mini Pontian tepat pada pukul 5.00 petang. Aku jejak je kaki dekat tanah terus cari toilet untuk buang urine. Ngek~ Selepas tu kami salin pakaian dan pijak-pijak rumput di padang untuk membiasakan diri dengan keadaan padang tersebut. Padang dia memang tahap 1st class! Rumput macam rumput karpet. Kalau berkelah atas padang pun best juga ni.

Perlawanan bermula pada pukul 5.30 petang. Pelbagai aksi menarik berjaya mencuit perhatian aku semasa perlawanan berlangsung. Aku masa tu main goalie. Aku tengok ada aksi overlaping yang bertukar menjadi over sleep sebab naik tak reti nak turun-turun. Ada aksi tergolek-golek di tepian padang. Ada aksi sehati berdansa. Pemain terbaik pada hari itu dianugerahkan kepada Wak Lias. Struktur badan beliau yang ehem ehem (pura-pura batuk) itu tidak menghalang untuk beliau mempamerkan aksi seakan-akan Ben Johnson. Rimau aku tak mahu nak komen sebab dia memang dah selamanya terbaik so dah menyampah nak puji lebih-lebih.Pemain terbalik pula dianugerahkan kepada Veron sebab dari dulu, kini dan selamanya sawan barbie dia tak pernah nak hilang. Aku tengok makin menjadi-jadi pula sawannya. Sukahati tinggalkan position je.

Selepas perlawanan ada sedikit jamuan makan-makan. Aku kalau bab makan memang sumpah tak tahu malu. Fuh!! Gila ahh layanan orang Pontian kepada kami. Nasi briyani tu.. Terus je aku makan dekat stadium tu tak tunggu balik lagi dah. Al-maklumlah jalan jauh malas nak menyinggah memana jadi ada rezeki makan je terus. Dia punya nasi briyani aku cakap ko memang sedap sehingga menjilat jari kaki sendiri. Sluuurrrp!!

Kami berangkat pulang pada pukul 7.30 malam selepas selesai menunaikan solat fardu Maghrib di surau stadium. Waktu pulang pula hujan mula turun renyai-renyai menemani kami seakan-akan menangisi kekalahan pasukan Pontian FC ditangan Taman Daya FC. Aiceeeh!. Punyalah stim ritma ayat yang aku karangkan ini. Hahaha. Satu lagi memori indah aku bersama TDFC. Kami menang 3 gol berbalas 1. Pontian FC sila datang ke tempat kami pula ye selepas ini. Kami menanti kunjungan dari pihak anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s