Memori Indah Bersama TDFC

Posted: November 7, 2010 in Umum

Aku tinggal di Taman Daya Johor Bahru. Pembangunan bola sepak di sini amat baik sekali. Kami ada fasiliti yang mencukupi seperti padang bola berukuran standard dan juga padang futsal outdoor. Tapi bukan itu yang membuatkan aku suka bermain bola sepak di sini berbanding di tempat lain. Jom klik Read more untuk mengikuti memori indah aku bersama Taman Daya FC (TDFC)..

1) Player Yang Peramah

Pasukan TDFC memang terkenal dengan peramah tahap tak tahu malu. Kalau anda datang membawa awek untuk melihat pertandingan bola sepak di sana cuba elakkan. Kami tidak akan teragak-agak untuk melakukan lawak dan teguran yang berunsur sexual kepada pasangan anda. Kerana itu kami tidak pernah membawa kekasih mahupun isteri ke padang. Kalau anda turun ke padang memakai baju yang tidak ada kena mengena dengan baju bola sepak tolong elakkan. Aku pernah turun padang pakai seluar jeans, kasut converse, baju kemeja dan berkaca mata Ray Ban. Seminggu aku dihina dengan pelbagai tomahan keji dari mereka seperti Mat Bunga, Playboy dan manusia Gay. Taubat aku tak nak buat lagi.

 

2) Sentiasa Ambil Berat

Para pemain TDFC memang mempunyai jalinan kemesraan yang jitu. Kami sentiasa mengambil berat terhadap para sahabat kami. Kalau ada pemain tidak turun ke padang untuk latihan, kami akan call lantas mengeji mereka. Kalau ada pemain tidak turun ke Restoran Cuba Rasa untuk melihat perlawanan EPL di skrin besar pada hujung minggu, kami akan call terus mengeji mereka.

Rozi: Hoi babi kau kat mana ni? Malam ni Liverpool lawan Manchester. Lepak Cuba Rasa.

Aku: Aku kat Kolej Legenda laa. Dekat Negeri Sembilan ni.

Rozi: Kau memang celaka lah gemok.

Aku: Lol!!!


3) Teknik Permainan Yang Unik

Sedang asyik membuat latihan diwaktu petang. Pergerakan Ah Soi dikawal oleh pemain pertahanan TDFC yang terkenal bernama Efy Ery aka Mok. Sedang beliau cuba merampas bola daripada kaki Ah Soi tiba-tiba beliau merasa organ reproduksinya diraba lantas dijentik. Lalu carutan berat berkumandang. “Oh!! Celaka kau Ah Soi. Tangan macam sotong. Dasar jantan tak guna“. Ada teknik pijak kaki pemain lawan, cakar badan dan tak kurang juga teknik sehati berdansa ditengah padang.

 

4) Nama Samaran Yang Hebat

Setelah aku membuat bancian diseluruh Johor Bahru aku mendapati bahawa pasukan TDFC sahaja yang mengamalkan konsep nama samaran sepenuhnya. Setiap pemain TDFC dibekalkan dengan satu nama samaran. Anda tidak boleh protes inikan pula menggunakan nama samaran orang lain. Contoh kalau aku dorang panggil Mok, Rozi pulak dorang panggil Torres. Agak tidak adil disitu bukan padahal Rozi ada Gaot. Ada penyakit dikaki pun boleh dapat nama hebat. Cis!! Ada juga panggilan lain seperti Monyet, Wan Tikus, Man Bunga, Mon Rimau, Babun dll. Dulu ada sorang mamat mana entah sesat main dekat padang kami. Pakai kasut sneakers ikat ketat-ketat. Tanpa prejudis kami terus bagi nama samaran Mc Donald dekat beliau. Esok dah tak nampak batang hidung mamat tu lagi. 

 

5) Bermain Bola Sepak Gaya Sebenar

Bermain dengan gaya sebenar disini bukan bermaksud kami ini pemain bertaraf lima bintang. Totally no! Ini kerana kami pemain TDFC berperangai macam iblis memang tak pernah mengenali apa itu kad merah dan kad kuning. Kami amat berselera apabila melihat ada pemain yang suka menggelecek bola gaya Cristiano Ronaldo mahupun Ronaldinho. Selera betullah sampai meleleh air liur kami. Akibat terlalu berselera itulah terkaman dan terjahan keras dari pihak kami tidak dapat dielakkan. Jadi kalau anda nak  pakai kaki lama bermainlah secara Team Work bukan secara Individual Play. Kongsilah bola tu jangan dibawa sorang-sorang.

 

6) Ahli Di Tanggung

Aku masuk TDFC dah hampir 6 tahun. Dulu aku bayar RM2 untuk pendaftaran. Lepas tu dorang tak minta lagipun duit dari aku. Nak main bola dekat Sri Gelam kami bayar separuh je yang selebihnya pengurus akan tanggung. Kalau main dipadang TDFC kami tak perlu bayar apa-apa. Kami ada bekalan air mineral secukupnya. Gelanggang futsal Taman Daya kami boleh guna sesuka hati tanpa bayaran. Kalau perlukan urutan spa minta sahaja dari Yus Teksi sebab dia banyak contact. Boleh dapat diskaun kata dia untuk ahli TDFC. Kalau ada event bola sepak di Taman Daya kami tak perlu bayar duit pendaftaran. Bola rosak minta saja dari pihak pengurusan. Baju rosak minta saja dari pihak pengurusan. Jaring gol koyak minta saja dari pihak pengurusan. Kaki terkehel, errrrr… Oh kami tiada budak paramedik. Jawatan kosong dibuka sekarang. Hahaha.

***************************************************

Walau di mana aku berada aku tetap akan rindukan Taman Daya. Rindu dengan team TDFC. Kemeriahan yang tiada tolak bandingnya. Ahli-ahli TDFC dah aku anggap seperti saudara mara aku sendiri. TDFC aku sayang kau selamanya. Long Live TDFC Forever!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s