Tabiat Manusia Yang Merimaskan Aku Di Hospital

Posted: November 6, 2010 in Umum

Malam tadi adik aku semput. Dia tidur sampai mengingau-ngigau. Kesian dia dan aku. Yelah, aku sampai susah nak tidur melihat kesemputan yang dialami oleh adik aku tu. Sebagai langkah berjaga-jaga lebih elok aku membawa dia ke hospital. Hospital yang terdekat dengan tempat kediaman aku adalah Hospital Sultan Ismail. Di sana adik aku dirawat oleh nurse-nurse cantik. Selepas 1 jam dirawat dia nampak cergas sedikit. Cis! Kalau aku tahu aku pun nak buat-buat semput jugalah lepas ni. Di sana aku melihat ramai manusia yang berlainan saiz testis dan buah dada. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan. Jom kita mengkaji tabiat manusia  yang merimaskan aku  sewaktu berada di hospital dengan mengklik Read more..


1) Buang Sampah Merata

Lepas mentekedarah tak reti nak buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. Letak je sampah tu di atas kerusi harapkan orang lain untuk buangkan. Manusia macam ni memang makan tak jadi akal tapi jadi taik. Inikan hospital bukannya Kolej Legenda untuk dibuang sampah merata-rata.

2) Makan Di Ruang Menunggu

Setiap hospital ada disediakan kantin. Kalau bawa makanan untuk pesakit makan sahaja di dalam wad. Aku tak kisah kalau makan benda kering yang simple-simple seperti biskut harimau. Cuba kalau makan lauk pelik-pelik seperti sambal petai ke, cengkol ke? Sudahlah ruang menunggu tu menggunakan sistem aircond 100%. Makan dekat hujung sana 8 batu bau tu merebak terus  menusuk  masuk lubang pernafasan aku. Sangat sengsara tahu tak.

3) Kanak-kanak Hyperactive

Kesian melihat kanak-kanak demam. Mereka menjadi lesu dan tidak bermaya. Tapi sedang aku kasihan aku terganggu dengan kanak-kanak di hospital yang hyperactive terlebih. Lari 400 x 4 keliling hall, lompat kerusi, masuk bawah kerusi, terjun dari kerusi gaya bebas.  Boleh tak anda mengawal kelakuan anak-anak anda supaya mereka duduk diam. Kalau anak anda memang susah untuk dikawal, hantar mereka ke doktor untuk diberi suntikan ubat penenang.

4) Pertandingan  Handset

Sekarang handset macam-macam jenama ada. Masa tu aku tengok ada handset yaang menyediakan fungsi apabila kita tekan  butang khas dekat keypadnya boleh berubah menjadi Kamen Rider. Fuh, canggih betullah. Tapi dalam canggih-canggih handset tu takkan tidak disediakan earphone? Agak pelik di situ bukan. Pasang lagu MP3 kuat-kuat. Orang tua  yang sedang sakit dorang tidak faham lagu Korea, Jepun serta lagu-lagu orang berkulit hitam. Ia menambahkan sakit kepala mereka je nanti. Jadi ada baiknya anda diamkan handset anda. Kalau nak dengar lagu gunalah earphone.

************************************************

Hospital tempat orang sakit untuk dirawat. Jadi janganlah menambahkan lagi sakit hati insan-insan disekeliling anda. Walaupun mereka malas nak menegur anda tapi percayalah dalam hati mereka sedang mencarut ringan memaki hamun anda. Marilah kita sama-sama menjaga adab di kawasan hospital. ChoooW!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s