Novel: Retorik Cintaku (3)

Posted: November 10, 2010 in Umum

Sebagai seorang jejaka virgin yang tidak pernah dinodai oleh mana-mana gadis mahupun janda gersang, melakukan aktiviti mengorat adalah suatu perkara yang amat menyusahkan. Anda boleh menuntut teknik mengorat yang baik dari jejaka-jejaka Playboy tapi jangan salahkan aku kalau anda dicemeti mungkar dan nangkir apabila berada diliang lahad nanti. Jadi bagaimanakah cara yang harus aku lakukan untuk mengorat gadis kaunter tersebut. Aku suspek gadis itu adalah perempuan Melayu terakhir. Kerana level kegadisan beliau yang begitu tinggi, jadi wajarlah aku menggunakan teknik yang sangat hebat untuk mencuri hati gadis berkenaan.  Aku pasti tidak dapat menahan kekecewaan kalau direject gadis tersebut tanpa belas kasihan. Tapi curiosity mengatasi segalanya. Aiceeh, statement poyo. Klik Read more untuk mengikuti cara ngoratan aku yang pelik tapi benar..

Dikawasan JPN tidak ada kedai bunga. Paling banyak dikawasan itu cuma ada kedai makan sahaja. Jadi untuk misi “Aku Memang Tak Tahu Malu Hari Ini” aku cuba mencari makanan yang sedap, tak mahal, boleh dibungkus dan mudah dimakan. Apam Balik adalah makanan yang sesuai. Aku nak beli Dunkin’ Donats makanan itu kesukaan orang kafir. Bersesuaian dengan kita rakyat Asia Tenggara  yang beraneka warna kulit dan rupa, Apam Balik adalah yang terbaik.

Aku beli empat keping. Banyakkan? Yelah, aku memang tahu yang gadis tu tak kuat makan memandangkan badan dia yang sederhana berat tapi…. Kakak yang banyak cakap tu bertubuh Big Show perlukan banyak apam untuk memuaskan nafsu serakah dia. Empat keping aku rasa dah memadai. Kalau tak cukup juga, pasti dulu dia pernah tertelan peti ais sebab tu badan dia besar dan kuat makan. Aku memang pandai menabur fitnah. Insaf sekejap. Huuu~

Apam balik sudah ada. Nombor telifon perlu disertakan sekali baru cukup syarat untuk mengorat. Sekiranya anda mempunyai testis yang bersaiz besar tulis sahaja nombor telifon dikertas pembalut apam balik itu besar-besar. Memandangkan saiz testis aku pada hari itu mengecut sedikit jadi aku tulis sahaja diresit nombor giliran menunggu yang masih aku simpan di dalam poket.

019-79xxxxx .. Thanxz 4 The Penz Yaaaaaw .. -Fan-

Selepas tu aku gulung-gulung, lipat-lipat, gentel-gentel sambil buat muka horny agar kertas tu menjadi sekecil yang boleh. Lepas kertas yang mengandungi nombor telifon tu menjadi kecil tahap anak kuman aku pun selitkan di dalam beg plastik apam balik tu. Kemudian aku melangkah ke kaunter pertanyaan. Oh my gosh!! Aku diserang parkinson satu badan menggigil. Seram sejuk menguasai diri. Aku sudah terbayang akak chubby tu mengetawakan aku.

******************************************

Sampai dekat kaunter makhluk bertudung 2 orang tu sudah ghaib. Mereka sudah berubah menjadi seorang pakcik tua. Siapa pula pakcik ini. Tadi perempuan sekarang lelaki. Adakah aku bermimpi disiang hari.. Ops silap, di petang hari (sebab waktu tu sudah petang)..

Aku memberanikan diri untuk bertanya walaupun aku tahu aku ni jenis tak berapa nak menjadi keberaniaannya. “Assalamualaikum. Pakcik, err boleh tumpang tanya?”, aku memulakan pertanyaan.

Pakcik Kaunter: Wa’alaikumussalam. Boleh, ada apa?

Aku: Akak 2 orang yang jaga kaunter pagi tadi pergi mana?

Pakcik Kaunter: Oh, dorang dah naik. Sebenarnya pakcik yang jaga kaunter ni. Memandangkan tadi pakcik ada hal, jadi dorang  tolong ganti pakcik jaga kaunter ni kejap.

Aku: Macam tu rupanya (panjang pula orang tua ni punya statement).

Pakcik Kaunter: Ada apa hal cari dorang?

“Oh ye pakcik. Boleh tak pakcik tolong serahkan benda ni dekat dorang?”, sambil aku menghulurkan bungkusan apam balik tu dekat pakcik kaunter tersebut. Dalam hati aku punyalah gembira. Yelah, mana tidaknya. Kalau akak chubby tu ada lagi pasti aku exaggerate muntah hijau sebab tak tahan dikutuk secara bertali arus.

Pakcik Kaunter: Eh, apa ni? Bom ke..?

Aku: Apam baliklah pakcik. (Siuman ke tak orang tua ni?)

Pakck Kaunter: Oh, pakcik ingat bom tadi. Panas je plastik ni kan. Hahahaha. Baiklah nanti pakcik serahkan dekat mereka.

“Terima kasih pakcik. Saya pulang dulu ya”, selepas memberi salam aku pun melangkah pulang ke rumah. Aku terfikir boleh harap ke orang tua ni? Tengok macam loyar buruk je sama macam aku juga lebih kurang. Ah, lantaklah. Ni nasib je. Kalau sampai baguslah. Kalau gadis tu jumpa nombor telifon tu atau tak aku tak kisah pun. Apa je laa yang terjadi aku dah malas nak ambil port. Aku tak mahu berharap nanti aku frust menonggeng.

 

Bersambunglah pulak……


Pesanan Pengarang: Episod berikutnya aku akan ceritakan kejadian huru hara di JPN.

******************************************

Retorik Cintaku Bahagian 4

Retorik Cintaku Bahagian 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s